CORETAN TERBARU NADH

Bertuahnya jadi budak-budak

Aku tahu si budak penjara dah buat entry pasal ni. Peduli apa aku. Haha bak kata Sunah idea menulis dari bw. Okey apa? Aku teringat sebab ada insiden kat hospital. Budak menangis. Aku bagi situasi ye.

Situasi 1:

Budak: Mak! (Nangis beria)
Mak: Kenapa?
Budak: Nak main game. (Nangis lagi kuat)

Mak budak tu pun bagi main. Kan senang je hidup diorang. Menangis je dah dapat apa yang dia nak. Kalau dewasa macam kita? Usaha sendirilah. Ada hati mintak mak lagi?

Situasi 2:

Nurse: Adik, mari timbang sini.
Adik: Tak nak. Ayah takut! (Nada nak menangis)
Nurse: Adik, auntie ada coklat. Meh ambil sini.

Aku jeles. Haha apasal bebudak dapat coklat kalau jumpa doktor? Satu bar kau. Siapa nak bagi kat kita yang dewasa ni? Pergi beli sendiri. Ada hati nak coklat jugak.

Situasi 3:

Adik: Mak abang pukul adik.
Abang: Mana ada. Adik yang ambil mainan abang.
Mak: Abang! Bagi adik. Kamukan abang. Malulah bergaduh dengan adik. Mengalahlah sikit.

Asyik kita je mengalah kan? Walaupun bukan salah kita. Apalah nasib orang dewasa ni. Tapi memang malulah gaduh dengan budak-budak. Nampak sangat pemikiran kita sama macam dia. Tak matang.

Situasi 4:
Kanak-kanak menangis dicucuk jarum.

Mak: Tahan sikit dik.
Adik: Sakitnya makk!
Aku: Alala kiutnya budak tu nangis.

Kita yang tengok pun kesian je kan. Budak kiut kalau menangis. Cuba bayang kalau orang dewasa menangis cucuk jarum? Tak pasal kena maki je kan?

Cukuplah 4 situasi yang menunjukkan betapa bertuahnya kanak-kanak. Jadi hargai masa anda muda. Haha kanak-kanak umur 1-2 tahun adalah comel. Bila dah besar rasa nak marah je. Sebab dah mula nakal grrr.

Ps: Bagi aku dia tetap budak-budak haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

erleena said...

haha betul :))

Nong Andy said...

best jadi budak.. tapi bukan semua budak dpt nikmati hal yg macam Iffah crita kat atas tu.. Byk budak2 yg x dpt merasai zaman 'best' budak kerana kemiskinan.. terlampau ramai adik beradik smpai ibu bapa tak terjaga( lagi-lagi kalau si bapa penagih dadah.. tau buat anak jer.. beri makannya tidak!)

*kes ni Terbuntang di depan mata. Sakit hati aku melihat. Kesian dgn bebudak tu..

budak penjara said...

xpe2..walau tajuk ko lebih kurang ngn tajuk aku..aku x kedengki.bersainglah secara sehat..pesan radio thr..haha

aamalinaazman said...

kekeke
bess kannnnn?
takkan dtg nye usia tua kalau tiada usia mudaa

wee..rindunye nak koyak duet lagi
hahahhaahah

mas saari said...

jadi orang dewasa pun best jugak!
merajuk husband pujuk, bagi RM100 buat shopping...heheheheeee

cHiBy_cUte:D said...

ak pon ade entry lebih kurang..haha sje menempel...hhohoh tp ak pon rase nk jdi kid again ap nk dpt..

maszull said...

assalamualaikum iffah,,,mmg bestkn jadi kanak2 ni semuanya nak dapat jer...kalau kita yg tua ni kenalah cari sendiri kalau nak semua benda...

Asyikin said...

hahaha, kesimpulannya apa yang budak-budak buat semua nampak betul, semua nampak cute. hihi

fRaMe+LenSeS said...

jiran ngs wat camtu nadh gelak guling2. :P ahahahhahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers