CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Ayahku kahwin lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wah sekarang dah ada episod baru dalam blog ni. Mulai minggu ni setiap minggu ada slot La Tahzan. Sila anggap aku poyo. Haha insyaallah akan kekal. Aku bukan suka sangat berjadual ni. Tak konsisten entry aku selalunya. Jadi ingatkan aku.

Kembali kepada topik kita. Aku tak ada pengalaman. Tapi aku dapat merasai kepedihan hati si anak yang ayahnya kahwin lagi. Malah melupakan tanggungjawab dan kasih sayang yang patut dia berikan kepada anak-anaknya. Kahwin tu bukan dia rancang itu alasan selalu kita dengar.

Apa yang perlu kita buat bila hadapi situasi ni? Aku ada kongsikan pasal kisah kawan aku yang tersepit antara kasih ayah dan dendam ibu. Memang kita tak rasa. Tapi kita boleh kurangkan bebanan mereka. Kita sebagai kawan yang prihatin bukan busybody.

Antara nasihat aku untuk mereka mengalami masalah ini:
1. Bahagiakan diri kita sebelum orang lain.
Dah nama la tahzan. Jadi janganlah bersedih. Bahagiakan diri kamu. Kamu memang patut sedih dengan keadaan ini. Tapi ingat kamu masih ada ayah. Cuma jasadnya jauh. Kamu terpaksa kongsi. Orang lain yang tak punya peluang mendapat kasih sayang ayahnya bagaimana pula? Carilah jalan untuk bahagiakan hati kamu. Jangan asyik fikirkan kesedihan itu.

2. Jangan bandingkan ayah kita dengan orang lain.
Ini penting. Ramai sangat yang rasa rendah diri sebab dia tak punya ayah sebaik ayah rakannya. Dia malu nak beritahu yang ayahnya kahwin lain. Keyakinan mereka makin kurang kerana takut dicaci. Percayalah, ini adalah ujian untuk kamu. Kamu kuat melawan rasa itu. Ayah kamu tetap ayah kamu. Hakikat tu takkan dapat diubah. Jadi belajar terima ayah kamu seadanya. Jangan libatkan diri dengan masalah ayah dan emak kamu. 

3. Jangan ungkit kisah lalu.
Bila ayah pulang, layanlah dia dengan baik. Itulah tanggungjawab seorang anak. Walau jahat manapun dia, dia tetap ayah kamu. Jangan nak hukum dia kerana salahnya pada emak kamu. Cuba jangan ungkit kisah lalu sebab nanti keduanya terluka. Buat seperti biasa walaupun agak perit. Ingat kalau ungkit macam mana sekalipun ayah kamu tetap ayah kamu. Lagipun ia menguntungkan mana-mana pihak. Yang penting luka lama berdarah kembali.

Akhir kalam, aku harap kamu yang mengalami masalah ni dapat menerima takdir. Memang payah. Aku tahu. Tapi semua ada bahagian masing-masing. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Jadi, anggaplah kamu insan bertuah kerana Allah sayangkan kamu. Pilihlah untuk tidak bersedih. Aku bangga kalau korang masih boleh ceria walau banyak masalah melanda. Tabik! 

Ps: Terkejutkah dia?

11 comments:

Sidratul Muntaha said...

ayah kawin lagi...
tgk jugak
klu anak2 dah dewasa dan ade anka dara yg dah baligh..
klu lepas syarat semua..
kenalah kawin..
ade sebab dan penyebab..

syakirahmn said...

maksudnya kita kena sentiasa berfikiran positif ye dakk? bila kita ada rasa negatif itu yang akan menyakitkan hati kita, merasa kekurangang. ;)

Solihin Zubir said...

patut bangga kalau ayah kawen lain.. tp kawen secara rela, adil dan bertanggungjawab la.. hehe..

tp kalau kawen cara sebaliknya n menyedihkan, itu kurang patut la.. sabaq nowh.. ada hikmahnya tu.. =)

Lea Isnawi said...

dlm kes ni jgn pentingkan diri

kena amik taw masa depan dan kebahgiaan ayah jugak kan :)

fRaMe+LenSeS said...

bgs la jiran. Nadh suka segmen ni. :D

Oh Oeya said...

Tabik!

ZianaRazali said...

sekurang2nya masih ada ayah..

Dayang Deno said...

thanks for sharing dear... deno sayang abah! :)

Nong Andy said...

ayahku kawin semula lepas 2 tahun arwah mak pergi...mula-mula bengang. Tapi ia memang hak ayah.. dan sekarang aku bersyukur.. ada gak org yg tolong jaga ayah :)

aamalinaazman said...

long life learning!
bergembiralah selagi hayat masih ada =]

maceh syg! =]

Naniey TJ said...

Takdir... takdir adalah ketentuan...
tp prnhkah anda dgr kte blh m'gubah tkdir.... cthnye kte xpndai??? adakh kte redha je kte xpndai??? dah takdir ak x pndai... x... kte usha ubh takdir utk jd pndai.... apa yg m'bezakan manusia n binatang??? tntu shj akalnya... jd tkdir dpt d ubah dgn akal yg blh b'fikir baik n buruk ssutau p'kara

bg aq smelah dlm soal jodoh.... cthnye korg b'temu dgn seorg lelaki yg x baik n kamu m'ghwininya krn t'lalu m'yayanginya ttp d halang oleh keluarga... lalu kamu ktakan inilah tkdir hdpmu... n akhirnya kamu b'cerai, n kamu msh kata inilah tkdir hdpku... shbt2 skalian... Allah bg kte plhn baik @ buruk.. kte slalu sndrkn ssuatu p'kara pd tkdir.. smuanya takdir Allah.... tp hal yg sbnrnye kte xmhu akui ksilapan diri...kte lupa sbnrnya kte yg m'milih jalan yg hndk kte lalui... bahagia @ derita... itu adalh plhn... renung2kn... la tahzan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers