CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri IV

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya, rujuk di menu Koleksi Cerpen dan Cerpen Bersiri~~~

29.6.2012
Muzik tak cukup menenangkan jiwa aku yang sedang kacau. Aku cuba ajak suami aku berbincang. Dia mengelak. Katanya tak ada apa nak dibincangkan. Aku cuba pujuk. Namun, masa itu mak dan ayah mertuaku datang melawat. Aku tak mahu mereka tahu. Malangnya, Qaidir yang suruh mereka datang memujuk aku. Pujuk untuk apa? Apa semua ni? Aku makin tertekan. Bapa mertuaku menyokong anaknya. Aku kini sendiri. Semuanya seakan menuding jari ke arahku. Aku menangis lagi.

1.7.2012
Aku nekad. Malam tadi aku bincang semula. Aku nak tahu sangat apa salah aku sampai dia buat aku macam ni. Aku dah tak larat hidup berdua kalau sengsaranya lebih dari bersendiri. Aku dah tak kuat nak mengembalikan cinta kami. Aku makin lemah. Dia tetap tak mahu berbincang. Aku nak lari dari rumah! Stress!

3.7.2012
Aku jumpa Syakira lagi. Kali ini aku bawa baju bersama dan juga kau diari. Aku nak tenangkan fikiran sebentar. Memang aku bukan isteri yang baik. Tapi, aku perlukan ketenangan untuk membuat keputusan. Cerai memang perkara yang Allah benci. Aku juga benci. Semua wanita di dunia benci. Tapi aku rasa aku perlu berpisah. Demi kebahagiaan bersama. Syakira tak terkata. Dia ada nasihat. Tapi dia tak ada di tempat aku. Jadi aku tak tahu nak dengar atau tak nasihat dia. Aku dilema.

5.7.2012
Suami aku cari dan paksa aku balik. Syakira pun paksa aku balik. Aku dengan berat hati tinggalkan tempat yang jauh lebih tenang dari rumah aku sendiri. Bukan rumah aku. Rumah Qaidir. Aku hanya menumpang. Qaidir mengamuk. Akhirnya, dia jawab juga kenapa dia pandang perempuan lain dan kenapa dia dingin dengan aku. Jawapannya sungguh kejam dan itulah hakikat paling pahit yang aku terpaksa telan. Aku tak larat nak tulis hari ini. Mata bengkak. Muka dah sembab. Seharian aku menangis. Aku kecewa dengan Qaidir, diri aku dan aku benci pada Rasya si perempuan simpanan itu!

6.7.2012
Aku malu pada kau diari. Rupanya Qaidir dah mula tawar hati dengan aku. Aku pernah kata aku nak berubah lepas kahwin. Tapi aku tak akur janji sendiri. Aku lupa, aku dah terlalu senang dengan penerimaan Qaidir. Aku lupa yang keselesaan aku tu mengundang sakit hati suami. Aku lupa aku bukan kekasihnya lagi. Aku isterinya. Aku ingat lagi kata-katanya “Awak mengaku isteri abang tapi abang nak tanya apa tanggungjawab seorang isteri? Apa yang Isya dah buat selama kita kahwin ni?” aku terdiam. Semuanya jadi berbalik pada aku.
10.7.2012
Setelah beberapa hari aku berfikir. Aku buat keputusan terima Rasya. Aku bangkitkan isu bermadu. Aku rela dimadukan kalau masalah itu berpunca dari aku sendiri. Namun, suami aku menghalang. Dia kata bukan Rasya isu sekarang. Isunya aku. Tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Kini aku kembali dengan pengambilan ubat. Aku stress memikirkan apa yang kurang aku sebagai isteri. Qaidir tak pula mahu berterus-terang. Bapa mertuanya makin mendesak aku redha jika Qaidir mahukan isteri baru. Aku pening!!!


14.7.2012
Aku muhasabah diri lama. Berhari-hari aku terkurung. Suamiku pun aku tak endahkan. Aku tak nak terganggu. Salah aku apa? Itu saja yang sering berlegar di minda. Serius aku buntu. Aku keluar malam itu, keluar membeli buku. Agak kelakar sebab dah mendung awan baru terhegeh-hegeh mencari payungnya. Buku Hubungan Suami Isteri menurut Islam. Aku cuba memperbaiki diri aku. Walaupun aku tahu, peluang untuk kami berbaik amat tipis. Tak salah mencuba bukan?
Nota Iffah: Aku dah cuba pilih cerai dan madu. Dua-dua perit. Tinggal satu pilihan yang aku kena tekankan iaitu usaha berbaik dengan suami. Korang nak ending macam mana? Cerai? Madu? Berbaik? Aku cuba tamatkan secepat mungkin!

12 comments:

Cik Sara said...

Heee... dup dap dup dap membaca.. Andai tiada lagi kasih antara kita, ceraikan sahaja aku agar aku dapat menagih kasih pada yang sudi untuk memberi. Mungkin engkau bukan imam untukku.

hahaha...waiting for the ending!..

si jari sepuluh said...

lahh..xabis lagi?? haha. hakikat hidup sebenar mmg la x manis. tapi..buat la ending dorang baik balik..hihi :)

reenapple said...

seriouslly, bagi aku, better bercerai, lihatlah perasaan si isteri tu, terluka, keliru dan tertekan, tak kesian kah si suami melihat keadaan si isteri? benar, cinta dah tak ada, jadi buat apa mahu lagi simpan si isteri, si isteri seperti orang bodoh meminta untuk berbincang si suami, tapi apa yg dia dapat? Kosong. Lagi terluka perasaannya.

memanglah, bercerai itu mungkin akan buat si isteri terluka, but kalau itu dapat hilangkn sedikit sebanyak rasa sakit, itu yang terbaik.

#ah.. aku emo lagi yg ini...

نورعيم said...

xnak cerai xnak madu. heee.

Nong Andy said...

Aku tak tahu nak kata apa.. adakala aku nak salahkan lelaki saja. tunding jari telunjuk kat mereka tapi jejari yg lain tunding kat kita.. kita perempuan biasa. Tapi mereka si suami pun apa kurangnya.. manusia yg hari-harinya di bisik syaitan. macam kita juga.. manusia biasa. Kita tak boleh nak anggap mereka sempurna. Adakalanya perlu kaji diri sendiri, Baiki mana yg termampu.. berdoa dan berserahlah yg selebihnya. Kalau tuhan panjangkan jodoh.. adalah jodoh. kalau tidak.. mungkin jodoh tu dgn org lain pula.. siapa tahu? itu rasia tuhan.. Kan kan kan?

*cakap memang la senang.. kena batang hidung? agaknya cari tali.. :p

Fasihah Supian said...

hahaha patutnya study, pii baca diari ni plak, dgn jayanya baca dari awal lagi tu.hehehe ending ea? ending nak berbaik!hehehe

syira destroyer said...

cerai cerai cerai cerai :P

Sunah Sakura said...

berbaik je...nanti tetiba kan dia muntah2, eh da termengandung dah..so, anak tu pengikat semula kasih sayang yang mula pudar...waaa..memandai aje kan...

Kira Sakura said...

bercerai jika hati dah cukup kuat hidup tanpa insan bernama suami

bermadu jika mampu benar2 redha berkongsi suami dan segalanya..

pertahankan rmah tangga klu masih berpegang pada jgn menyerah sblm kalah...

tapi walau apa pun sebalik kesedihan pasti ada kebahagiaan yang disediakan oleh Allah ;)

Aziela said...

Kalau mcm nie lah situasinya, tanpa ragu2 keputusan akak ialah berpisah! Suami pun dah mengaku dah tawar hati. So, better dia teruskan kehidupan dia sendiri dan cari diri dia kembali. Dia perlu kenal diri dia in and out, sayangi diri sendiri, appreciate diri sendiri, protect diri sendiri sebelum besarkan lingkungan itu bit by bit. Kenapa nak stay hanya untuk merosakkan diri sendiri? Apa perasaan ibu bapa yang besarkan dia kalau tengok dia binasa oleh lelaki yang sepatutnya melindungi dan menyayangi anak mereka? Buka pemikiran... dunia Allah masih luas.

lieynanilaz said...

saya suka ending berbaik...:)

najiehah said...

berbaik.....
nak diorang berbaik n happy..
x nak lah cam ni..
kalau pun salah..
si suami patut tegur..
bukan dengar care yg kasar cam ni..
sebab tu tugas seorang suami n ketua keluaraga..
tegur ahli keluarga jika ade kesalahnya..bukan terus menghukum...
islam tidak mengajar umatnya menjadi tidak adil...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers