ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada je isu yang timbul bila bercakap pasal panggilan. Aku musykil
kenapa orang nak sangat heboh pasal ni? Adakah sebab aku terlalu kurang ajar
bila membahasakan aku dalam blog? Yeke? Tak kot. Ya, mungkin ada yang akan kata awak tu perempuan. Sopanlah
sikit. Apa-apa jelah. Pandangan orang terhadap kita tak terlayan. Banyak sangat
benda lain kena fikir. Bagi aku isu ni tak patut timbul sebab ianya bukan isu
besar pun.
‘Kau dan aku’ dengan seorang kakak yang berumur 34 adalah mesra. Sebab dia tak kisah. Begitu juga aku. Kami akrab disebabkan panggilan
sebegitu. Jadi salahkah aku menggunakan panggilan yang dipersetujui keduanya? Takkan?
Kalau aku guna ‘I dan you’ untuk seorang lelaki berumur 26
tahun. *ehem* Adakah aku kurang ajar dengannya? Adakah nampak macam aku ni tak ada
adab ketimuran sebab gedik nak guna bahasa inggeris? Dia okey, aku okey. Aku rasa
itu memadai kan?
Isu ni takkan pernah hilang. Aku ni kalau berkawan, aku masuk
dalam dunia dia. Kalau aku kawan dengan dia yang sopan aku akan bahasakan ‘saya
dan awak’. Kalau aku kawan dengan gaya ‘akak-akak’ dan aku panggil dia akak. Kalau
aku kawan dengan orang sekepala dengan aku ‘aku dan kau’ adalah yang terbaik. Kalau
aku rasa hormat dan ada batasan aku guna ‘I you’. Senang bukan?
14 comments:
ai n yu? auwww auww auww :P
setuju...kadang2..org tu ckp i u..kita pun ikut je la
apa yang kita rasakan baik,belum tentu baik untuk mereka..sila fikirkan sayang^.^
W.s.c~
ikut keselesaan masing2...kalau dia suka ko aku..ko aku la...kalau ai yu ai yu...hehee
janji yang panggilan yang tak elok dan org x suka
bergantung pada byk perkara....
aku selesa ber-aku ber-kau. :)
aku selesa org ber-aku dan ber-kau dgn aku :)
ya, bergantung pada situasi juga kan... kalau dalam situasi formal, takkan nak membahasakan diri kau aku plak... nanti kita yang kena cekik... hahaha... gurau2
klo aku, biasa gnakan aku. mostly sabahan mcm tu. bukan nak ckap kurang ajar ka apa, tapi dah memang mcm tuh. huhu
gemar guna aku kau = nampak mesra \
tu sebab dalam blog ayat aku-aku..
hmm.mungkin masuk kandang kambing,mengembek
masuk kandag harimau kene makanlah ..:P
senag-senang panggilan nama je... kan ifa? panggil deno je... :)
masing3 ada cara masing..
#eh tak ada pun yg tegur aku.. heheh
ini satu isu yg besar ye. em em samela suka ikut gaya org. baru selesa ;)
eh2.. ai suka la entri ni.
hahaha
akak dengan adik badik akak pun guna "aku kamu" bnyinya mmg kasar tp kami selesa... tp still ada panggilan along, kakak, benyah, kak ya, baka still ada hormatnya walau panggilan aku kamu,...
Post a Comment