CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Mereka yang memerlukan bantuan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK FB ABANG EQBAL ZACK. Maaf, hari ni aku sedikit beremosi. Sebab ada musibah melanda sahabat kita. Aku tak kenal dia. Tapi la tahzan buat dia yang terpaksa menangguhkan pembedahan disebabkan darah tidak cukup. Hati ni risau dari semalam.

Ujian datang tanpa kita duga. Kadang kita pun takkan sangka yang ramai yang amat memrlukan kita. Sahabat kita tu memerlukan darah -o dan -a. Kawan-kawan yang duduk di area Kuala Lumpur atau paling dekat Klang Valley, harap dapat membantu.

Sekarang dia perlukannya. Esok mana tahu kita punya giliran. Kawan aku tanya kenapa beria sangat aku risaukan pasal ni. Aku tak jawab. Aku teringat masa bertahun-tahun lepas masa kak long aku terlantar berbulan-bulan di Icu Kajang.

Kalau tak kerana darah yang mereka derma, mungkin aku akan kehilangan kakak aku selamanya. Korang faham kan? Perit. Itu orang yang alami je dapat memahami. Jadi aku tak nak orang lain terseksa disebabkan sikap kita sendiri yang pentingkan diri je.

Janganlah kasi alasan "Saya takut jarum" "Saya fobia dengan darah" "Saya takut sakit" "Saya tak ada masa" "Saya dah derma dulu" Sekarang bukan alasan kami mahukan. Kami mahukan pertolongan. Jangalah ingat diri sendiri. Buat benda biarlah ikhlas. Darah anda boleh menyelamatkan nyawa!
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

di hospital mane?

Kira Sakura said...

akak nak sgt derma tp xblh berat x ckup.. huhuhu

Sis AI said...

-a? Mmg susah sgt sis jenis drah mcm ni, trus terang sy ckp. Sbb jnis darah ni tak rmai org ada. Sy tiba2 rsa trpanggil, dan bru tringt darah sy jnis +A.. Apapun, sma2 la kita berdoa', mudah2han Allah akn slamatkn pesakit trsebut..

Cik Pulau said...

ai tak lepas nak derma darah..
hurmm. ai doakan ada insan yang menderma.. semoga Allah melindunginya..

Sunah Sakura said...

kalo i...berdarah A- atau O-, insya'ALlah i derma...dan kalo i...cukup berat badan...insya'Allah i akan derma...tapi hakikatnya...darah i B+...dan doktor mesti tak bagi i derma sebab i sangat2 kurus... T_T

Woofer Storm said...

kalau bisa bagi,sy bisa bagi ..tak payah sy nak share ngan orang lain..tapi sy tak mampu bagi bab sy A+,kalau A- pun tak blh bab sy baru je lepas menderma..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers