CORETAN TERBARU NADH

Seronok rasanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Satu hari tak update. Terlalu busy. Tapi aku rasa aku dah meningkat maju. Dah berjaya menarik minat kanak-kanak. Setiap hari mengajar. Penat betul. Semalam je tidur pukul 2 lebih. Tolong member buat BBM. Kesian kot! Lagipun pensyarah nak datang tengok. Dahlah minggu pertama. Masih kelam kabut je rasa.

Aku tengok lecturer terjengul depan pintu semalam pun naik takut. Rupanya nak belanja makan sempena birthday anak dia. Seronok kan? Tapi tulah takut jugak. Dia suka tetiba datang. Setiap hari kitorang buat yang terbaik. Cuma bila kena buat lesson plan dalam BI nazak weh!

Siapa terer BI tolong aku. Tak pernah belajar. Sampai sekarang terngiang si USOP kak limah "ITULAH PENTINGNYA ENGLISH EDUCATION!" Erk sentap mak nak. Tak larat nak berfikir. Kadang kita macam orang pelik kat depan sebab budak-budak blur. Sepatah haram tak faham. Last aku penat translate aku terus cakap dalam BM. Adoiyai dahlah salah sebut. Selamat budak-budak tak faham. Jadi taklah malu cikgu ditegur murid kan? Haha
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

Sunah Sakura said...

ouh~ i'm proud of you miss ran! cewah, tibe2 sparkling, eh! speaking...:p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers