CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 23

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yehuuuu aku datang bersama resepi tengahari tadi. Sedap? Bolehlah nak telan. Resepi? Tak tepat. Memang aku suka campak-campak je. Memang malas sukat. Janji sedap. Korang agak-agak jelah ye. Aku bukan pro sangat. Nak pro tu hah masuk blog sifu masakan. Dia superb!

Resepi tengahari: MASAK LEMAK CILI PADI NENAS DENGAN UDANG.
Kenapa nenas baru udang? Jawapan nenas lagi banyak dari udang. Haha udang dah sikit sebab pagi tadi makaroni goreng banyak guna udang. Hehe udang yang lazat. Nyummi. Jom tengok resepi aku cipta sendiri. Bukan cipta anggaran kuantiti jelah.

Bahan:
10 ekor Udang galah(Entahlah udang besar kot)
1/2 Nenas dipotong memanjang
10 biji Cili padi(Nak lagi pedas tambahlah)
1 1/2 cawan Santan (Nak cair tambah air)
2 batang Serai diketuk.
1 tangkai cili hijau
1 cm Kunyit hidup(Agak je. Kalau tak ada kunyit hidup letak je serbuk kunyit macam aku haha) 

Cara:
Blend cili, kunyit hidup, air.
Masakkan semua bahan tadi.
Letak serai. Biar mendidih.
Masukkan nenas sebab nak dia lembut.
Masukkan santan biarkan mendidih.
Masukkan garam.
Masukkan udang bersama cili.
Masak sekejap.
Siap!


2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

bestnya masak lemak cili api nenas ngn udang tu...

ish...

nak copy resipi ni ya....

Miss Ran said...

erk kalo tak jadi jgn slhkn i..hahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers