ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik gambar untuk join |
Aku seakan bayi baru lahir di dunia maya. Seingatku aku masih tercari-cari hala tuju. Bukan popular yang aku mahu. Hanya pembaca yang setia. Bulan Mei tahun lepas aku lahir ke dunia tapi sayang, aku masih buntu tentang matlamat blog sendiri. Hinggalah aku terbuka hati untuk mengikuti ceritera beliau dalam blognya. Sungguh lama aku kenal blog itu.
Tapi tak tahu kenapa aku tak melawatnya. Aku baca entrynya yang bersahaja. Tentang blog beliau pun aku tahu daripada satu blog masakan terkenal. Dari situ aku mengikut secara senyap. Aku perhatikan setiap kata perangsang beliau. Sungguh aku terbuka mata melihat kesungguhan beliau mempromosikan blogger baru khususnya. Lihat saja yang sudah mencapai beribu pengikut.
Semuanya bermula daripada jasa beliau. Tak hairanlah beliau sangat berpuas hati dengan dapatan yang ada sekarang. Aku tanamkan dalam hati sebab aku jua mahu menjadi sepertinya. Aku mahu berjaya dan mahu meninggalkan nama yang baik di alam maya ini. Aku mahu orang ingat akulah blogger itu.
Buktinya, beliau selalu update. Dan setiap cerita beliau akan aku cuba terjah. Selalu melawat untuk tengok kot-kot ada entry baru. Sentiasa tertanya-tanya kemanakah beliau jika hilang tanpa entry. Aku juga sudah hasilkan beberapa entry mengenai beliau di sini.
Hampir lima bulan aku mengikutinya, alhamdullilah aku masih ada hati dan minat untuk mengikutinya hingga sekarang. Walaupun masih baru ikuti blog itu, aku tahu kewujudan blog itu sebelum aku buat blog lagi. Aku suka jadi silent reader. Aku rasa perlu baru aku komen. Aku bukan mahu mengampu beliau.
Mungkin ya, kerana beliau mengikuti blog aku juga. Lama sudah. Walaupun aku selalu tertunggu-tunggu komen beliau. Tapi aku yakin beliau mungkin sudah melawat tapi tak tinggalkan jejak beliau. Aku bangga kerana beliau meninggalkan komen buat pertama kalinya. Dan aku telah semadikan gambar komen itu di dalam blog ini. Betapa kagumnya aku dengan beliau. Kadang rasa melampau tapi aku puas. Puas mempunyai idola seperti itu.
Kalau ada peluang, aku takkan tanya apa-apa. Aku segan. Aku segan berjumpa dengannya. Beliau sangat hebat. Ramai memuja penulisannya. Ramai memuji. Ramai beratur untuk mengenalinya. Masakan aku si kerdil dapat bertanya soalan untuk beliau? Aku tak harapkan apa-apa. Cukuplah sekadar memerhati dari jauh. Aku pasti beliau akan bercerita tanpa sebarang soalanpun. Tapi aku tetap akan sediakan soalannya.
Yang pertama aku akan tanya "Sejak bila anda tahu tentang dunia blog?" Kedua "Kenapa pilih blog ini untuk ikuti?" Yang ketiga "Kenapa anda suka sangat membuat segmen dan sebagainya sedangkan anda tahu yang anda akan lelah menyiapkan segmen tersebut?" Keempat pula aku nak tanya "Kenapa blogger lelaki lebih cepat popular daripada blogger perempuan?" Soalan terakhir ialah "Apa harapan anda pada setiap blogger yang ada sekarang?"
Post by,
Miss Ran
11 comments:
kita sama la sayang~ :)
Salam .. erkk blog ben juga jadi inspirasi ehh .. hmmm ...
http://hasrulhassan.blogspot.com
Encik Ben memang terbaik
dtg singgah dari segmen abg ben jugak :) jom terjah cintabungablogspot :)
http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-aku-sayang-blog-ini.html
HEBAT...hasil penulisan yg bagus!...SAYA SUKE KAMU,KAMU SUKE SAYA?^^huhu
apa yang kita sayang adalah sama..
Entri Terkini; BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI
salam singgah..
nak tengok blog sape yg anda kagum!
0whhh...
dah tau dah blog yang paling disayang...
salam singgah dari segmen BEN ASHAARI
rajin2 singgah ke my entry ye
http://azrinzfamily.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-aku-sayang-blog-ini.html
bro ben memang memberi inspirasi kat sume orang, x heran pun sume orang ske bro ben.. hee
ramai eh buat BA. hehhe. mmg sumber inspirasi setiap blogger ^_^
suka awk punya cerita !
Post a Comment