CORETAN TERBARU NADH

Rasakan cinta ALLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Alhamdulillah peperiksaan baru je bermula. Aku belum rasa kehangatan minggu ni. Mungkin sebab hujung minggu dah mula cuti semester. Jadi fikir nak kemas barang je. Tadi paper PRA3111 Pentaksiran dan Penilaian. Alhamdulillah lagi sekali aku masih bernyawa untuk menjawab peperiksaan.

Aku dapat rasakan kasih sayang Allah hari ni. Bukan tak pernah rasa tapi kadang tu tak sedar. Bila jadi macam ni baru nak rasakan? Normal manusia mudah lupa. Macam korang tau kondisi tangan aku yang masih tak sembuh membuatkan aku kekok memegang pen. Jadi sebulan lepas aku mintak kebenaran unit peperiksaan untuk jawab menggunakan komputer. 

Alhamdulillah mereka bagi. Dengan mudah. Tak payah nak bersurat segala. Hari ni aku dapat menaip sepuluh muka surat untuk objektif, struktur dan esei dengan baik. Otak lancar je keluarkan idea. Tangan walaupun agak sakit, aku berupaya menaip selaju biasa. Mungkin sebab asyik update blog je kan. Bagus jugak berblogging ni. Latihan menaip hehe. 

Apapun Allah dah mudahkan aku dalam segala urusan. Seronok sangat. Pasal result aku redha je. Sebab malas belajar. Dengan cuti berminggu masa kemalangan hari tu. Banyak ketinggalan kuliah. Tapi layak jugak ambil exam. Apapun ALHAMDULILLAH, aku telah rasakan cinta dari yang Esa.

Ps: Dia tak tahu aku exam agaknya. 

10 comments:

Anonymous said...

Syukurlah. :)

Asyikin said...

alhamdulillah :)

Not Specified said...

Syukur (:

Kira Sakura said...

Alhamdulilah... wish u luck dear... =)

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

bagusnya berbolg boleh cepat menaip, hihihi

semoga semakin cepat sembuh ya? :)

Unknown said...

alhamdulillah.doakan wan pulak exam malam ni

SoLy SoLicious said...

semoga berjaya!!

Kalamhati said...

Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan Iffah..akak doakan iffah berjaya..teruskan usaha Iffah...
=)

aamalinaazman said...

alhamdulillah =]
seronokkk nye dengar..
esok semoga mudah lagi jalan kak ngah yeeee

chayok2!

Faaein Talip Roy said...

err.. menaip 10 muka surat untuk objektif? iffah. kalau soalan objektif tu bukan ke tanda abcd je?

hehehe.. oklah.. good luck untuk paper yang akan datang.. do the best!.. [^^,]

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers