ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan kembali lagi. Entah kenapa aku jadi tak mampu
berkata-kata sepantas yang dulu. Mungkin inilah nikmat yang Allah akan tarik
perlahan-lahan dari aku. Ya, nikmat untuk menulis. Nikmat idea yang melimpah
ruah. Semuanya nikmat yang Allah berikan. Dia hanya mahukan kita menggunakan
nikmat yang diberikan dengan cara yang benar.
La tahzan buat mereka yang telahpun ditarik balik nikmat
yang Allah kurniakan. Mungkin bukan sekarang. Tapi mungkin akan datang. Mungkin
juga dah lama hilang. Pelbagai bentuk nikmat yang Allah berikan kepada kita
tanpa kita sedar. Tapi kita pernahkah bersyukur dengan nikmat-nikmat itu?
Kalau tak bersyukur, lekas-lekas
bersyukur sebelum nikmat-nikmat itu hilang tak berganti. Bila dah tak ada baru
nak tergagau mencarinya bukan? Biasanya sudah hilang baru menghargai. Itulah manusia.
Jangan bersedih kerana nikmat yang
hilang dan bersedihlah bila kita tak menghargai dan bersyukur dengan nikmat
yang telah diberikan.
Macam aku, nikmat telah hilang tanpa aku sedar. Kini aku mula menginsafi diri yang terlalu leka menggunakan nikmat yang ada tanpa mensyukurinya. Rindu nikmat itu T.T
12 comments:
Aku??? Aku tak pernah sedar apa yang aku hilang... heheh. Sehinggalah aku perlukannya, and then oh, baru aku sedar ia dah hilang dan tak akan pernah ditemui kembali...
lumrah la manusia itu.. dan sekarang aku hargai apa sahaja di depan mata aku... =)
T T
cikgu... saya pun da macam xda idea da nak menulis... nikmat dan anugerah saya kena tariki agaknya.. huhuhuhu...
sediakan payung sebelum hujan..eh?
renung2 kan dan selamat beramal :D
~bersyukur dgn apa yg ada~
:)
la tahzan...pujuk hati kita utk redhakan segala-galanya =')
salam....
saya pun sama, kadang2 berjam2 baru nak siap satu entri..
kalau ilham dah hilang... mmg buntu jadinya..
sbb tue selalu pasakkan dalam hati.. hargai dan syukuri sebelum dia hilang dari pandangan.. paling takut klu nikmat mensyukuri hilang dari diri..huhuhu
sabar ye dik...
Alhamdulillah for all the nikmat.
Iffah.. aku terasa ini la tahzan utk aku. bila apa yang di tulis rasanya salah.. semua tidak kena. idea langsung tak ada.. ah! kita fikir idea yang selama ini kita tulis itu milik kita.. rupanya bukan begitu. itu anugerah dariNya. dan bila ia pinjamkan, ia boleh ambil semula bila-bila masa..
*n3 kena betul dgn batang hidung aku
bila dah hilang baru kita sedar....
kita selalu leka dan lupa pd nikmat yg ada
sebaik-baik manusia adalah manusia yang bersyukur manakala sejahat-jahat manusia adalah manusia yang kufuur...^^
Post a Comment