ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja tengahari ni aku bangkitkan isu Cikgu perempuan ni. Memandangkan aku pun akan bergelar cikgu. Jadi aku faham serba sedikit tentang penyampaian Cikgu Shida. Ramai kritik dia. Ya aku tahu. Fan page kat Facebook tu ramai kondem dia. Aku tengok dari tepi. Memang tak sebut nama Cikgu Shida. Tapi aku sekali baca dah tahu dia nak perli siapa.
Entahlah. Orang melayu, selalu macam tu. Selalu dengki, iri hati, mengutuk, mengata, menghina, memerli orang sehingga tak sedar yang kain sendiri dah rabak. Kita ni hidup tak lama. Sibuk canang pasal orang, sedar tak diri kita banyak lagi kekurangan? Kenapa dengki dengan Cikgu Shida tu? Aku bukan sokong dia buat video tu. Serius kalau boleh aku tak nak tengok. Negatifnya, dia memalukan diri dengan miming dan terkinja-kinja.
Tapi tetap ada positifnya. Dia seorang yang unik. Kenapa aku kata unik?
1. Sebab dia berani menampilkan diri dengan menunjukkan perangai sebegitu di khalayak ramai.
2. Dia membuat murid-murid dia makin minat untuk belajar. Kenapa? Sebab korang tahukan budak-budak muda dari sekolah rendah memang dah maju. Internet tak asing bagi diorang. Bila video cikgu dia ada, dengan mimik muka membuatkan mereka terhibur dang teruja. Jadi apa? Budak tu automatik suka cikgunya, bercerita tentang cikgunya, akan bangga kerana cikgu pun pandai buat video.
3. Mampu halang 50% peluang murid untuk membuat kerja tak bermoral. Yalah, nak search video bukan-bukan takut cikgu tahu. Yalah, cikgu pun pandai berinternet kan?
"Ala cikgu sekarang dah maju, muka buku, video. Kita tak boleh kelentong dah."
4. Boleh menjadi ikon kepada murid supaya beranikan diri depan khalayak. Cikgu mampu didik anak murid supaya berani. Ramai penakut nak muncul di depan kelas. Lagi-lagi suruh jawab soalan. Tapi kalau cikgu buat video, satu dunia nampak. Kenapa bukan dia? Mesti rasa tercabar bukan?
Kesimpulan yang aku boleh buat, setiap perkara ada pro dan kontra. Terpulang kepada kita nak tafsir bagaimana. Tapi korang kena ingat makin korang keji dia makin popular CIKGU SHIDA. Masuk TV, RADIO. Tapi korang ada kat mana? Masih di takuk lama. Hentilah keji orang. Baik memperbaiki diri. Setiap tulisan dan kata-kata kita adalah penentu kita di akhirat sana. Sekian.
Post by,
Miss Ran
11 comments:
hehee..sekarang cikgu shida ni makin femes kan..nak jadi silent readers jerlah utk dia sbb banyak sangat tgk komen dan macam2 lagi larr..baik sneyap dr berkata2 kan!! hehee..nice entry dear!!
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
hehe tula pemes..tgk dr jauh suda
kadang bile ckin bosan, cikin gi utube, tgk video die. mmg gelak2 dan x mbosankan. hehehe
erm tahla..stkat ni lom glak ag
ada pro n kontra. kamu betul. nadh setuju.. ;)
TERIMA KASIH hehe hargai
deqdeq pun setuju dgn pendapat miss ran...apa yg baik kita jadikan contoh...mcm sikap berani dan kreatif cikgu shida tu..
klu ramai lg cikgu boleh kreatif dan menarik minat pelajar, rasanya pembelajaran xkan lagi bosan rasanya...bkn stkt tulis kat white board je...malah mcm2 lagi...
yang mana x elok dr cikgu shida jgn la plak diikut atau asyik kritik je...biasala semua org ada yg baik ada yg buruknya..lbh baik kita jaga kebaikan diri sendiri dari mecari keburukan org lain
btol.. siapa perkara ada pro dan kontranya..
org Melayu mmg.. suka iri hati dan menjatuhkan kaum sindri..
sama juga yg buat video kami benci anwar hadi.. benci sbb dia terer speaking.. adeyh.. memalukan..
@deq2 betul tu deq2..susa jd cikgu..y lain tlg kritik..ni dunia luar..kat dlm skola tu..kmentrian lag..byk pihak tlbat
@solihin betol..sama jela..jeles tak abis2..bsn ngn skp tu
byak pndgn org .. baik burok ade .. ..terpulg kat kite nak yg mne ,, tapi klau boleh amek lah yg positifnye .. yang ngatif jgan ikot ,.. =D
erm yang positif susa nk ikt
y ngtf mmg tak nk ikut
Post a Comment