CORETAN TERBARU NADH

Cinta dalam hati Part 3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mata Zulfadli tak lepas memandang Hanan. Dia pelik. Tak mungkin terlalu cepat mereka sudah bertunang. Lagipun kenapa tak beritahu.

"Tak boleh jadi, aku kena siasat!" Zulfadli renung tajam. Manakala Hanan tak selesa. Dia tahu Zulfadli sedang memandang. Lakonan perlu diteruskan.

"Abang, nanti abang balik tinggal dengan mak ya?" Hanan senyum. Dikerlingnya ke arah Zulfadli yang berada di belakang bertentangan dengan mereka. Adli Hairuddin mengangkat kening. Lucu dia dengar perkataan itu. Jarang sekali dia bisa bercakap dengan Hanan. Hanan baginya gadis misteri. Walaupun sepejabat, selalu terserempak tapi tiada tanda mulut wanita di sebelahnya ringan untuk berbicara.

"Er ya, ya. Mestilah abang duduk rumah Hanan. Kan mak dah lama tak jumpa abang yang handsome ni," Sengih Adli. 

"Abang ni, tak habis-habislah," Ketawa kecil. Terpegun dia melihat wajah ceria Hanan. Selalu di pejabat serius. Adli leka. Hanan terperasan bosnya merenung ke anak matanya. Jantungnya berdebar.

"Abang, Hanan nak telefon mak. Nak beritahu abang nak datang. Mesti dia suka kan?"

"Mestilah. Bakal menantu terbaiklah katakan," Bosnya perasan lagi. Baru dia perasan Bosnya yang macam biskut kejap ada kejap tak ada suka perasan.

"Eh abang ni, perasan je tau," Hanan ketawa lagi. Zulfadli semakin bengang.

"Hello assalamualaikum mak. Ya Hanan ni," Ceria suaranya. Bos leka memandang. Zulfadli terus menelefon tunangnya. Malas dia melihat kemesraan bekas buah hatinya dengan jejaka kaya.

xxxxx
"Bos, oh bos," Hanan cuba mengejut. Tapi tak berjaya. Zulfadli jalan ke depan.

"Eh kenapa cik abang panggil bos?" Kantoi!

"Aah panggil abang. Panggil bos. Dia kan bos Hanan," senyuman Hanan sungguh manis. Zulfadli tak terpikat kerana dahulunya Hanan sangat gemuk. Tak cantik dipandangannya.

"Oh bos Hanan, Kenapa tak beritahu saya tadi?" Zulfadli mula syak sesuatu.

"Eh dah awak tak tanya. Awak kejutkan cik abang saya boleh," Zulfadli faham keadaan Hanan. Sebagai muslimah dia patut menjaga adab, batas dan pergaulan. Kalau orang lain, laju je tangan sentuh. Tapi bukan dia.

"Adli, Adli," Tangannya menyentuh perlahan bahu Adli. Terpisat-pisat Adli menggosok mata. Laju tangannya menggeliat.

"Ops, sorry Hanan," Muka bos memang tak tahan. Makin handsome.

"Kesian Hanan dari tadi kejut awak tapi tak bangun-bangun," Zulfadli menyampuk. Terkejut beruk Bos. Dia lekas mengurut dada. Mujur tak kantoi tadi.

"Hah, yeke Hanan?" Pelik.

"Aahlah abang nyenyak sangat. Ni kita dah berhenti kat kemaman. Nak sampai dah Kuala," Senyuman manis diberikan. Zulfadli masih terpacak di situ.

"Oh ya, Zul tepi sikit. Kami nak pergi minum," Katanya sopan.

"Baik cik Hanan, mempersilakan," Sengihan melebar. Zulfadli rindu nak bergurau senda dengan Hanan. Jelingan Adli menakutkan. Dia batal terus niat.

ps: Entry seterusnya...tunggu! Part 1 dan part 2 bagi sesiapa yang ketinggalan episod sebelum ini.
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

Naniey TJ said...

xdpt bce part 2.... sshnye nk cri.... so krg perasaan la bce

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers