CORETAN TERBARU NADH

Aku bukan tak nak kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tetiba masuk mood kahein. Terbaca entry ustaz JIJI kawan dia suruh jadi saksi masa nikah. Saksi oke? Kesian dia. Pergi beli baju mahal, kan boleh claim. Hehe masuk cerita aku. Buat apa cerita pasal dia. Kang ada yang jeles.

Aku bukan apa. Masa kemas rumah tadi teringat saudara aku. Cukuplah aku kata saudara. Malas tulis lengkap. Blog ini bukan lagi privasi. Semua orang tahu. Maksudnya family aku. Aku tak nak diorang fikir lain. Sentap dan sebagainya. Aku cuma terfikir kenapa kena kahwin awal. Itu je. 

Bagi aku kahwin bukan perkara main-main. Bukan untuk sehari dua. Bukan nak tunjuk kita kahwin paling awal sebab kita ramai peminat. Bukan. Kahwin ni untuk selamanya. Kahwin ni tanggungjawab besar. Bukan tu je. Tanggungjawab sebagai pelajar pun aku belum mampu nak tanggung. Amanah orang ramai tergalas kat bahu aku ni. Selama 3 tahun lebih aku makan duit rakyat, takkan aku nak bersenang je?

Siap rancang nak tunang guna duit rakyat. Er bolehke? Aku pelik. Orang ramai akan malas beli buku tapi rajin beli makanan mahal. Tak kisahlah. Makan penting. Tapi duit tu bukan untuk belajar ke? Sara diri buat termampu. Bukan sara perbelanjaan mewah.

Aku rasa aku akan kahwin bila masa yang sesuai. Jodoh sampai kahwinlah. Tapi tunggu habis belajar dulu. Aku nak senangkan hati ibu ayah aku. Aku nak berbakti kepada mereka. Mungkin ada yang gelak. Tapi itu kenyataan. Besar cita-cita aku. Aku taknak diorang susah sebab aku=)
Post by,
Miss Ran 

7 comments:

~..Lesung Batu..~ said...

saye setuju,,=) blaja bagi abis dulu,,^_^

:: cikNuurul :: said...

klu dh niat tu mlbhi sgala ftrah mnsia kt dnia ni,alhmdlillah,.bhagiakn mak ayah,.blas jase,.pastu bru lah rse nkmat kbhgiaan tuk kite sndri plk kn,..hurrmm,miss ran ank yg baik,.hehe,.oppss,trpnjang pulekk,.

Unknown said...

@lin stuju jugak..belaja skit je ag nk bis


@haty tula..harap niat tak terpesong
hehe ank sume baik..cre mreka berbeza

Sunah Sakura said...

jom semua belajar sampai habis...:)

Tasha said...

pandai Miss Ran~ mmng macam tulah bab kawin mawin ni~

Unknown said...

@sunah lme lg ke nk abis?

@tasha kite stu kapal kn? hehe

.........cP~ said...

ada orang yang masih akan menyangkal kalau kita cakap macam ni. apa pun semua pada jodoh. biarlah apa orang kata.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers