CORETAN TERBARU NADH

Wahai kaum lelaki!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu orang persoalkan sanggup ke terima wanita ternoda? Kenapa kena wanita? Kenapa semua berkisar tentang wanita? Asal aurat je wanita. Asal terlanjur je wanita. Asal seksi je wanita. Sedar tak korang dah membuat diskriminasi pasal wanita. Sebagai wanita aku bangkang.

Ada satu entry. Dia kata dia tak nak terima wanita yang sudah berzina takut di kemudian hari timbul isu. Okey aku terima pandangan dia. Tapi aku penat baca entry-entry yang menjatuhkan wanita. Sedar tak korang? Selalu baca yang tak tutup aurat. Kaum apa? Wanita kan? Dedah lurah sana sini. Tudung kejap ada kejap melayang.

Korang yang lelaki beruntung sebab korang tak perlu jadi wanita. Susah nak jadi wanita. Aurat? Lelaki pun ada aurat nak dijaga. Kenapa asyik komplen pasal aurat wanita. Adakah aurat anda benar-benar dijaga? Jenas feat? Jeans longgar nampak yang dalam? Seluar pendek ala boxer masa main bola sepak? Erk bukan aurat?

Kenapa tak persoalkan isu kaum anda sendiri wahai lelaki? Kenapa kena terus menerus mencari salah kaum wanita. Kan menegur lebih baik? Aku tak sokong wanita buka aurat tunjuk sana sini. Tapi masing-masing ada aurat untuk dijaga. Jangan asyik tengok kain orang, diri sendiri tak sedar dia dah berbogel!

Pasal terlanjur kalau bukan terlanjur dengan lelaki dengan siapa? Yang beranak tu dari sperma siapa? Kalau betul orang yang dah terlanjur dapat dimaafkan. Alangkah baiknya kita dapat maafkan mereka, bawa mereka ke jalan yang benar. Kalau isu tu timbul kemudian hari nampak sangat kita tak ikhlas terima dia seadanya! Tengok diri anda dulu. Cukup sempurnakah nak judge orang wanita?

ps: Wanita tu mengandungkan awak tau. Kalau mak awak tak lahirkan awak tak kenal dunia. Tak tahu pun apa erti wanita. Hargailah wanita yang ada di muka bumi ini. Sentap mak pasal kaum mak. I pun wanita k!
Post by,
Miss Ran 

4 comments:

cik pulau said...

memang tak boleh salahkan wanita sepenuhnya..
tapi satu yg pasti..
wanita jugak lah pencetus segalanya..

ingatan tuk diri sendiri jugak..=(

aliarosli said...

tak suke bile laki tak tutup aurat yang senonit tue

bukan 1badan pon

qrezsyah said...

Kenapa asal AURAT je wanita sahaja yang kena ???
sebabnya :

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.
2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.
4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.
5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

qrezsyah said...

Kenapa asal AURAT je wanita sahaja yang kena ???
sebabnya :

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.
2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.
4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.
5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers