ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sambung lagi. Part 1 sini. Part 2 sini. Selamat
membaca. Kali ini rekaan semata-mata. Tarikh pun maju ke depan sedikit. Kata reka kan?
12.6.2012
Lepas insiden aku ditampar malam tu, suami
aku kerap balik awal. Alasan dia, takut aku merayap keluar dengan entah
mana-mana jantan. Aku suka dia macam ni. Cemburu! Oh ya, semalam 11.6.2012, doktor
tu juga sokong pilihan ketiga aku. Aku makin bersemangat. Pengambilan ubat pun
makin aku kurangkan. Semalam aku cari ubat aku, tapi tak jumpa. Entah mana aku
letak. Ingat balik, please. Aku tak boleh tidur kalau tak ada ubat!
13.6.2012
Qaidir tak kerja. Aku pelik. Rupanya dia
tahu pasal ubat-ubat aku. Aku tak nak dia tahu. Entah macam mana dia boleh
tahu. Teruk aku dimarahinya. Aku cuba mempertahankan diri. Punca aku ambil ubat
pun sebab dia. Dia tak boleh salahkan aku terus! Aku menangis lagi. Aku perlukan
ubat tu tapi Qaidir sorokkan. Sampai sekarang aku berusaha memujuknya pulangkan
ubat itu. Aku tak gembira biarpun Qaidir bercuti semata-mata aku. Walau dia
ambil berat, aku tetap perlukan ubat tu. Adakah aku ketagihan?
15.6.2012
Lepas balik kerja, Qaidir ajak aku ke rumah
mak mertuanya iaitu ibu aku. Aku mula merasakan benda tak baik akan jadi. Aku menolak
secara baik. Aku tak mahu mak aku lihat aku begini. Badan aku susut. Semuanya
sebab stress! Qaidir paksa aku juga. Akhirnya, aku di sini. Di rumah ibu aku. Di
bilik malam pertama kami sebagai suami isteri. Bersama Qaidir yang pastinya. Aku
seakan janggal seperti mula-mula kami kenal dulu. Adakah ini jalan yang Allah
nak aku pilih?
20.6.2012
Separuh jiwaku pergi, memang indah semua,
tapi berakhir luka, kau main hati ini dengan sadarmu, kau tinggalkan aku… Lagu
ini sering berkemundang. Aku punya hobi baru. Dengar lagu sedih lepas tu menangis.
Semua lagu sedih meresap jiwa aku. Kadang aku terfikir, sampai bila aku nak
bersedih. Rupanya, bahagia di kampung halaman hari itu cuma lakonan Qaidir. Dia
tak mahu tembelangnya pecah. Sampai hati abang!
22.6.2012
Dia pernah menyanyikan lagu dealova untuk aku
masa kami bercinta dulu. Aku rindu suaranya yang merdu. Merdu bagi aku. Siapa lagi
nak puji suami kalau bukan isteri? Aku ternampak satu video. Persis suara
Qaidir. Disebabkan aku rindukan Qaidir, lagu ini aku pasang entah berapa kali.
Ubat tiada lagi bersama aku. Yang ada cuma muzik. Aku perlu berjumpa dengan
doktor itu lagi. Qaidir takkan beri semula ubat aku. Aku tahu dia macam mana.
25.6.2012
Aku jumpa doktor semula. Dia tak mahu beri
ubat. Dia kata aku boleh hidup tanpa ubat. Buktinya beberapa hari aku dah lepas
tanpa ubat. Aku merayu. Ubat umpama nyawa. Namun, dia tetap berkeras. Katanya demi
kebaikanku. Dia kata aku tak boleh terus ambil ubat kalau mahu mengandung. Aku terfikir
sejenak. Wajarkah aku mengandungkan anak Qaidir?
26.6.2012
Soal anak aku ketepikan dulu. Sebab hati aku
masih lagi sakit. Ah, aku kira hidup aku dipenuhi dengan muzik. Kali ini aku
terkena penangan lagu Rossa, Hati yang kau sakiti. Ah nak saja aku nyanyikan
untuk Qaidir. Biar dia tahu isterinya terseksa. Terseksa dengan cinta yang
diduakan. Seperti biasa, aku dengan dunia aku. Dia juga begitu. Kali ini Qaidir
tak pula usung telefonnya ke hulu hilir. Aku tertanya-tanya mana pergi kekasih
hatinya. Nak tanya, tapi takut. Aku takut hati aku yang sakit sudahnya.
Nota Iffah: Bersambung lagi. Aku harap next adalah penamat. Aku pun letih berteka-teki begini. Sudahnya, aku yang terjebak buat cerpen bersiri. Thanks to Allah, tanpa izinNya, aku takkan sambung sampai part 3 ni. Aku sedang usahakan ending berdasarkan perbincangan dengan kakak aku, kawan-kawan blogger dan komen dari pembaca.
8 comments:
apsal die x dengar ayat quran!! kenapa x bergantung ngn Allah kenapa mesti ubat grrrr pang kang si Aku nie.. #Ehhh emosi lak.. kihkihkih :p
Akak dah cerita dalam gmail yer dik...
nice susunan dia yu..i pun macam leh agak hujung dia cane nanti..tapi biasalah kan, penulis leh jadikan macam2...so, tak harap ape2 sangat..hehehehehe...
ya... sila smabung. Makin hari makin edih.. ah.. dah la aku tgah layan lagu rentak slow... huuuu.
betul..
harap sambungan lepas ni biar dia terus mendekatkan diri dia pada Allah..
kerana allah itu pendengar terbaik untuk hambanya..
n harap si suami akan mula sedar tentang bertapa jauhnya dia dari tanggungjawab yg sepatutnye di jaga dengan baik n di jalankan penuh amanah..
oho... nice story.. menunggu endingnya..=D
nice one..:)
cpt habiskan..hee
kesiannya dia..hubby wat mcm tu..:(
lagu di atas lagu jiwang hehehe.. bukan lagu sedih ekekekek...
apa pun lagu tu boleh umpamakan bagaimana si isteri sgt sayangkan si suaminya.
aku rasa hanya kembali kepadaNya adalah jln yang terbaik. Doa senjata terhebat yang kita semua ada.. jadi aku rasa selain usaha, si isteri kena berdoa..
Post a Comment