CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 27

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali. Mungkin ada tertanya kenapa aku letak nama dari dapur seri iman. Sebenarnya aku memang masak kat dapur. Mestilah dapur rumah aku. Seri Iman nama yang diberi untuk rumah aku. Rumah aku memang mementingkan agama. Cuma anak yang ni tak berapa nak jadi.

Okeylah masuk bab memasak. Hari ni aku dengan adik bongsu yang gebu telah masak Tartlet buah-buahan. Dulu aku pernah buat kat sekolah. Tapi lama tinggal. Jadi resepi lupa. Jadi aku cilok kat blog sifu ni. Suka betul dengan hasil beliau. Sangat kemas, cantik dan mampu buat orang terliur. Memang salute! Jumpa sifu nak minta sain. Ala-ala artis gitu. Boleh kan sifu?

Inilah rupanya!
Aku ada buat dua jenis pastri iaitu pastri lapis yang gambar kat atas ni. Ni aku beli jenama KAWAN. Sifu yang bagitahu. Kalau tak memang menangis nak cari pastri majerin. Memang sedia berlapis. Tak payah adun apa-apa. Potong-potong lepas tu bakar. Senang kan? Yang lagi satu aku buat pastri rapuh. Adunan leboh kurang buat karipap tapi guna gula. Sebab nak buat tart manis. Bukan pedas aka savouri =)

BAHAN PASTRI RAPUH:
100 g mentega
220 g tepung gandum
50 g gula kastor
30 g telur(Tak letak tadi terlupa)

BAHAN KASTARD:
1 biji kuning telur (asingkan telur yang putih dan kuning)
60 g susu sejat (tapi aku guna susu segar HL, dah guna apa yang ada)
40 g Air (Aku lebihkan sebab nak kastard aku cair) 
30 g gula halus (Lebihkan sikit sebab nak manis)
3/4 camca teh perasa pandan (Aku tak letak sebab tak ada huhu)
Garam secubit(Cubit jelah jangan banyak tanya)

Resepi ni aku ambil dari sifu, tapi aku tak ingat link yang manalah=(

CARA MEMBUAT PASTRI RAPUH:
1. Putarkan mentega dengan gula, bagi yang tak ada mixer guna whisk. (Tak tahu tanya google okey)
2. Masukkan tepung dan telur. Uli-uli kejap.
3.Rasa macam dah okey tu terus letak dalam acuan (Aku guna cupcake terus)
4. Bakar selama 20 minit, suhu 180c cukup kot.

CARA BUAT KASTARD:
1. Masukkan semua bahan. Kacau dengan whisk!
2. Masak dengan api perlahan.
3. Amaran! Jangan tak kacau. Nanti berketul. (Macam aku punya. Sedih!)
4. Sejukkan.

HIASKAN TARTLET ANDA!
1. Sama je dua-dua pastri ni. Korang tinggal letak kastard kat dalam pastri tu.
2. Jangan melimpah pulak. Nak letak buah pulak.
3. Aku guna peach sebab sedap.
4. Aku guna buahan dalam tin sebab mudah.
5. Susun lawa-lawa atas kastard dan siap!

Yang ni pastry lapis. Ala-ala sifu buat tak?


Yang ni pastry rapuh. Sepah? Sila abaikan!
Haha anak dara tak senonoh. Aku memang macam ni. Aci boleh je. Aku tiada sentuhan magic kesenian tu. Harap korang buat lebih baik dari aku. Sifu pun menang bab buat lawa-lawa=( Saja aku bagi gambar jadi gemuk. Senang korang tengok.
Post by,
Miss Ran 

2 comments:

~..Lesung Batu..~ said...

wahhh cam best jek...huhuhu eh tukar header ey? cantekkk

Unknown said...

mmg syok..snok msk n mkn

aah..anda prihatin=P

mksih..bru blaja

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers