CORETAN TERBARU NADH

I dah follow you, please follow me back!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sumpah seranah dalam hatiku memandang ayat itu! Jahat mulut aku ni. Mana taknya. Nak follow biarlah ikhlas dari hati. Kalau ajak jenguk blog aku pergi je. Aku bukan nak bajet diva. Tapi mengertilah aku manusia biasa. Ada hati ada perasaan. Aku akan follow if blog dia bagus, best, dan dia dah follow aku. Tanda penghargaan aku yang tak seberapa, aku pergi melawat blog dia dan follow.

Segalanya bermula dengan hati. Kalau hati dah tak sudi, jangan kata follow, melawat pun tak nak. Pada yang dah buat macam tu maaf. Jika kata-kataku agak mencabar keegoaanmu. Tak payah datang follow. Aku tak minta pun. Tak malu ke merayu-rayu suruh orang follow. Bak kata bro BEN biar pembaca datang sendiri. Tengok penulisan kita. Jangan paksa orang untuk follow. Sekali lagi maaf untuk yang tergigit cili tu.

Aku takut nak follow sebab aku takut aku tak tertengok blog yang telah aku klik butang FOLLOWER. Rasa amanah je bila dah tekan tu. Rasa perlu tengok blog itu sehari dua atau sekali pun cukup. Tak pergi rasa tak sedap. Sebab apa? Kita dah bagi harapan kat dia. Kita dah meramaikan follower aka pengikut. Maknanya kita ialah pengikut dia. Kalau dah macam tu kenalah ikuti blognya. Jangan pandang pun tak mahu. Sedih tuan blog itu!

Kadang-kadang kita tak sempat nak blogwalking pun. Kenapa? Sebab post entry blog yang kita follow pun tak sempat nak baca. Apa? Kata kita sombong? Tak nak blogwalking? Biarlah orang kata. Tak mati dek keji. Kesimpulannya, aku nak kata kita kena ikut hati. Tapi jangan ikutkan hati pergi bunuh diri. Kita dah dewasa, pandai-pandailah pilih yang baik dan buruk. Jangan ikutkan hati yang jahat je yang baik tak nak ikut. Macam agama kitalah. Yang mana yang boleh ikut kita ikut, yang tak kena dengan jiwa kita tinggal. Senang kata, poligami ikut. Solat lima waktu? Fikirlah sendiri. Muhasabah jom!

Ps: Maaf penggunaan kata kasar. Bahasa rojak dan bahasa pasar. Maafku pinta! =P

Post by,
Miss Ran 


3 comments:

Tasha said...

orang yang mintak difollow tu mungkin belom baca entry BA kot

AMMAR YASIR said...

sekarang ni ramai sangat orang yang macam ni datang kat blog ammar.. nampak terang2 follow tak ikhlas...

Miss Ran said...

@tasha agakla..ramai je blogger da utarakan isu ni..tapi dorang tak sdr diri..tgk kt shout tu..aiyooooo

@ammar tau tkpe mkin ramai. makin menjadi2 bile tego

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers