CORETAN TERBARU NADH

Cakap senang cuba buat?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang biasa tak dengan ayat ni. Aku pun termasuk dalam kancah ni. Penat rupanya bila kita berada kat tempat orang. Orang tak rasa memang pandai cakap. Tapi yang merasa? Huh aku penat.

Isu ni selalu je muncul. Kau cakap senanglah. Dah kita ni rasa barulah tau apa yang susah, apa yang payah. Sakit ni kita yang rasa. Penat sangat. Kadang kala rasa nak putus asa je. Ingat nak berhenti je buat benda ni. Tak ada apa semangat tetiba. 

Susahnya guru-guru aku ajar aku sampai dah besar panjang ni. Nak balas jasa pun tak ingat siapa cikgu yang ajar baca tulis. Aku bila jadi cikgu, kanak-kanak riang melampau membuatkan aku fikir tabahnya hati seorang guru. 

Huruf tak kenal. Baca tak nak. Suka loyar buruk. Marah tu ada. Sampai kemuncak marah aku hari ini. Bukan sengaja tapi sakit sangat hati bila orang tak dengar kata. Serius. Jadi masa orang cakap tolonglah hormat. Rasanya tak tertanggung. Aku penat mengajar. Baru seminggu. Pening. Izinkan aku tenangkan rasa gelodak di jiwa ni dulu.
Post by,
Miss Ran 


  

1 comment:

Sunah Mohammad said...

dulu i pernah mengajar kejap tau..2 minggu macam tu..kanak2 umur 3-4-5 tahun...memang payah sebab depa tak paham apa pun...tambah ada sorang tu sangat2 degil dan tak dengar cakap..tapi bila nak tinggalkan depa untuk sambung master, i rasa sangat sayang depa semua..huhuhu...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers