CORETAN TERBARU NADH

Sakit gigi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Mulalah nak merepek cerita sedih kat sini. Konon nak mengadulah ni. Hehe Sakit gigi. Kenapa? Entahlah. rasa macam bengkak je. Nak cabut takut. Makan pulak tak reti kunyah sebelah je. Kena dua-dua belah. Macam mana? Apa yang patut aku buat? Sakit teramat sangat. Tapi tak adalah menangis.

Ujian ni walaupun macam ringan tapi yang menanggung je tahu sakitnya. Sesiapa pernah sakit gigi? Adoi tak laratlah. Bangun tidur pun rasa sakitnya. Kalau tak nak rasa sakit, kena tidur jelah gamaknya. Esok aku kena melawat sekolah. Program wajib tiap semester. Aku tak sedia apa-apapun. Serius rasa sangat penat dan busy.

Februari adalah bulan busy bagi aku. Tak dapat nak sambut birthday dengan kembarku. Ehem berangan kembar. Nak beli apa untuk dia eh? Tolong suggest. Aku pening. Sakit gigi buat aku rasa tak boleh berfikir. Nak update pun tak tau nak cerita apa selain sakit gigi. Ya ALLAH, kurangkanlah rasa sakit ini=(


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers