CORETAN TERBARU NADH

Kenapa aku tak bertuah?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Bukan nak menyalahkan takdir. Aku cuma pelik kenapa aku tak bertuah kalau masuk cabutan bertuah? Tapi aku bersyukur aku bertuah dari segi lain. Aku ada keluarga bahagia. Aku ada ibu ayah untuk minta duit kalau tak  cukup. Diorang marah. tapi bagi juga. Aku ada kereta ibu kalau nak pergi mana-mana. Tak payah buat surat kenapa nak guna kereta.

Aku rasa hidup aku lengkap. Tak kecewa dengan cabutan itu. Oke tipu. Kecewa sedikit aje. Boleh? Peliklah dari kecil lagi aku memang tak ada tuah bab-bab ni. Aku hairan kenapa? Mungkin aku sangat bertuah jadi ALLAH bagi peluang kat orang lain yang kurang bernasib baik macam aku. Aku boleh tidur hotel, makan mcd, pergi bercuti. Pow duit ibu ayah. Aku tahu ada lagi kaya. Tapi aku syukur dengan apa yang ada. Bab shopping? Tak pernah bersyukur!!! Asyik shopping je tau. Baju kat rumah bertimbun dah. Aku yang shopaholic!

Broadband ni pun ayah or ibu bayar. Aku keluar duit makan je. Itupun bising elaun dipotong. Kan tak bersyukur? Konon orang paling baiklah aku ni. Entahlah, manusia kan tak lari dari buat kesilapan. Jadi aku cuba betulkan diri. Jangan asyik kata ini TIDAK ADIL! Ala-ala cerita P Ramlee. At last ABDUL WAHUB lagi kaya. So apa kita nak buat? ALLAH S.W.T. paasti merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Dont give up! Jom masuk kuliah! Study, study. Kesejukan di bilik kuliah memang jelas terasa. Tapi dah ada aircond jangan banyak bunyi!!!

ps: Aku rabun hari ini. Tak tahulah nampak tak apa yang ditulis kat papan putih dengan pancaran projektor LCD tu. Itulah. Cuai. Siapa suruh tinggalkan cermin mata ajaib. Okeh tertinggal. Letak mana je! Beli mahal-mahal tak guna. PEMBAZIRAN!

2 comments:

Echin Nadiossa said...

hehehe.suh mak awak ckp 44 kali "bertuah punya budak" nnt sure bertuah :)

Unknown said...

hehe dah tak larat nk ckp

dia pn tak bertuah haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers