CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cintaku tertinggal di semenanjung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Geli tak? Entry jiwang
Pagi itu sangat dingin. Dengan malas Ifa bangun mengambil tuala. Dia berat untuk melangkah. Meskipun hari ini hari lahirnya. Tapi semuanya tak bermakna kerana si dia tiada di sisi. Sungguh sunyi. Bertahun lama menyulam kasih di semenanjung. Akhirnya lautan memisahkan jasad mereka. Ifa sedih mengenangkan separuh jiwanya di Sabah nun jauh di sana. Nabawan. Dia sendiri tak pernah dengar tempat itu. Sungguh dia sayu. 

"Happy Birthday!" Jerit rakanya. Bilik mereka di asrama berselang beberapa pintu sahaja. Ifa tersenyum tawar. Dia tak berasa hari itu seistimewa seperti tahun sebelumnya. Rania senyap. Melihat reaksi endah tak endah membuatkan dia terkedu.

"Abang gegel dah wish ke?" Rania mencuba lagi. Ifa tersenyum. Terkenang kekasih hatinya di sana. Meskipun masih dalam Malaysia tetap jauh untuk ke sana. 'Kalau aku banyak duit lama aku terbang ke sana' bisik hati Ifa. Rania diam seribu bahasa. Tahulah dia kawannya sedang kesedihan mengenangkan betapa jauhnya mereka.
xxxxx

"Woit, jom sambut nak?" Corong telefon membuatkan Ifa tersentak. Rania begitu bersemangat. Mengalahkan birthday girl gamaknya. 

"Malaslah. Makan bungkus sudah," Ifa jawab.

"Ala takkan tak nak keluar kot?" Rania tak puas hati.

"Tengoklah macam mana," Putus Ifa.
Rania kecewa. Dia teruja nak menyambutnya. Walaupun masing-masing mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan namun tergendala dek sikap acuh tak acuh. Beria bagai nak rak si Rania pun.
Rasa nak cekik je si Ifa ni!
Rania pergi menunaikan tanggungjawabnya. Dia masih ada tugas yang masih belum selesai. Sementara Ifa masih berduka cita. Jauh di sudut hatinya mahu saja dia terbang ke sana. Kini sudah terlalu banyak dia mengeja perkataan R.I.N.D.U.

"Nak order makan tak?" Rania call sekali lagi. Dia tak berpuas hati.

"Nak makan kat luar tak ni?" Tanya si Gebu Hernan. Hernan sengih. Bab makan laju.

"Kau dah tanya si birthday girl ke?" Rania bengang.

"Dah. Dia ajak pergi JJ," Nak pergi pulak. "Okey jemput aku." Rania teruja.


"Pergi naik kereta kaulah. Kitorang on the way dah ni," Hernan hanya menyampaikan amanat Ifa.


Rania mengeluh.


"Sampai hati korang. Aku tak kira jemput aku kat sini. Kereta aku biar je," Rania sedih. 'Apa barang pergi asing-asing?'


xxxxx
"Korang pergi dulu. Aku nak ke toilet," Ifa beri segala pekakas dalam poket seluarnya ke Rania. Rania hanya angguk. Lantas Hernan menarik tangan Rania ke kedai kek berdekatan.


"Aku nak Resepi Rahsia. Tapi kat sini mana ada," Si Hernan merungut. Hati Rania terdetik 'Macam dia yang ulang tahun hari ni'


"Kita beli kek kemetot jela. Kita bertiga je ni," Rania mencadang.


"Betul aku setuju," laju je setuju. Kek di depan mereka sungguh mengujakan. Ada pink, ada mocha, fruit, black forest.


"Kau nak yang mana nan?" Tanya Rania. Penat mereka memanggil. Tapi tiada yang melayan mereka dengan ikhlas. 'Ingat tak ada duit ke?' Rania bengang. Akhirnya, Ifa datang. Join memilih kek. Tak surprise. Beria dia ingin membayar. Tak bagi kedua rakannya membayarkan.


"Aku ada RM17.00 cukup-cukup," Ifa berlagak. Berebut nak bayar. Akhirnya cashier ambil duit di tangan Ifa. Rania dan Hernan bengang. Siapa nak belanja siapa?


"Jom makan," Rania menelan air liur. Dia baru je santap tengahari tadi. Belum sempat proses.


"Jom," Hernan laju je. Rania senyap. Dia masih berfikir nak makan ke tak. Akhirnya mereka berjaya menghaboiskan kek yang penuh krim kat luar.


xxxxx
"Eh kenapa banyak miss called ni?" Rania pelik.


"Call tanya nak apa?" Ifa menyampuk. Hernan mengangguk.


"Helo bagi aku cakap dengan dia jap," Rania terus beri telefon kepada Ifa.


"Hah kek untuk aku?"


"Siapa bagi?"


"Pakwe?"


Rania dan Hernan tercengang. Takkan abang Gegel kat sabah dah balik kot. Dua-dua curi dengar. Dan memang kek dah ada kat bilik. Menanti untuk cair. Maklumlah kek resepi rahsia.


"Jom balik sekarang," Rania laju.


"Kejap aku nak beli barang," Ifa mengelak.


"Kata kek nak cair?" Hernan sampuk.


"Aku ada nak beli barang,"


Ifa berjalan laju. Dia masih tak percaya kek ada di biliknya. Kawannya pula membuat andaian sendiri. Abang Gegel beli onlinelah. Pos lah.


xxxxx
Malam sebelum hari lahirnya Ifa cuba kontek Abang Gegel. Tapi tak dijawab. Mungkin line tak ada. Fikirnya dia akan menyambut hari lahir seorang diri. Mesej dari kenalan masuk. Tapi tak mampu membuat hati berhenti mengeja R.I.N.D.U. Happy Birthday to me. Mesej itu di hantar ke pakwenya. Sejurus selepas itulah barulah mereka dapat bercakap dengan telefon. Masing-masing melepas rasa rindu membuak di dada.


xxxxx
"Memang ada kek," Kata Hernan.


"Bagus betul. Walaupun jauh tetap usahakan bagi hadiah. Kek lagi. Sedap!" Kata Rania. Kebetulan kek cheese oreo yang ada di depan mata.


"Tulah harap pakwe kau? Dah berbulan tak ada hadiah yang dijanjikan," Ifa perli. Rania sengih. Cemburu juga.


"Pakwe aku tak macam kau," 'Best ada pakwe macam ni kan?'


Kek itu sangat besar. Semua dah tak larat makan. Ifa mengagihkan kepada semua kenalan. Sedap tapi muak. Itulah kata-kata Ifa. Rania bersetuju sangat. Pakar kek kononnya.


xxxxx


"Sayang terima kasih keknya. Tak sangaka kamu bagi juga hadiah walaupun kamu jauh," Kata Ifa.
Kawan yang lain terus berlalu pergi membiarkan dua merpati sejoli bermadah cinta.


Harap mereka bahagia selamanya=)
Selamat Hari Lahir kawanku Masz aka Ifa. Ni hadiah hari jadi dari aku untuk ko!.Aku nak beli hadiah tak bagi=P

Post by,
Miss Ran 


3 comments:

Masz Mukhtar said...

eiiii. geli2. geli!!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

so sweet...kita pun teringin suprise mcm tu..cheese cake..sedppp

Nong Andy said...

di nabawan yer... aku pon tak pernah pergi sana hehehe... jauh tu!


*teringat my ex- org Nabawan :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers