CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 22

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku datang membawa perkhabaran. Erk berangan nak jadi orang dulu-dulu. Dahla kita masuk dapur ye. Hari cuti memang banyak dugaan. Makan masak makan masak. Macam-macam aku fikir. Sampai geledah segala blog masakan. Kot-kot ada yang berkenan. Bukan buat menantu. Belajar memasak yang baru. Aku ada 3 resepi hari ni. Nak mulakan dengan sagulah. Pagi tadi aku buat. Bosan cuti-cuti tak keluar ni.

Sagu Gula Melaka.

Bahan Sagu:
4 sudu besar sagu (Ala biji-biji putih tu. Pergi cari kedai k)
1/4 cawan air (Rasanyalah. Sebab aku letak air banyak tadi. Jadi lembik sikit. Tapi lagi best)
Beberapa titis pewarna hijau dan kuning(warna ikut kreativiti ye)

Bahan kuah gula:
1 sudu besar Gula melaka+air sesudu

Bahan kuah santan:
2 sudu santan segar(paket pon boleh)

Cara buat sagu:
Basuh sagu.
Didihkan air dan letak sagu.
Kacau sampai dia melakat. Putih sagu pun berkurang.
Sejukkan.
Bahagikan dua bahagian.
Satu warnakan kuning dan satu lagi hijau.

Cara buat kuah gula:
Panaskan air.
Masukkan gula.
Cairkan. Siap

Cara keseluruhan:
Letak sagu dalam bekas comel seperti dalam gambar.
Masukkan gula.
Masukkan santan.
Siap untuk dimakan.

cara buat!

Jemput makan!
Erk bendanya dah habis. Buat sendiri ye korang. Sedap!
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers