CORETAN TERBARU NADH

Cinta dalam hati Part 8

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
‘Impian aku hanya satu, ingin dicintai lelaki yang bergelar suami’
Hanan melamun. Tenangnya suasana kampung membuatkan dia teringat kisah dulu. Lama sudah dia jauh berjalan ke negeri orang namun hati tetap tertinggal di sini.


“Jauh termenung. Ingat Zul?” Adli cuba berlagak tenang. Hatinya tercarik-carik ketika ini.


“Aah. Kenapalah saya susah nak lupakan dia ye boss?”


“Awak yang tak cuba,” Geram.


“Bila masa pulak? Saya dah cuba tau!”


“Kalau dah kenapa awak ingat balik?”


“Dah hati saya degil,”


“Awak jangan nak salahkan hati awak. Awak yang tak usaha lupakan dia,” Bos masih tegas dengan pendiriannya.


“Okay, tell me. Ada cara lain ke nak lupakan dia?”


“Ada!” Adli terus bangun dan berdiri tegak berdepan dengan Hanan. Matanya tepat memandang kekasih hati dalam diam.


‘Awak, saya ada. Kenapa awak tak perasan?’ Getus hatinya.


“Apa caranya bos?” Hanan mulai rimas dengan pandangan tajam.


“Kahwin dengan saya!” Kata-kata azimat terkeluar dengan laju tanpa tapisan. Adli sendiri terkejut.


“Bos!” Dia ketawa namun dibuat-buat


“Saya serius. Awak kata nak lupakan dia. Then, kahwin dengan saya. Lepas tu saya yakin hati 
awak akan tertutup langsung untuk dia. Percayalah kata saya ni. Bukan susah sebenarnya nak 
lupakan seseorang,” Suara berubah. Hanan memandang wajah bosnya. Dia tak sangka semudah itu lelaki melafazkan kata manis.


“Bos, sa..sa..ya..errmmm…”


“Awak, setuju je. Saya akan buat awak lupakan dia. Derita merindu awak tu akan terpadam 
dengan ikatan ini. Saya yakin,” Mata redup itu sungguh meyakinkan. Kelu lidahnya untuk berkata tidak apatah lagi ya.


“Erm bos tau kan saya ada mak ayah…” Belum sempat dia menghabiskan kata-kata lelaki itu melompat riang dan kedebum.


“Bos!!!”


Xxxxx


“Mak!!! Tuala mak!” Terkocoh-kocoh Hanan berlari ke rumah. Bosnya sangat kotor. Sengaja dia suruh terjun sungai sebelum ada orang lain ketawakannya.


“Apa jerit-jerit ni?” Mak pula kecoh.


“Towel mak. Ada kecemasang!” Sengaja dia buat gempak.


“Cemas kenapa? Bos kamu mana?” Hanan ketawa terbahak-bahak sampai mengeluarkan air 
mata. Maknya makin lama makin blur.


“Hanan, kamu kata cemas sangat tadi. Cepatlah pergi,” Rimas Mak Milah.


“Baik mak. Lupa pulak Hanan,” Ketawanya sambil berlenggang ke sungai. ‘Apalah nasib bos’ Ketawa meledak semula. Lupa segala masalah melanda. Lupa tentang lamaran azimat. Lupa pada Zulfadli. Lupa segalanya.


Nota Iffah: Sekian lama tak berupdate. Maaf. Aku akan tunaikan satu persatu hehe.=)
Ps: Dia mesti tak ingat jalan cerita ni.

7 comments:

aamalinaazman said...

hehehe
ayooo
cian mak
heee

x pe..kami selalu menunggu cerpen Iffah AFEEFAH..heeee =p

Unknown said...

best nye cerita ni..
han pn ade buat cerita tapi entah bila nk sambung..heheh

QasehSuci said...

baru nak feeling...tetiba gedebuk jatuh...terkejut tau! hehehe

Unknown said...

hai iffah..lawalah blog..dah lama x jengok blog ne..huuhuuu

Naniey TJ said...

so sweetttt...... i luv it.... tq pipah

Halimatun Sa'adiah said...

perghh..lme 2gu smbgan cite neh...

Nong Andy said...

Ini buat aku tertunggu-tunggu ni Iffah!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers