CORETAN TERBARU NADH

Si ibu sangat penyabar

Hari ni aku jadi baby sitter lagi. Bila nak study? Entah. Satu paper macam tak kisah je. Haha aku sebenarnya memang bukan baby sitter yang baik. Mana taknya anak buah aku tu asyik nangis memanjang. Meragam. Tapi bila dengan Onni(nenek) dia okey pulak main. Tak nak dukung pun. Duduk je main tasbih. Geram pulak aku ni.

Kadang aku fikir macam mana ibu aku boleh jaga kami 7 beradik. Yang jarak umur rapat-rapat. Setahun sorang. Ada yang selang dua tahun ada yang 6 tahun. Macam mana kalau orang nak susu, sorang kena kacau dengan kakak. Sorang lampin basah, sorang sakit perut. Sila bayangkan! Hah ibu aku pernah cakap kalau kita dah jadi ibu nanti baru faham hati seorang ibu. Sobsobsob :-(

Lepas tu ibu juga selalu cakap. Ni baru anak sorang. Nanti lagi pening nak layan karenah anak-anak tu. Tapi itulah seorang ibu. Sabar menjaga anak-anak. Aku? Bukan reti sabar. Sebab tu aku pergi hantar Ayin masuk bilik ibu. Senyap pulak. Grrr adakah aku ni ada aura negatif sampai dia nak meragam je. Ujian sungguh jaga anak buah. Tak tipu punya! Psstt Ayin tidur sudah.

Nota Iffah: Korang macam mana? Dah kahwin? Dah ada anak? Kalau dah siapa jaga anak tu? Isteri ke suami? Boleh bagi tips kat aku macam mana nak sabar layan karenah baby? *muka serius
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

Anonymous said...

jadi ibu kena jadi super sabar dan super tabah kot...

fizafantagiro said...

dah kawen tp blm ada rezeki bby lg . Ibu kan perwira sebenar :) segala dugaan & cabaran membesarkan kita .. dia sorang pun blh buat :)

Ce'gu JAERA said...

sedangkan anak buah saya yang meragam menangis2 tiap2 malam pun saya dah tak tahan.. entah macam mana kalau anak sendiri nanti yaa... hahaha...

Ibu juga lah yang terbaik untuk anak2.

sea_lavender said...

kasih sayang seorang ibu amat berharga dan tdk mampu kte membalasnya~~ ;)

Unknown said...

blum beserdia..hehe gambatte

Unknown said...

blum beserdia..hehe gambatte

Kira Sakura said...

Letakkan diri kt tmpt die.. bg apa yg die nk bkn ape yg kita nk.. berfikir ikut cara die.. mmg nk ngasuh dak kecik nie byk kena sabar...

Hanim Irsyad said...

sebab tu nama dia ibu :)

Nong Andy said...

aku masih cuba jadi ibu yang sabar. aku, anak baru sorang.. tapi.. bila anak meragam, rasanya mcm nak runtuh rumah menahan amarah..

*Aku bukan ibu yg penyabar.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers