CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Jodoh itu rahsia Allah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Zafran mendongak ke langit. Dia masih berkira-kira untuk membuka kandungan mesej tunangnya itu. Bukan dia mengongkong hidup Yasmin. Tetapi hatinya membuak-buak perasaan ingin tahu yang mendalam. Perlahan Zafran mencapai handset Yasmin.

“Irham!” Satu nama yang tak asing lagi. zafran mengeluh kecil. Dia dapat tahu Irham yang mesej setelah dia menaip kod sekuriti yang disetkan Yasmin. Dia tahu kerana Yasmin pernah memberitahu. Kononnya tiada rahsia antara mereka berdua. Matanya tertancap pada isi kandungan mesej tersebut.
‘Buat apa tu sayang? Muahs untuk hari ni’ Zafran tersirap darah membaca setiap patah yang lelaki bernama Irham sampaikan kepada Yasmin. Sejak dari dulu dia tak menyenangi kehadiran Irham. Baginya, best friend forever tak seharusnya terjadi antara lelaki dan perempuan. Dia tak percaya lelaki dan perempuan bisa jadi cuma sahabat tanpa perasaan cinta untuk si kekasih. Lantas jarinya membalas mesej tersebut. Dia bengang!
‘Kau ada apa-apa ke dengan Yasmin ni?’ Butang send ditekan. Yasmin datang. Handset diletakkan semula dalam beg tunangnya itu.
“Sorry, lama ke tunggu?” Yasmin segera mengambil begnya.
“Taklah. Mana kawan awak? Dah balik?” Mata Zafran meliar mencari Raudah. Namun tak kelihatan. Yasmin sekadar senyum. Zafran memandang pelik.
“Ada kata dia tak berapa sihat. So, dia balik dulu,” Yasmin menjawab persoalan yang bermain di minda tunangannya. Dia cemburu. Dia cemburu jika Raudah ada sekali. Baginya, tiada privasi jika Raudah bersama. Walau Zafran yang beria menyuruh Raudah teman. Dia tak selesa.
‘Dating! Siapa mahu bawa teman?’ Getus hatinya. Yasmin senyum dan mengajak Zafran ke Sogo. Dia mahu membeli hantaran. Itulah tempat terbaik dalam otaknya kini. Zafran mengikut saja. Dia malas bertanya lebih pasal Raudah. Bimbang tunangannya pula cemburu.

Xxxxxx

Seharian berjalan membuatkan Zafran letih. Mana taknya, semua kedai Yasmin mahu masuk. Akhir sekali, satu apapun tak berkenan. Dia memang tak suka berbelanja dengan perempuan. Namun, ini isu kahwin. Dia kena serius. Nanti bising emaknya. Ceramah percuma bila-bila boleh dapat kalau tak tunaikan permintaan Yasmin. Sayang sangat maknya dengan Yasmin. Lebih dari diri Zafran pula.
Badan dibaringkan di katil empuk. Butang baju dibuka sedikit. Lemas. Masih berpeluk namun dia tak peduli. Sakit kaki bukan kepalang.

“Ini baru tunang! Kalau kahwin nanti pengsan aku,” Rungut Zafran sendiri.
“Apa ni cakap sorang-sorang?” Adli masuk ke biliknya. Zafran sekadar membaling bantal.
“Kau tu menyibuk kenapa?” Zafran berusaha membangunkan diri. Letih sangat. Rasa nak tidur je tadi. Mujur Adli membantutkan kantuknya.
“Aku sibuk? Okey fine. Aku datang nak sampaikan pesan. Tak nak dengar sudah,” Adli pura-pura merajuk. Zafran bangkit dari katil tiba-tiba. Adli senyum tanda kemenangan.
“Mak kau call tadi. Aku kata kau keluar shopping dengan Miss Fiance,” Adli tersengih-sengih. Dia menanti respon dari Zafran.
“Itu je?” Anggukan diterima. Pantas Zafran menumbuk lembut perut Adli yang membulat. Jeritan Adli kedengaran. Geram Zafran dipermainkan. Mati-mati ingat ada pesanan dari emaknya. Telefon berbunyi. Lagu Tentang Rasa sudah cukup memberitahu Zafran siapa yang menelefonnya. Dia beri isyarat keluar untuk Adli. Adli faham dan terus menutup pintu rapat.
“Hello, awak buat apa dengan handset saya tadi?” Zafran tersenyum cuma. Dia tahu pasti Yasmin akan marah dia juga.
“Marah nampak. Assalamualaikum,” Salam diberi. Zafran sebenarnya malas bercakap pasal Irham yang dikatakan BFF tunangnya. Dia penat bercakap benda yang sama.
“Waalaikumsalam. Awak ni kenapa? Kenapa awak mesej macam tu kat dia?” Dia bengang. Yasmin tak sangka lelaki itu sanggup mesej seperti itu. Sudahnya Irham menjauhkan diri. Dari tadi call Irham tak jawab.
“Saya tanya cara baik. Siapa tak marah kalau siap sayang-sayang dengan tunang orang? Saya manusia biasa wak,” Zafran cuba melembutkan hati tunangnya itu.
“Habis yang awak cemburu dengan Irham tu kenapa? Awak kan tahu dia kawan baik saya. Kami tak ada apa-apa feeling pun. awak tak percaya saya ke?” Yasmin bengang. Dia tak mahu kehilangan BFFnya. Dia tak mahu. Mereka dah berkawan lama. Yasmin sayang akan perhubungan itu.
“Saya akui saya cemburu. Salah ke? Awak betul tak ada apa-apa dengan dia?” Sekali lagi Zafran inginkan kepastian. Naluri hatinya seperti berbisik sesuatu. Dan dia perlu pastikan semuanya.
“Awak tak percayakan saya. Dulu lagi saya dah cakap. Kitorang kawan je. Saya tak ada perasaan pun kat dia. Kan saya dah pilih awak? Lagipun semua yang awak baca tu gurau-gurau je. Lagipun kitorang rapat sebelum saya kenal awak lagi,” Yasmin beria menidakkan. Zafran masih lagi tak percaya. Mustahil seorang lelaki tak ada perasaan cinta langsung. SMS itu membuktikan segalanya. Jiwang, sayang, manja. Semua ada dalam setiap SMS lelaki bernama Irham.
“Awak, saya rasa Irham syok kat awak. Awak tolong jangan layan dia baik sangat. Saya takut kalau dia…” Belum sempat Zafran menyudahkan kata Yasmin menyampuk.
“Sudahlah wak. Dari awak terus tuduh Am ada hati kat saya, baik kita putus je. Awak tak percayakan saya. Awak tahukan asas perhubungan itu ialah saling percaya? Saya kecewa dengan awak,” Ada sendu di suaranya. Yasmin terus mematikan talian. Tangisan hiba mengiringi malam buat insan bernama Yasmin. Zafran juga turut kecewa.
 ‘Putus? Maknanya ikatan pertunangan juga perlu diputuskan’ Zafran bermonolog lagi.  Namun, Zafran tetap dengan prasangkanya. Dia ingin berjumpa sendiri dengan lelaki itu. Irham!

Xxxxx

Genap sebulan Zafran bergelar bekas tunangan Yasmin. Sakit itu ada. Tapi dia percaya akan jodoh. Kalau benar jodohnya tertulis bukan untuk wanita bernama Yasmin. Dia terima. Irham yang bermatian menafikan dia ada perasaan terhadap Yasmin akhirnya mengakui yang dia memang sudah lama jatuh cinta dengan Yasmin. Dia tak mahu menjejaskan hubungan Yasmin dan tunangannya. Sebab tu dia berdiam diri saja. Zafran tahu pun dari mulut Yasmin sendiri.

“Apa saya nak buat Zaf?” Yasmin keliru. Dia tak tahu sama ada dia harus terus berkawan dengan Irham atau sebaliknya.
“Kenapa tanya saya? Itukan BFF awak,” Zafran malas melayan bekas tunangnya lagi. Baginya, yang lepas biarlah lepas. Dia pun tak simpan dalam hati. Dia tak kisah kalau Yasmin memilih untuk bersama lelaki itu jika itu yang Yasmin cinta.
“Awak marah lagi ke dengan Irham?” Yasmin membuatkan Zafran tersentak. Dia tak marah. Cuma dia tak puas hati dengan tindakan lelaki itu. Kalau kawan sekalipun, bukan begitu cara berkawan. Sedangkan dia sebagai tunang tak pernah mahu mesej ayat jiwang dan tiada tapisan seperti itu.
“Kenapa diam?” Tanya Yasmin lagi. Zafran mengeluh. Dia rimas dengan Yasmin kala ini.
“Awak, awak punya hidup awak tentukanlah. Jangan tanya saya lagi. Kalau awak sayangkan Irham, why not give a try. Mungkin dia jodoh awak. Lagipun best friend jadi best man okey jugak,” Zafran sengaja ketawa kecil. Sedangkan hatinya sedang menangis pilu.
“Thanks awak. Awak memang baik,” Talian dimatikan. Zafran tersenyum sinis. Dia tak reti membenci. Tapi hatinya bagai tersayat mendengar suara bekas tunangannya itu. Ingin dia maki tapi tak mampu. Akhirnya, ke tikar sejadah dia bersujud. Meminta pertolongan dari Ilahi agar hatinya kuat kembali.

Pernah Adli bertanya, kalau Yasmin nak kembali kepada dia. Nak ke dia terima. bagi Zafran, dia tak mungkin terima Yasmin buat kali kedua. Peluang itu telah ranap. Dia takkan menjilat semula ludah yang terpalit di lantai. Dia tak mahu sejarah lama berulang kembali. Dia tak mahu Yasmin meninggalkannya lagi hanya kerana BFF. Tak mahu egonya tercalar kali kedua. Meskipun hati masih membisikkan cinta buat Yasmin. Biarlah Zafran sendiri dari hatinya terus disakiti lagi. Dia tahu Allah maha adil. Pasti ada sesuatu yang Allah rancang buatnya. Siapa tahu?

Xxxxx

Kad kahwin yang berbentuk bording pass Mas masih berada di tangannya. Ya, kad kahwin Raudah. Teman baik Yasmin. Zafran tersenyum bahagia. Dipandangnya Raudah redup.
“Kenapa pandang Ada macam tu?” Raudah tersipu malu.
“Tak sangka kan. Kad kahwin ni ada lagi,” Zafran tersengih. Dia bahagia. Begitu juga Raudah.
“Apa? Ada sengaja simpan. Kan boleh jadi kenangan,” Raudah merampas semula kad tersebut. Zafran tersenyum. Dia tahu Raudah menyimpan dalam diam. Siapa sangka jodohnya dengan Raudah. Cinta lepas kahwin mudah dipupuk jika hati mahukan cinta.
“Abanggg!!!” Raudah kegelian. Zafran merampas semula kad kahwin mereka setelah menggeletek isterinya.
“Mana aci!” Zafran ketawa lepas. Tangannya ditinggikan. Terkinja-kinja Raudah melompat untuk dapatkan semula. Namun, misinya gagal.
“Ada sayang abang,” Kuat-kuat Zafran membaca kata-kata di belakang kad itu. Raudah malu sendiri. Masa itu dia menulis suka-suka. Sebelum mereka diijabkabulkan lagi.
“Abang sayang Ada jugak,” Raudah memeluk suaminya erat. Zafran tersenyum. 

Tak sangka kad itu punya rahsia sendiri. tentang Yasmin lama sudah dia kuburkan. Entah apa khabar Yasmin sekarang pun dia tak tahu. Cukuplah kisah dulu disimpan rapi. Tak perlu dia ingat kembali. Bukan dia nak putuskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Cuma dia tak mahu mengeruhkan perhubungan yang lebih penting iaitu hubungan suami isteri. Dia tak mahu Raudah cemburu. Maka itulah dia memilih untuk sepikan diri dari bekas tunangannya. Semua itu pengalaman. Tanpa pengalaman tiadalah pengajaran. Dia belajar semua. Yang penting kini dia bahagia dengan jodohnya. Cintanya pada Raudah akan membawa Zafran lebih dekat dengan yang Esa. Itu paling utama. “Terima kasih Allah!” Ujar Zafran perlahan.
Tamat!

Nota Iffah: Idea asal dari Pakcik mengada suka coverline. Siapa dia? Kawan aku. Malas nak mention nama dia. Haha. Awak, cepatlah kritik! Korang si pembacapun. Kritiklah. Aku rasa macam tak ada jiwa je cerpen ni. Hehe

14 comments:

Nong Andy said...

er..er... aku rasa jodoh tu memang rasia tuhan. aku tak berapa rasa 'sakit' hati Zafran.. hehe. Tapi aku boleh rasa 'cinta' Raudah :)

Eera Shera said...

sape x sakit hati tunang bersyg syg ngn org lain. laki ngn pompoan kalo rapat sgt maybe salah sorg akn jatuh cnta.. nasib zaf dgn raudah..suwit je

anak ayah said...

tidak mungkin untuk bff di antara lelaki dan perempuan untuk tidak punyai rasa sayang lebih dari seorang sahabat =')

Sunah Sakura said...

sape kata takde jiwa...nice la yu cerpen ni..i likeeee...

Woofer Storm said...

sayang kepada sahabat jangan terlalu ditayangkan,takut terlebih cinta pula mendatang..itu tak mustahil,kerana itu semua kerja tuhan..apatah lagi bila bisikan syaitan sudah mendayu menyesatkan..

slmt mlm iffah...

Anor said...

jalan cite boleh tahan tapi rasa
singkat sgt. tak tau pula mcm mana
si Zaf ni boleh kawen dgn Ada. tiba2
dh kawen je... mcm terburu-buru sj.

reenapple said...

Best.. hehehe. Aku suka semua. dari awal sehingga ke akhir... hehehe.

Benarlah jodoh itu rahsia ALLAH.. huuuu...

Kira Sakura said...

ada je jiwa nya.. ngade je kte xde..
erm walau selama mana pun persahabatan antara lelaki dan perempuan tetap kena ada batasnya.. sbb tue Allah dah tetapkan gap antara bukan mahram untuk mengelakkan salah faham,...

Lydia Miza said...

persahabatan antara lelaki dan perempuan jika kena batasnya tak salah kot. naper Zafran kejam?sbb dia mmg suka raudah kan?eii geram!sian yasmin.zafran ego, kejam dan sgt2 kejam

Lydia Miza said...

owh..ada lagi..lupa lak.raudah pun satu ek?kalau takda hati takkan mudah je terima zafran.eiiii geram.pijak kang tau la..hahah

Anonymous said...

JOdoh DALam CERPEN Ni Cik iFFAH Yg TENtuKan.AHAKs..(jokes)
MOga ZAFran
& YASMin BERkekalan Hingga KEanak CUcu.
CEWah2x..HEhe..

arel said...

jiwa penulis nie mmg jiwang. kisah benar penulis ke?

selain rasa percaya, hormat kepada perhubungan dari pasangan adalah juga penting.

Unknown said...

wuwuwuuwuwwuuwu..
nape ini cerita iffah :)

kan best kalau drama melayu mcm ni..mau melekat aku kt tb..

hehehhehehehheeehhh

Anonymous said...

Uuuu panjang sikit la ...Ni baru seinci dua sampai 1000000 inci patah ayat baru puas baca.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers