CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 25

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masak tanpa henti. Yang paling kelakar tak pernah buat makaroni bakar. Sekali buat kelam kabut. Sebab resepi ingat-ingat lupa. Aku tak berani bagi resepi kat korang takot tak jadi. Macam mana? Erk bagi resepi orang lain aci tak? Haha okey-okey aku kasilah tapi jangan tiru. Takut tak jadi. Haha

Bahan makaroni:
350gram Makaroni yang direbus 
400 ml Susu segar
1/2 paket ayam cincang
6 keping Cheesdale(aku lagi suka mozarella yang kisar tu. Tapi apakan daya)
4 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Cili boh
1 biji Bawang Bombay
4 ulas Bawang putih
1 sudu besar Kicap
2 biji Telur
2 sudu besar Tepung gandum(Untuk pekatkan. Tak nak takpe)
3 inci Lobak merah(Hiris memanjang)
1/2 biji Tomato didadu  
Lada hitam
Oregano
Garam

Puas aku fikir apa yang aku letak. Nampaknya tu je kot. Tak berani bagi korang cuba sebab tengah bakar bendanya. Tunggu hasillah ye.

Cara:
1. Tumis bawang, cili boh.
2. Masukkan sos cili, garam, ayam kisar, kicap. Tumis lagi.
3. Masukkan makaroni dalam bekas pembakar yang telah dilenser mentega. 
4. Masukkan bahan tumis ke dalam bekas pembakar.
5. Gaulkan susu, tepung dan telur.
6. Kemudian masukkan dalam bekas bersama makaroni tadi.
7. Tabur tomato, lobak merah, keju, oregano, lada hitam.
Sebelum

8. Bakar selama 30minit.

Dah bakar. Rasanya? Tak tahu. Aku tak suka. Haha mungkin kena garing lagi. Bakar lagi 10 minit.
Selepas
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

aDisH.sHidA said...

macaroni...ada org req akak wat..tp xpandai..so lepas nie boleh la cuba

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers