CORETAN TERBARU NADH

Syukur tapi kenapa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Pernah tak kita rasa bersyukur sangat-sangat. Pernah? Kenapa? Terselamat dari accident, selamat dari kantoi ponteng sekolah? Tapi perasan tak kita bersyukur time kita dalam kesusahan lepas itu ditarik balik musibah itu. Kitalah orang yang palaing bersyukur kan? Tapi masa tu jelah. Contoh, korang tersepak batu nak terjatuh. Tapi tak sempat jatuh member dah sambut. Waktu tu korang syukur sangatkan? Rasa ajal korang belum sampai lagi je. 

Tapi kenapa macam itu? Time perlukan sangat pertolongan orang kita baru nak teringat. Baru nak berterima kasih. Bersyukur. Susah sangat ke manusia ucapkan kata-kata itu? Jawapan aku? Susah sangat! Bukan apa, dah memang macam tu azali lagi. "Selamat aku, tadi Mr R panggil, tapi dia minta tolong je. Aku ingat dia nak marah aku tak pakai tanda nama!" See? Syukur time takut, terselamat dari bala.

Aku nak bersyukur sekarang. Bukan sebab aku terselamat dari terjun tingkat tiga ni. Tapi aku terharu dengan pujian orang. Ye cakaplah aku gila kembang baru puji sikit. Aku bukan apa. Aku jarang dipuji. Sekali puji rasa nak melompat. Serius! Tak tipu. Tapi kita bukan nak bangga diri ke apa. Cuma nak kata betapa aku hargai setiap kata-kata korang tu. Tulis nice blog aku senyum. Taip akunya cerpen best aku dah senyum meleret. Suruh aku jadi novelis aku gelak sorang-sorang. Tergelak-gelak baca cerpen? Aku sekali join sekaki. Puji kerajinan aku berpantun??? Seribu kali aku baca pantun tu. Share entry??? Lagi aku gila kuasa gembira.

Mean ada orang ikuti cerita aku. Celoteh aku yang panjang ni. Korang tahu makna hargai dan dihargai? Macam nilah rasa aku sekarang. Aku menghargai korang yang sudi follow aku dan mengikuti ceritera aku ni. Aku sangat suka, teruja. Nak nangis kejap. Tisu please!!! Aku tau aku tak sepopular abg ben kita. Tapi aku nak nangis terharu juga! Selamat tidur. Malu nak tunjuk muka haha!


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers