ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa sudah jadi? |
La Tahzan kali ini agak sedih. Kalau aku yang tak kena pun sedih inikan pula yang mengalami sendiri. Harap bertenang wahai Iffah. Aku dikejutkan dengan berita salah seorang rakan blogger yang ditimpa musibah. Habis rumah keluarganya dijilat api. Hangus. Rentung. Tiada apa yang tinggal melainkan nyawa si penghuni. Semua ahli keluarga Ammar selamat. La tahzan buat mereka. Sesungguhnya ini ujian yang Allah turunkan buat kamu semua.
Terbakar semua sekali |
Kita takkan hanya mahu memandang tanpa membantu? Hulurkan bantuan seadanya. Selain wang ringgit, perkongsian entri, doakan dari jauh pun boleh. Hari ni hari Ammar. Entah esok lusa hari kita pula. Mohon sumbangkan kepada keluarganya. Moga niat kita dan bantuan yang dihulurkan diberkati hendaknya. Kuasa Allah siapa boleh duga. Sekelip mata nikmat hilang depan mata. Hargailah ia sementara ada. Bantulah selagi daya. Moga kita semua dapat jejak SyurgaNya.
Ini Ammar |
Sebarang bantuan kepada keluarga Ammar boleh di salurkan ke nombor akaun di bawah:
CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
8 comments:
moga Allah beri kekuatan hati dan emosi buat mereka sekeluarga.. Amin
semoga tabah menghadapi musibah...
sy kenal dia. pernah pegi blog dia. semoga dia tabah!
takde apa yg tinggal. habis semua. semoga tabah ye.
kita doakan yang terbaik buat keluarga Ammar agar mereka tenang dengan dugaan yang telah menimpa..
ada ternampak kisah dia di fb blogger fan page.... tak kenal dia tapi harap segala usaha dipermudahkan...
citer friday im in love tu kisah remaja yg hepi2 je...
moga dia tabah hadapi sume ni..
semoga dpermudhkan urusan Ammar dan sekeluraga..
sedihnyelahhhhh ;(
Post a Comment