CORETAN TERBARU NADH

Teruknya aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak ajak korang muhasabah diri sama-sama. Biasalah manusia tak boleh ditegur. Macam aku juga. Depan orang aku akan telan tapi dalam hati. Sentap, sedih, marah, tak puas hati. Rasa penat tak berbaloi. Banyak teguran aku dapat semasa buat pengajaran dan pembelajaran tadi.

Memang aku akui aku salah. Tapi entah. Rasa tak berbaloi pula aku buat penat-penat akhirnya ada juga kesilapan. Rasa macam dah malas nak belajar. Malas nak datang sekolah. Korang pernah rasa macam tu? Aku cuba stabilkan emosi balik. Aku tahu aku kena terima hakikat aku salah.

Aku tak marah. Cuma sedih. Terkilan. Ada saja salah aku. Aku tak cukup bersediakah nak jadi pendidik? Dia bukan marah tegur tapi aku rasa teruk. Hasil pembelajaran yang tak memberansangkan. Penat je rasa. Teruk sanagat. Kena baiki diri. Lemah sangat. Kuatkan semangat aku Ya Allah. Tiupkan semangat kental kepadaku. Stay back kat sekolah membetulkan kesilapan sendiri.
Post by,
Miss Ran 

2 comments:

fizalinolie said...

Thinks positif Mis Ran... Manisnya sebuah kejayaan adalah hasil daripada teguran. Yes, memang betul hati siapa tak merudum hampa bila ditegur right? Bukan manusia namanya kalau tak terasa. But, ambil teguran itu sebagai learning process untuk memajukan diri. Kita tak mati kan dek teguran... Miss Ran pasti boleh... Pasti!!! Hehehe, header awak cantik... Saya suka dgn kata about love Yg awak coretkan :)

Sunah Sakura said...

dear..jadikan teguran tu pembangkit semangat untuk jadi lebih baik, ok?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers