CORETAN TERBARU NADH

Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM




SITUASI 2:

Hans seorang jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara - gara lakonan hebatnya yang persis superstar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan serta superstar Rajnikanth. Sebut sahaja  filem apapun yang dibintangi oleh beliau pasti filem itu akan meletup dan mencapai tahap box office walaupun kadang - kadang beliau hanya memegang watak tambahan yang kemunculannya tak sampai pun 10 saat. Memang begitu ramai pengarah filem yang berebut - rebutkan si Hans untuk berlakon di bawah produksi mereka sehinggakan setiap poster filem mereka pasti diletakkan wajah Hans walaupun Hans masih belum memberi kata putus untuk berlakon dengan mereka. Ini membuatkan Hans bersikap takbur, angkuh, sombong, bongkak, berlagak dan sebagainya lagi kerana tahu khidmatnya ditagih ramai pihak. 
XXXXX
Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, Hans ditawarkan berlakon dengan seorang gadis yang belum ada pengalaman menjadi seorang pelakon. Wajahnya comel tapi sayangnya gadis itu seakan tomboy. Hans melihat ke arah gadis yang penerbit maksudkan. Alangkah terkejutnya Hans kerana gadis itu sangat luar biasa. Bibirnya hitam pekat. Bajunya serba hitam. Rambut pendek siap bertopi. Sekali tengok pasti orang ingat gadis itu berjantina lelaki.

Hans tetap dengan egonya. Dia mahukan gadis itu sebagai pelakon pembantu sahaja. Dia tak sanggup berlakon dengan tomboy. Hans sudah tiada jalan lain. Penerbit tetap dengan keputusan mereka iaitu mengambil gadis itu sebagai heroin. Hans mula merancang sesuatu untuk mengenakan gadis itu.
XXXXXX
Percutian ke pulau Bali di Indonesia terpaksa dilupakan seketika. Dia sangat tertarik dengan rancangan yang direka khas untuk mengenakan pelakon baru itu. Babak pertama ialah di tempat kerja. Hans sebagai bos dan pelakon itu sebagai gadis Bandar yang dipaksa oleh bapanya untuk bekerja kerana masalah sosial gadis itu semakin menjadi-jadi. Hans sebagai Arash dan gadis tomboy sebagai Siti Zafrina @ Zaf.

ACTION:
“Yes, apa? Sejak bila ada temuduga ni? Saya tak tahu pun?” Bertalu persoalan yang timbul. Arash bengang. Semalam dia balik lewat dari disco. Lepas itu kena interview pulak. Setiausahanya sudah biasa dengan perangai Arash.
“Tapi bos, budak tu dah ada depan pintu bos,” bisik Amira.
“Yalah-yalah,” jawab Arash malas.
“Dik, boleh masuk ye,” Kata Amira sopan.
“Bos kau tak nak kerja ke? Menyusahkan aku je kena berdiri lama,” Kata Zaf kasar lantas menolak pintu dengan kuat.
XXXXX

“Hai cik tomboy, pandai jugak awak berlakon. No wonderlah penerbit beria nakkan awak. Rupanya memang kena dengan watak tu.” Gelak kecil.
“Hei jantan keparat, kau bajet kau bagus sangat ke? Aku tengok macam budak hingusan je!” Bidas si Tomboy.
“Jantan? Very funny. Habis ko tu apa? Minah ke mamat?” Hans gelak besar. Seronok rupanya bereperang mulut dengan si Tomboy.
“Peduli akulah. Yang penting tak ada aku tak jalan filem ni, ok!” Si Tomboy berlalu.
Hans tersengih.
“Jagalah kau minah tomboy. Aku ni Hans lah!”

XXXXX
“Mana Hans ni? Lambat lagi ke dia nak sampai?” rungut pengarah. Dia bosan dengan perangai Hans. Mentang-mentang popular.
“Aiya Ah Meng, apa lu susah hati sangat? Lu bagi wa alamat dia. Wa kasi hentak kepala dia baru dia ingat kita punya kerja. Amacam?”
Ah Meng mengangguk-angguk. Betul sangat cakap Si Melati ni. Oh bukan Melati tapi Lat.

Kertukan bertalu-talu dipintu buat Hans geram. Dia menyumpah seranah orang yang mengganggu tidurnya. Dalam keadaan mamai dia pun membuka pintu lantas satu penumbuk hinggap tepat di mata kirinya. Tersungkur Hans ke lantai. Hans sudah tak ingat apa-apa.

“Aiya Lat, apa lu sudah buat sama ini Hans? Lebam macam mana mau cover. Ini amoi sangat kuat,” Ah Meng mula membebel. Melati tak mengendahkannya. Hatinya sangat puas. Berlainan pula dengan Hans, sejak kena tumbuk dia asyik senyum je.
Mana taknya terkena penangan panahan cinta pandang ke? Entah ke berapa. Yang penting dari penumbuk terus ke hati.

XXXX
Sejak hari bersejarah itu, Hans cuba mendekati Melati. Habis tersebar gossip Hans ditumbuk. Tapi dia tak hiraukan sedikitpun. Yang penting hati Melati menjadi milik dia. Hans berubah 100%. Tak sangkakan? Itulah penangan penumbuk. Hilang semua keangkuhan. Jika ada tawaran berlakon Hans menolak jika tiada Melati. Hai ada juga perangai pelik. Tapi sehingga kini Melati belum Berjaya ditundukkan. Hans takkan pernah berputus asa. Dia pasti akan dapat MELATI SI TOMBOY!




Situasi Paling Lucu :
RM10(Topup) Topup RM10(Tajaan Blogger Matjoe)

Situasi Paling Serius :
RM10(Topup) Topup RM10(Tajaan Blogger Matjoe)

Situasi Paling Sedih :
RM10(Topup) Topup RM10(Tajaan Blogger Matjoe)


Situasi Paling Seram :
RM10(Topup) + Topup RM10(Tajaan Adzlan)

Situasi Paling Merepek :
RM10(Topup) + Topup RM10(Tajaan Adzlan)

Situasi Pilihan Hans :
RM20(Topup) + Topup RM20(Tajaan Miecyber) + 
 RM50(Tajaan Blogger Khairul Farhan) + RM30(Tajaan Bean Moreno)
+ Lomo Lens 35MM(RM55 Tajaan Blogger Jue)


Post by,
Miss Ran 

10 comments:

hans said...

thanks join (^_^)Y
cepat ekk buat...
tergelak2 ku baca
hahahahah

okay
syarat semua dah ok...
nanti kalau ada penaja saya akan inform balik pada awak yer untuk letak dekat entry

dan jangan lupa letak banner contest dekat sidebar blog kamu

anyway...good luck dan thanks sebab jadi orang pertama join contest sulung blog saya

moga berjaya! :_)

Unknown said...

amboi hans panjang komennye...

lambat da kire tuh

okey tak kisah la..jnji da join hehe

wah bngge jd ank slung pada ayah sulung...

tengs!

hans said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hehe malu suda..jap2..mslh tenet melanda

hans said...

miss ran
nak bagitahu sikit nih supaya selalu alert pada syarat tambahan yang diletakkan yer berkenaan penaja tu
:)
maaf mengganggu

Unknown said...

baik
ramai ke penaja ni...hehe

NurAfirah FieSwief MdLatif said...

nice story....

cinta si tomboy... hahaahaha

gud luck.. :)

Unknown said...

welkam eh bkn si tomboy.
cinta si hans hehe

Jue said...

wah chayo2 hans
ade sambungan x cite nie
dah ley wat novel nie ^^

Unknown said...

tengs jue..but takde idea nk panjangkan la

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers