ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tersentuh melihat video sendiri bikin. Tak tahu kenapa. Rasa macam aku pulak watak utama tu. Sila jangan meneka yang bukan-bukan okey. Aku faham macam mana rasanya simpan rasa seorang diri. Perit. Tak dapat luahkan. Antara sebab kenapa cinta dalam diam ni boleh terjadi;
1. Malu luahkan perasaan.
Ini biasanya terjadi pada perempuan. Malu katanya. Pelik ke perempuan luahkan perasaan dulu? Bagi aku pelik. Sebab perempuan malunya lebih. Jadi dia memilih untuk cinta lelaki itu dalam diam. Kalau ada jodoh, adalah. =)
2. Takut ambil risiko.
Orang macam ni takut nak berdepan dengan hakikat. Kalau dia luahkan orang tak boleh terima. Takut kena reject. Takut kawan dia tak selesa nak berkawan lagi kalau tau perasaan dia. Takut dengan segala kemungkinan. Akhirnya, cinta dalam diam saja yang dia mampu buat.
3. Dah tahu jawapan kepada persoalan.
Ini yang perit ni. Belum sempat bagitau orang tu rupanya dah ada yang punya. Sama macam video aku buat tu. Dia bagi harapan namun dia punahkan tanpa belas. Cinta dalam diam ni adalah cinta tak dapat diungkap kerana dirinya ialah orang ketiga. Pedihkan belum bercinta dah kecewa. Umpama kalah sebelum bertanding.
Apapun, kalau boleh elakkan cinta dalam diam. Boleh menjadi ubat boleh menjadi racun. Cepat ungkapkan cinta sebelum terlambat. Takut jadi nanah pulak. Yang penting sedih sangat bila hati terpaksa terima dia bukan milik kita. Sekian.
Ps: Dia berusaha dan aku suka.
20 comments:
menyakitkan bila cinta tu bukan milik kita.. ececeh ^^
diam itu lebih baik. ^^
pedihnya... lagi-lagi kalau dah letih pujuk hati supaya jgn cintakan dia... tapi si hati masih 'melawan' cakap!
*aku x pernah rasa.. tapi boleh membayangkan! tentu perit kan..
dulu atok cintakan nenek dlm diam je...last2 nenek yg bising nape atok diam...hahah
wuaaa ape nih???! naheeeeee
tau x ade buat auto publish pasal cnta dlm diam ni jgk...tp tgh mlm ni..huhu sbb xnk org bace...heh
huu..
betul..
baik luahkan la sblm memakan diri..
kan simpan2 skt hati plak tgk si dia bermesra dgn org lain..hee
utk lelaki la..
ppuan plak..kalo berani blh sj..:)
akak?yang mulakan dulu perkenalan dengan suami..alhamdulillah..kini semakin bahagia...
x sempat nak bercinta.arghh bz
erm..tunggu tiba masanya..luahkan
dia ckp xnk serabutkan kepala buat masa skrg...so kena la tunggu...=D
uhuk3..
eeemm...mmg slalu jd kat pompuan..
huhuhu
diam itu lebih baik mungkin.
berdoalah kpd Allah, jika benar dia jodoh kita, pasti bersama juga :)
4. Dia dah jauh hati
bila dia dah jauh hati... xsudi lagi nak menanti... dah cari penganti... bila yang ditinggalkan menyesal, mau blk semula, hati si dia da xda.... jd jwpnnye cinta dalam diam... tgk shj dia bahagia....huhuhuhu
kalau aida la kan,rasanya lebih baik diam je. segan la nak luahkan dulu kat orang yang aida suka.. hehe..
abah aida selalu ingatkan aida pasal ni-> 'the best men win' mean dah kalau dia tu memang jodoh kita,memang tak kemananya.. Kita tak perlu nak harap sangat sesuatu yang xpasti. Biar Allah yang tentukan.. kita just mampu berdoa je.Tapi rasanya doa kita dimakbulkan kalau kita betol2 ikhlas suka kat orang tu. hehe.. InsyAllah..
hee zaman seperti ini dah berlalubg My...
leplep perasaan ini.
akak dah lama admire beliau.
tapi akak xde kekuatan bile berdepan dengan beliau. beliau sgt la kacak, berseluar tinggi, misal mulus, kunci seguni di pinggang..bantu lah akak dik, akak dah buntu mencintai beliau dalam diam.
heeeeeeee
diam2 tapi maluuu
x pe..Tuhan tahu kan kak ngah :)
hai doktor cinta :)
mmg amat sakit & perit...tambahan pula org yg kita suke 2 milik kwn baik kite...huhu...pa2 pn redha j la..
:(
luah x, luah x , luah luah.... huhu
Post a Comment