ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kita selalu mendengar orang berkata “Saya tak cantik” , “Saya tak secantik dia”. Apakah yang tersembunyi disebalik kata-katanya. Perasaan rendah diri. Ya, rendah diri kerana merasakan dirinya tidak rupawan atau jelitawan. Sedarlah wahai kawan-kawan, rupa bukan segalanya dalam hidup ini. Harus kita ingat cantik itu datang dalam pelbagai bentuk. Cantik akhlak, cantik hati, cantik fizikal, cantik jasmani bukan sekadar CANTIK itu untuk RUPA sahaja. Oleh itu, sebagai manusia kita haruslah:
1 Syukur : Bersyukurlah dengan kurniaan Allah. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu semuanya indah, semuanya cantik. Tiada beza setiap hamba di sisiNya. Tetapi yang menilai cantik atau tidak adalah mata manusia yang pelbagai-bagai. Tidak mengapalah jika manusia memandang kita tiada rupa yang menawan asal kita sedar bahawa Allah menciptakan kita cukup cantik pada di mataNYA.
2. Ikhlas : Ikhlas menerima kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan diri sendiri.ada yang dilebihkan dari segi rupa, ada pula dilebihkan dari sudut bakat, ada juga dilebihkan dari sudut fizikal dan bermacam-macam. Oleh itu ikhlaskan hati menerima diri kita sendiri. Terima keburukan sebagai cabaran dalam kehidupan. Jika anda merasakan anda tiada RUPA PARAS yang cantik, maka cantikkanlah akhlak anda. Cantik dalaman kekalnya hingga mati berbanding cantik luaran yang akan pudar bila hari berganti hari.
3. Amanah : Kita perlu amanah dalam menjaga jasad yang dipinjamkan oleh Allah. Jangan kerana ingin kelihatan cantik, kita sanggup mengubah kejadianNya. Contohnya, buat pembedahan plastik mancungkan hidung yang penyek, besarkan mata yang sepet, tebalkan bibir yang nipis. Tapi adakah anda yakin dengan mengubah kejadianNYA anda akan kelihatan cantik. Berapa ramai diluar sana menderita akibat pembedahan plastik, suntikan botox dan sebagainya. Pokok pangkalnya amanahlah anda dalam menjaga jasad yang dipinjamkan. Ingatlah diri kita bukan milik mutlak kita tetapi ia milik Allah dan akan kembali kepada Allah bila tiba masanya.
4. Bakat : Setiap manusia di anugerahkan bakat. Rupa yang cantik tanpa bakat yang menarik ibarat patung tanpa nyawa. Hanya sekadar sedap mata memandang tapi tidak memberi apa-apa faedah. (Khas buat yang sedang mencari pasangan) Ingatlah bukan semua manusia tertarik dengan rupa yang cantik, ada juga yang tertarik dengan bakat anda. Mungkin anda mempunyai suara yang merdu, mungkin juga anda mempunyai bakat menulis, atau mungkin juga anda mempunyai bakat masak memasak dan macam-macam bakat lain yang ada pada anda, gunakanlah. Bangga dengan bakat yang ada. Tonjolkan bakat yang ada dengan penuh rasa yakin. Jangan terkejut jika ada seseorang datang menyatakan anda telah mencuri hatinya kerana bakat anda bukannya rupa paras.
Akhir kalam, cantik itu subjektif, abstrak. Tiada siapa yang boleh memberi definisi setepatnya tentang cantik. Ia terpulang kepada setiap individu. Tepuk dada tanya iman, kecantikan bagaimana yang kita inginkan. Sekian.
Ps: Dia COMEL.
15 comments:
akak selalu kta akak cantik bila ade depan cermin dlm bilik tue.. hihiih :P
salam ...
kita selalu kagum dgn org yg lbh cantik.tp kita tak tau mungkin dia tak bahagia walau dia cantik.atau dia tak pandai menjaga kecantikannya hingga buat ramai lelaki berdosa menatap kecantikannya.betul tak?Allah menjadikan semua hambanya cukup sempurna dan cantik. cuma bagi yg terlebih cantik tu pandai2 lah menjaga diri agar tidak hanyut dengan pinjaman dr Allah.
menarik p'kongsian hari ni..... tapi mcm pnjg je celoteh miss ran ni
Suka cantikan diri heheh :)
Yang susah cantikan hati..
btol...
cantik dalaman tu penting...
cantik tu subjektif..
teringat video matluthfi..
^_________________^
opah rasa opah cantik sekarang!
hehehehe..
kak ngah pon cm tu ye!kebe selalu yakin dgn diri ye =]
p.s:macam bace entri aimieamalina..kekeke...
ehhh
x lah..ne de pelikkk la kak ngah
suke je opah bace
buat opah rase x rendh diri dgn kemontelan ini
wuwuwuwu...
cantik bukan sekadar rupa paras = hati mencerminkan wajah...
to be honest, dulu mmg selalu down bila tak cantik. wuwuwuwuwu
cantik dan indahnya bahasa... cantik dan bermaknanya kata-kata..
cantik hingga tak jemu nak baca..
jadi selalu dtg ke blog anda..
*Bakat yang 'cantik'.. alhamdulilah! kita bersyukur apa yg ada kan..
lain r blog ko skang ni
apa ni? ta penah kta nadh comei pn? :P
best!!.
stiap kjadian ada hikmahnya. yg cantik dan tak cantik tak ada bezanya. yg bezanya adalah cara kita menerima sesuatu kejadian itu..
slain tu, keyakinan kena ada.
wuargh. aku penah kena double standar sebab aku tak cantik sangat. kejam gila manusia T___T
pikirkan ape pandangan Allah kat kita..pandangan mnusia biarkan la
ps:nampak gak ade beza dlm cara penulisan tu ^^
Post a Comment