ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 2 untuk cerita selanjutnya.
Ini adalah cerpen bersiri. Klik Part 2 untuk cerita selanjutnya.
Hatinya pilu mendengar kabaran dari yang di sana. Sungguh sakit
bila hubungan terputus begitu saja. Angkara siapa? Dia belum tahu kebenarannya.
Yang Dania tahu, pertunangan diputuskan tanpa sebab. Itupun melalui ibunya di
kampung. Hancur luluh hatinya mengenangkan tunang yang belum sempat dia kenali.
Hanafi hanya sekadar nama. Entah mengapa hati terasa begitu sakit kala ini.
“Nia!” Faizah datang menerpa Dania. Segera pelukan kemas
dihadiahkan buat sahabatnya. Dia tahu Dania kesedihan ketika ini. Lama mereka
begitu. Bahu terasa basah. Namun, Faizah biarkan saja.
“Iza…” Dania cuba meluahkan sesuatu tapi gagal. Suaranya seakan
tersekat di kerongkong.
“Syyyhh Nia. Jangan cakap. Nangis je kalau itu yang boleh
redakan perasaan kau. Aku faham. Nangislah Nia,” Suara Faizah juga bertukar
sebak. Dia juga tak sangka pertunangan sahabatnya putus di tengah jalan. Walaupun,
Dania terpaksa mengikat tali pertunangan. Setiap malam dia nampak Dania
bersujud memohon agar hatinya dibuka untuk Hanafi. Bila hati sedia menerima
Hanafi, lain pula jadinya. Sungguh menduga hati dan perasaan Dania.
“Iza…apa salah aku? Apa dosa aku? Kenapa dia sanggup
putuskan?” Esakan kecilkedengaran. Makin kuat tangisan itu.
“Hei kenapa menangis beria ni? Esok kau jumpalah dia eh?”
Faizah cuba menenangkan Dania.
“Jumpa dia? Untuk apa? Malukan diri aku lagi? Iza, mak aku
telefon nangis-nangis. Aku malu Iza. Aku benci dia!” Dania geram. Sekelip mata
air mata kering. Dia bengang. Dia tak tahu apa puncanya. Bagi Dania, Hanafi melampau.
Tindakannya terburu-buru. Benda penting begini boleh bawa bincang. Bukan ikut
kepala sendiri.
“Dania, you must! Aku teman. Muktamad!” Faizah lebih dulu
buat keputusan bagi pihaknya. Dania termangu. Akhirnya, dia mengalah dan ikut
saja kehendak sahabatnya itu. Hatinya masih rawan dengan berita mengejut itu.
Xxxxx
Pertemuan empat mata. Faizah tiba-tiba mengadu sakit perut. Tandas
berdekatan dikejar terlebih dulu. Tinggal dia dan Hanafi. Dania tak mengenali
Hanafi langsung. Namun, setelah dia call dan bertanyakan tentang kedudukan
Hanafi baru dia dapat mengagak yang mana satu bekas tunangnya. Debaran jelas di
dada. Mata lelaki itu ditenung dalam. Satu penjelasan perlu diberikan. Dania menanti
Hanafi membuka mulut.
“So, kenapa nak jumpa? Itupun lepas dah jadi bekas tunang?”
Hanafi sengaja menekankan perkataan bekas. Dia bengang. Dia tak tahu kenapa
bekas tunangnya sungguh muka tak malu. Sanggup datang jumpa setelah apa yang
terjadi antara mereka berdua.
“Awak hutang saya,” Tegas nadanya. Hanafi mendengus.
“Hutang apa pulak? Cincin saya awak tak pulangkan,” Sinis
pula balasannya. Pantas saja Dania mengambil cincin dalam begnya. Di letakkan
di meja.
“Sorry saya tak suka barang terpakai. Awak boleh simpan atau
jual saja kalau tak cukup duit,” Lagi sentap. Dania menjeling tajam.
“Awak ni kenapa Encik Hanafi? Awak tak puas hati dengan saya
ke apa ni?” Sabar dia sudah ke penghujung. Lelaki itu sungguh kejam. Hatinya bagai
ditiris-tiris saat ini.
“Awak tu yang kenapa? Ada pakwe tapi gatal-gatal nak
bertunang dengan saya. Awak ingat awak boleh bahagia ke lepas kecewakan hati
orang lain?” Hanafi berapi. Gerun Dania melihatnya. Belum sempat Dania
menjawab, Hanafi sambung kata-katanya.
“Awak jangan lupa, what you give, you get back!” Panas
perbualan mereka itu. Dania terdiam. Hanafi menarik nafas kembali. Ditenangkan hatinya
semula.
“Okey, sekarang turn awak,” Nadanya sudah kendur.
“Saya tak terkata. Apa yang awak cakap pasal pakwe tu salah
sama sekali. Saya mengaku saya pernah ada pakwe. Tapi itu semua dulu. Saya single.
Saya tak rasa saya kecewakan sesiapapun!” Dania membangkitkan diri. Dia malas
berlama di situ. Perbincangan mereka takkan ke mana. Hanafi dengan ceritanya
sendiri. begitu juga dia.
“Duduk dulu. Please. Cakap bagi habis!” Tegas. Arahan diberi.
Seakan menanti hukuman maut gaya Dania. Terus dia duduk. Risau bekas tunangnya
yang bengis akan mengamuk pula. ‘Ada terbang jugak kerusi meja ni karang’ Dania
berkata dalam hati.
“Okey, saya nak tahu kisah sebenar tentang pakwe yang awak
maksudkan,” Dania mengeluh perlahan. Dugaan apa pula ini?
“Perlu ke cerita lama dicerita kembali?” Dania berat hati.
“Perlu!” Itu saja mampu membuatkan Dania kecut perut. Rupanya,
ada seorang lelaki meminta putuskan pertunangan. Dia kata Dania curang
semata-mata inginkan kekayaan Hanafi semata-mata. Sungguh kejam manusia. Yang peliknya,
lelaki itu tak dikenali. Lelaki psiko.
“Awak kenal dia tu?” Dania bertanya.
“Tak. Tapi saya ada nombor plat kereta dia,” Dania dan
Hanafi sebulat kata ingin mencari si durjana. Kisah mereka belum selesai. Pertunangan
terjalin semula. Mudah benar hati lelaki membuat keputusan. Mujur saja hati
Dania sudah terikat dengan Hanafi. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka berdua. Cinta
walau macam mana pun kita cari, ia tetap akan datang sendiri. Cuma dengan siapa
dan bila kita takkan tahu sehingga tiba waktunya.
Tamat~~~
Nota Iffah: Idea hilang sebab ada orang ganggu aku dari
tadi. Sabar jelah. Jadi layankan je cerita pendek ni ye.
6 comments:
alaaa... pendek pendek... sambung please... hehehe
eikkk.. mmg kejamnya. hanya kerana tuduhan terjadinya perpisahan hubungan tunangan orang,.
grrrgrr..
geram nie...
cepat sambung lagi iffah
Alaaaa abis dh? Bru msuk gear dua trus mati enjin... x kira sambung lg!!!!
perrhh..
sume mintak sambung la pulakkk..
ok.. sambung please!!! hiii~
sambung lagi.. hihi. nak tau sapa lelaki psiko tu... huhu..
heeeeeeeeeeeee
terasa cm diri d dalam cite
heeeee
Post a Comment