CORETAN TERBARU NADH

Sila tampar aku laju-laju sekarang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

"Gila. Apakah? Aku bermimpi ke?" serius aku rasa nak jerit je. Tak percaya. Rommate ku pandang sepi. Bukan apa, tak berapa rapat. Jadi nak cerita segan. Jadi aku pun mula menaip.

Blogku dibuka laju. Email ku biar sepi. Yang penting pengumuman kepada readers dulu. Hikayat seorang blogger katakan. Aku pun menaip laju.

"Tuah manusia tak siapa tahu," Aku gelak kecil.
Tampar pipi sendiri dengan kuat. Oh perlahan je. Sayang pipi sendiri. Aku pun taip laju-laju. Excited nak beritahu orang kampung. Aku gembira sangat-sangat.

"Baik aku call someone!" Aku pun dail seseorang. Siapa? Pakcik jual topup. Haha tipu. Telefon Pakcik Aidillah. Siapa? Tak perlu kot cerita.

"Orang tua ni tak reti angkat phonelah. Busy memanjang," Aku mendengus. Tadi isu hangat masih hangat di pasaran. Aku hangat jugak. Kat blogger. Satu kampung sejiwa beb. Macam 1 Malaysia.

"Aku jerit kat sini jelah. Agak-agak orang kata aku sawan tak," Bebelku lagi.

Dan akhirnya post entry aku siap. Tinggal nak upload gambar bukti. Apakah? Meh nak tempek besar-besar!
Klik gambar untuk tengok bukti
"Haha!" gelak besar punya. Tak ingat dah. Roommate pandang dan senyum je. Aku makin gembira. Tak sangka. Rezeki ALLAH nak bagi. Tapi aku memang malas join GA berbetuk cabutan bertuah dah. Aku frust. Sekarang? Seronok tak terkata. Dalam hati ada terdetik nak jugak join. Tapi kang ada suara mengatakan aku ni blogger asyik post GA, CONTEST, SEGMEN, TEKA TEKI. Bosanlah benda sama. Hah sudah. Yang penting tahniah pada aku. Siapa suka aku menang buat tangan macam USOP dalam cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!
"Eh email detail sendiri belum hantar. Kang hadiah terlepas. Yahoooo!" Jeritku lagi!
Post by,
Miss Ran 

4 comments:

♥sophie♥ said...

pangg !! haha
tahniah tahniahh :D

Unknown said...

adoiiiiii

skitla

hehe

trimasss sophie

Aida Tamrim said...

Tahniah !!!! Ada ong lah !!!

Unknown said...

pertama kali dalm hidup..rasa nak melompat tinggi2

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers