ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Zafran mendongak ke langit. Dia masih berkira-kira untuk
membuka kandungan mesej tunangnya itu. Bukan dia mengongkong hidup Yasmin. Tetapi
hatinya membuak-buak perasaan ingin tahu yang mendalam. Perlahan Zafran
mencapai handset Yasmin.
“Irham!” Satu nama yang tak asing lagi. zafran mengeluh
kecil. Dia dapat tahu Irham yang mesej setelah dia menaip kod sekuriti yang disetkan Yasmin. Dia tahu kerana Yasmin pernah
memberitahu. Kononnya tiada rahsia antara mereka berdua. Matanya tertancap pada
isi kandungan mesej tersebut.
‘Buat apa tu sayang? Muahs untuk hari ni’ Zafran tersirap
darah membaca setiap patah yang lelaki bernama Irham sampaikan kepada Yasmin. Sejak dari dulu dia tak
menyenangi kehadiran Irham. Baginya, best friend forever tak seharusnya terjadi
antara lelaki dan perempuan. Dia tak percaya lelaki dan perempuan bisa jadi cuma
sahabat tanpa perasaan cinta untuk si kekasih. Lantas jarinya membalas mesej
tersebut. Dia bengang!
‘Kau ada apa-apa ke dengan Yasmin ni?’ Butang send ditekan. Yasmin
datang. Handset diletakkan semula dalam beg tunangnya itu.
“Sorry, lama ke tunggu?” Yasmin segera mengambil begnya.
“Taklah. Mana kawan awak? Dah balik?” Mata Zafran meliar
mencari Raudah. Namun tak kelihatan. Yasmin sekadar senyum. Zafran memandang
pelik.
“Ada kata dia tak berapa sihat. So, dia balik dulu,” Yasmin
menjawab persoalan yang bermain di minda tunangannya. Dia cemburu. Dia cemburu
jika Raudah ada sekali. Baginya, tiada privasi jika Raudah bersama. Walau Zafran
yang beria menyuruh Raudah teman. Dia tak selesa.
‘Dating! Siapa mahu bawa teman?’ Getus hatinya. Yasmin senyum
dan mengajak Zafran ke Sogo. Dia mahu membeli hantaran. Itulah tempat terbaik
dalam otaknya kini. Zafran mengikut saja. Dia malas bertanya lebih pasal
Raudah. Bimbang tunangannya pula cemburu.
Xxxxxx
Seharian berjalan membuatkan Zafran letih. Mana taknya,
semua kedai Yasmin mahu masuk. Akhir sekali, satu apapun tak berkenan. Dia memang
tak suka berbelanja dengan perempuan. Namun, ini isu kahwin. Dia kena serius. Nanti
bising emaknya. Ceramah percuma bila-bila boleh dapat kalau tak tunaikan
permintaan Yasmin. Sayang sangat maknya dengan Yasmin. Lebih dari diri Zafran
pula.
Badan dibaringkan di katil empuk. Butang baju dibuka
sedikit. Lemas. Masih berpeluk namun dia tak peduli. Sakit kaki bukan kepalang.
“Ini baru tunang! Kalau kahwin nanti pengsan aku,” Rungut Zafran
sendiri.
“Apa ni cakap sorang-sorang?” Adli masuk ke biliknya. Zafran
sekadar membaling bantal.
“Kau tu menyibuk kenapa?” Zafran berusaha membangunkan diri.
Letih sangat. Rasa nak tidur je tadi. Mujur Adli membantutkan kantuknya.
“Aku sibuk? Okey fine. Aku datang nak sampaikan pesan. Tak nak
dengar sudah,” Adli pura-pura merajuk. Zafran bangkit dari katil tiba-tiba. Adli
senyum tanda kemenangan.
“Mak kau call tadi. Aku kata kau keluar shopping dengan Miss
Fiance,” Adli tersengih-sengih. Dia menanti respon dari Zafran.
“Itu je?” Anggukan diterima. Pantas Zafran menumbuk lembut
perut Adli yang membulat. Jeritan Adli kedengaran. Geram Zafran dipermainkan. Mati-mati
ingat ada pesanan dari emaknya. Telefon berbunyi. Lagu Tentang Rasa sudah cukup
memberitahu Zafran siapa yang menelefonnya. Dia beri isyarat keluar untuk Adli.
Adli faham dan terus menutup pintu rapat.
“Hello, awak buat apa dengan handset saya tadi?” Zafran
tersenyum cuma. Dia tahu pasti Yasmin akan marah dia juga.
“Marah nampak. Assalamualaikum,” Salam diberi. Zafran sebenarnya
malas bercakap pasal Irham yang dikatakan BFF tunangnya. Dia penat bercakap
benda yang sama.
“Waalaikumsalam. Awak ni kenapa? Kenapa awak mesej macam tu
kat dia?” Dia bengang. Yasmin tak sangka lelaki itu sanggup mesej seperti itu. Sudahnya
Irham menjauhkan diri. Dari tadi call Irham tak jawab.
“Saya tanya cara baik. Siapa tak marah kalau siap
sayang-sayang dengan tunang orang? Saya manusia biasa wak,” Zafran cuba melembutkan
hati tunangnya itu.
“Habis yang awak cemburu dengan Irham tu kenapa? Awak kan
tahu dia kawan baik saya. Kami tak ada apa-apa feeling pun. awak tak percaya
saya ke?” Yasmin bengang. Dia tak mahu kehilangan BFFnya. Dia tak mahu. Mereka
dah berkawan lama. Yasmin sayang akan perhubungan itu.
“Saya akui saya cemburu. Salah ke? Awak betul tak ada
apa-apa dengan dia?” Sekali lagi Zafran inginkan kepastian. Naluri hatinya
seperti berbisik sesuatu. Dan dia perlu pastikan semuanya.
“Awak tak percayakan saya. Dulu lagi saya dah cakap. Kitorang
kawan je. Saya tak ada perasaan pun kat dia. Kan saya dah pilih awak? Lagipun semua
yang awak baca tu gurau-gurau je. Lagipun kitorang rapat sebelum saya kenal
awak lagi,” Yasmin beria menidakkan. Zafran masih lagi tak percaya. Mustahil seorang
lelaki tak ada perasaan cinta langsung. SMS itu membuktikan segalanya. Jiwang,
sayang, manja. Semua ada dalam setiap SMS lelaki bernama Irham.
“Awak, saya rasa Irham syok kat awak. Awak tolong jangan
layan dia baik sangat. Saya takut kalau dia…” Belum sempat Zafran menyudahkan
kata Yasmin menyampuk.
“Sudahlah wak. Dari awak terus tuduh Am ada hati kat saya,
baik kita putus je. Awak tak percayakan saya. Awak tahukan asas perhubungan itu
ialah saling percaya? Saya kecewa dengan awak,” Ada sendu di suaranya. Yasmin terus
mematikan talian. Tangisan hiba mengiringi malam buat insan bernama Yasmin. Zafran
juga turut kecewa.
‘Putus? Maknanya ikatan
pertunangan juga perlu diputuskan’ Zafran bermonolog lagi. Namun, Zafran tetap dengan prasangkanya. Dia ingin
berjumpa sendiri dengan lelaki itu. Irham!
Xxxxx
Genap sebulan Zafran bergelar bekas tunangan Yasmin. Sakit itu
ada. Tapi dia percaya akan jodoh. Kalau benar jodohnya tertulis bukan untuk
wanita bernama Yasmin. Dia terima. Irham yang bermatian menafikan dia ada
perasaan terhadap Yasmin akhirnya mengakui yang dia memang sudah lama jatuh
cinta dengan Yasmin. Dia tak mahu menjejaskan hubungan Yasmin dan tunangannya. Sebab
tu dia berdiam diri saja. Zafran tahu pun dari mulut Yasmin sendiri.
“Apa saya nak buat Zaf?” Yasmin keliru. Dia tak tahu sama
ada dia harus terus berkawan dengan Irham atau sebaliknya.
“Kenapa tanya saya? Itukan BFF awak,” Zafran malas melayan
bekas tunangnya lagi. Baginya, yang lepas biarlah lepas. Dia pun tak simpan
dalam hati. Dia tak kisah kalau Yasmin memilih untuk bersama lelaki itu jika
itu yang Yasmin cinta.
“Awak marah lagi ke dengan Irham?” Yasmin membuatkan Zafran
tersentak. Dia tak marah. Cuma dia tak puas hati dengan tindakan lelaki itu. Kalau
kawan sekalipun, bukan begitu cara berkawan. Sedangkan dia sebagai tunang tak
pernah mahu mesej ayat jiwang dan tiada tapisan seperti itu.
“Kenapa diam?” Tanya Yasmin lagi. Zafran mengeluh. Dia rimas
dengan Yasmin kala ini.
“Awak, awak punya hidup awak tentukanlah. Jangan tanya saya
lagi. Kalau awak sayangkan Irham, why not give a try. Mungkin dia jodoh awak. Lagipun
best friend jadi best man okey jugak,” Zafran sengaja ketawa kecil. Sedangkan hatinya
sedang menangis pilu.
“Thanks awak. Awak memang baik,” Talian dimatikan. Zafran tersenyum
sinis. Dia tak reti membenci. Tapi hatinya bagai tersayat mendengar suara bekas
tunangannya itu. Ingin dia maki tapi tak mampu. Akhirnya, ke tikar sejadah dia
bersujud. Meminta pertolongan dari Ilahi agar hatinya kuat kembali.
Pernah Adli bertanya, kalau Yasmin nak kembali kepada dia. Nak
ke dia terima. bagi Zafran, dia tak mungkin terima Yasmin buat kali kedua. Peluang
itu telah ranap. Dia takkan menjilat semula ludah yang terpalit di lantai. Dia tak
mahu sejarah lama berulang kembali. Dia tak mahu Yasmin meninggalkannya lagi
hanya kerana BFF. Tak mahu egonya tercalar kali kedua. Meskipun hati masih
membisikkan cinta buat Yasmin. Biarlah Zafran sendiri dari hatinya terus
disakiti lagi. Dia tahu Allah maha adil. Pasti ada sesuatu yang Allah rancang
buatnya. Siapa tahu?
Xxxxx
Kad kahwin yang berbentuk bording pass Mas masih berada di
tangannya. Ya, kad kahwin Raudah. Teman baik Yasmin. Zafran tersenyum bahagia. Dipandangnya
Raudah redup.
“Kenapa pandang Ada macam tu?” Raudah tersipu malu.
“Tak sangka kan. Kad kahwin ni ada lagi,” Zafran tersengih. Dia
bahagia. Begitu juga Raudah.
“Apa? Ada sengaja simpan. Kan boleh jadi kenangan,” Raudah
merampas semula kad tersebut. Zafran tersenyum. Dia tahu Raudah menyimpan dalam
diam. Siapa sangka jodohnya dengan Raudah. Cinta lepas kahwin mudah dipupuk
jika hati mahukan cinta.
“Abanggg!!!” Raudah kegelian. Zafran merampas semula kad
kahwin mereka setelah menggeletek isterinya.
“Mana aci!” Zafran ketawa lepas. Tangannya ditinggikan. Terkinja-kinja
Raudah melompat untuk dapatkan semula. Namun, misinya gagal.
“Ada sayang abang,” Kuat-kuat Zafran membaca kata-kata di
belakang kad itu. Raudah malu sendiri. Masa itu dia menulis suka-suka. Sebelum mereka
diijabkabulkan lagi.
“Abang sayang Ada jugak,” Raudah memeluk suaminya erat. Zafran tersenyum.
Tak sangka
kad itu punya rahsia sendiri. tentang Yasmin lama sudah dia kuburkan. Entah apa
khabar Yasmin sekarang pun dia tak tahu. Cukuplah kisah dulu disimpan rapi. Tak
perlu dia ingat kembali. Bukan dia nak putuskan hubungan persaudaraan sesama
Islam. Cuma dia tak mahu mengeruhkan perhubungan yang lebih penting iaitu
hubungan suami isteri. Dia tak mahu Raudah cemburu. Maka itulah dia memilih
untuk sepikan diri dari bekas tunangannya. Semua itu pengalaman. Tanpa pengalaman
tiadalah pengajaran. Dia belajar semua. Yang penting kini dia bahagia dengan
jodohnya. Cintanya pada Raudah akan membawa Zafran lebih dekat dengan yang Esa.
Itu paling utama. “Terima kasih Allah!” Ujar Zafran perlahan.
Tamat!
Nota Iffah: Idea asal dari Pakcik mengada suka coverline. Siapa
dia? Kawan aku. Malas nak mention nama dia. Haha. Awak, cepatlah kritik! Korang
si pembacapun. Kritiklah. Aku rasa macam tak ada jiwa je cerpen ni. Hehe
14 comments:
er..er... aku rasa jodoh tu memang rasia tuhan. aku tak berapa rasa 'sakit' hati Zafran.. hehe. Tapi aku boleh rasa 'cinta' Raudah :)
sape x sakit hati tunang bersyg syg ngn org lain. laki ngn pompoan kalo rapat sgt maybe salah sorg akn jatuh cnta.. nasib zaf dgn raudah..suwit je
tidak mungkin untuk bff di antara lelaki dan perempuan untuk tidak punyai rasa sayang lebih dari seorang sahabat =')
sape kata takde jiwa...nice la yu cerpen ni..i likeeee...
sayang kepada sahabat jangan terlalu ditayangkan,takut terlebih cinta pula mendatang..itu tak mustahil,kerana itu semua kerja tuhan..apatah lagi bila bisikan syaitan sudah mendayu menyesatkan..
slmt mlm iffah...
jalan cite boleh tahan tapi rasa
singkat sgt. tak tau pula mcm mana
si Zaf ni boleh kawen dgn Ada. tiba2
dh kawen je... mcm terburu-buru sj.
Best.. hehehe. Aku suka semua. dari awal sehingga ke akhir... hehehe.
Benarlah jodoh itu rahsia ALLAH.. huuuu...
ada je jiwa nya.. ngade je kte xde..
erm walau selama mana pun persahabatan antara lelaki dan perempuan tetap kena ada batasnya.. sbb tue Allah dah tetapkan gap antara bukan mahram untuk mengelakkan salah faham,...
persahabatan antara lelaki dan perempuan jika kena batasnya tak salah kot. naper Zafran kejam?sbb dia mmg suka raudah kan?eii geram!sian yasmin.zafran ego, kejam dan sgt2 kejam
owh..ada lagi..lupa lak.raudah pun satu ek?kalau takda hati takkan mudah je terima zafran.eiiii geram.pijak kang tau la..hahah
JOdoh DALam CERPEN Ni Cik iFFAH Yg TENtuKan.AHAKs..(jokes)
MOga ZAFran
& YASMin BERkekalan Hingga KEanak CUcu.
CEWah2x..HEhe..
jiwa penulis nie mmg jiwang. kisah benar penulis ke?
selain rasa percaya, hormat kepada perhubungan dari pasangan adalah juga penting.
wuwuwuuwuwwuuwu..
nape ini cerita iffah :)
kan best kalau drama melayu mcm ni..mau melekat aku kt tb..
hehehhehehehheeehhh
Uuuu panjang sikit la ...Ni baru seinci dua sampai 1000000 inci patah ayat baru puas baca.
Post a Comment