CORETAN TERBARU NADH

Wanita simbol seks

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Tajuk panas? Main SEO? Tak lah. Aku cuma terfikir tadi. Kenapa makin ramai wanita dipergunakan. Mentang-mentanglah kami cantik. I mean semualah. Jadi boleh bonekakan wanita untuk menarik pelanggan?

Cuba korang perhatikan berapa ramai model perempuan dibanding dengan lelaki? Aku google pasal kereta mewah. Korang agak apa yang keluar? Gambar kereta yang mahal dan aku pun klik satu gambar. Website BMW Series 5. Masyaallah! Terkejut aku. Ni site pornografi ke jual kereta? Memang malu aku klik. Ni buktinya, klik sini.

Aku tahu benda ni lama dah. Tapi aku nak korang sama-sama fikir berapa banyak perempuan jadi boneka untuk lariskan perniagaan. Pelayan restoran pakai baju fit nampak segala benda. Wanita cantik dalam pertandingan ratu cantik. Kena pakai bikini je.

Lepas tu kena jadi hamba seks kepada hartawan. Sekarang dah makin ramai artis yang telanjang. Tunjuk sikit kononnya. Melayu, Islam pulak tu. Aku tak hairan yang non muslim nak bogel pun. Tapi yang namanya ada binti. Yang namanya ada maksud yang baik-baik. Kenapa kena perbodohkan diri? Demi mengejar keseronokan dunia?

Aku tak kata sesiapa. Aku bagi contoh je. Aku sedih. Tu baru yang popular. Yang rakyat biasa? Berapa ramai jadi mangsa fesyen. Terikut fesyen barat sana. Kadang-kadang aku rasa orang barat lagi sopan pakaiannya dari orang Melayu. Cuba korang perhatikan? Malu aku bangsa aku, kaum aku, jantina yang sama dengan aku boleh merendahkan martabat mereka demi mengejar keseronokan duniawi.

Makin ramai yang menginggal tak kira usia sekarang. Tanda-tanda kiamat pun dah banyak muncul. Sma-sama bertaubat. Sanggup ke anda dibakar rambut anda kelak? Sanggup? Cuba letak tangan kat api lilin atau dapur gas. Tengok berapa lama anda boleh tahan? Aku nasihat diri sendiri jugak. Jangan cap aku hipokrit kerana aku pun insan biasa. Kita saling mengingati bak kata woot-woot. Sekian.
Post by,
Miss Ran 

3 comments:

bun said...

masya-Allah

baru bukak link tue
tengok gambar pertame
cari butang X
tak sanggup tengok

Sunah Mohammad said...

ni mesti sebab mencarik untuk Aku, Dia dan Paparazzi ni..hehehe

Miss Ran said...

@bun tau tkpe..baru je klik arini

@sunah haha mne tau ni..pandai je die ni..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers