CORETAN TERBARU NADH

Perihal wanita

Aku nak bagitau pasal wanita. Mungkin korang tahu mungkin jugak yang tak sedar fakta tentang wanita. L lelaki dan W wanita. Sebagai contoh je. Yang lelaki yang terasa pulak.

Situasi 1:

L: Boleh tolong saya buatkan proposal? Saya ada kerja. Tak sempat buat. Tolong ye.
W: Boleh. Nanti saya siapkan. (makin banyak kerja aku)

Wanita jarang mengatakan tidak sebab nak jaga hati orang lain. Takut untuk menolak. Tapi tak semua.

Situasi 2:
L: Awak, marah ke saya lambat telefon awak?
W: Tak. Buat apa nak marah? (Penat aku tunggu berjam-jam)

Wanita selalu bercakap sebaliknya. Bukan hipokrit tapi itulah wanita. Aku pun. Bila terasa aku senyap je. Kalau orang tanya aku tetap akan kata okey walaupun dalam hati sakit sangat. Serius fakta.

Situasi 3:
L: Saya minta maaf. Saya tak sengaja.
W: Saya sentiasa maafkan awak. T___T

Wanita pemaaf. Senang je dia boleh cair dengan kata-kata ikhlas dan lembut. Dia tak suka berdendam. Tapi sekali dia dendam mahu selama-lamanya. Ini tak semua. Ada jugak yang jenis ego dan keras hati.

Apapun bagi aku setiap ciptaanNya ada kebaikan dan keunikan tersendiri. Belajar menerima wanita sebab anda yang lelaki lahir dari rahim wanita juga. Jangan sakiti hatinya kerna kau umpama menyakiti hati ibumu sendiri. Dalam Islam pun meletakkan wanita tempat yang mulia.

Ps: Dia bukan wanita pastinya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

cintailmu89 said...

nak tahu perihal lelaki pulak?

Unknown said...

macam tu la kita kan,perempuan..kasar kat luar pun, hati tetap lembut... Heee,tapi kalau dah terluka tu..susah la sikit nak lupakan :)

Anonymous said...

errr.? macam gaya wanita kuat berdendam je. :D

gurau jaa. ;)

Diana @ BKKC said...

hehe......same karekter ngan akak ni..akk selalu ckp ber'kias2 begini..Nasib baik. cik suami paham...pandailah dia auta akak plak

K said...

perihal alien?

aamalinaazman said...

huyoooo,
opah terasa opah yang sedang berdalog ni
sebab selalu sangat
kekekeek =p

Cik Pulau said...

ai pun terasa benda yang sama..
rasa macam ai lak kat situasi wanita tu..hahhaa

Eliza Sulaiman said...

betul sangat!

:')

budak penjara said...

pdhal wanita nk ngorat lelaki..sbb tu semua ckp ok je..haha

Fasihah Supian said...

setuju (:

zahidah seran said...

mulut marah,hati syg...haih...

Nong Andy said...

betull... sgt setuju. tapi tak suma mcm ni kan Iffah.. ada gak yg direct jer :)

Kira Sakura said...

betul!!!

dan sekali dh curang dgn wanita, die akan ingat buat selamanya... =)

Asyikin said...

jarang nak cakap benda yng betulkn, semua gara2 nak jaga hti. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers