CORETAN TERBARU NADH

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
BEN ASHAARI
klik banner okeh=)
Cerita? Bro Ben ni ada je idea nak buat segmen. Aku yang sangat update dengan entry-entry beliau telah memahami apa yang berlaku. Takziah untuk kawan Bro Ben. Sakit hanya penyebab. Kematian adalah pasti bagi semua manusia di dunia ini. Tak kiralah muda ke tua. Korang selalu cakap dah tua-tua ni buatlah amal ibadah. Entah bila akan mati. Kenapa kena tunggu tua? Bagi yang tak sempat tua? 

Sekitar 2008 aku telah dikejutkan dengan dua berita sedih. Sayu? Lebih dari itu. Aku tak pernah sesedih itu. Setiap hari menangis. Orang kata tak elok untuk arwah tapi? Hati manusia yang kaumnya hawa memang sangat lembut. Tangisan itu aku sedar tak boleh hidupkan kembali. Namun, tangisan itulah yang menemani aku hampir seminggu.

Ramai kawan aku dah tahu cerita ini. Aku siap buat cerpen tentang kisah ini. Nak baca? Dalam karyaku. Pergi selongkar sendiri. Aku di sini bukan untuk mempromosikan cerita itu. Tapi hakikat alam. Yang hidup tetap akan mati. Kakak aku yang sulung tiba-tiba jatuh sakit. Ya mungkin ada hikmah. Berbulan-bulan lamanya di ICU. Aku ingat lagi aku terpaksa beraya di hospital seorang sebab kena tunggu kakak aku. Yang lain di masjid. Sedih? Mestilah walau benci macam manapun dia kakak aku.

Ya memang aku tak suka sangat dia. Tapi darah daging sendiri. Takkan nak berbunuhan? Air yang dicincang takkan putus. Aku sedih melihat dia. Aku masih tertakluk pada kuliah. Namun, aku ponteng kerna tak sanggup untuk pulang ke kampus dengan keluarga yang ada menemani kakakku yang koma. Aku gagahkan jua. Namun tak semua berperikemanusian. Cukuplah aku je rasa kezaliman manusia. Susah kalau hati sekeras batu. Empati langsung tiada dalam hati. Simpati? Sama je. 

Kakak aku seorang lagi melahirkan anak tak cukup bulan. Lebih sebulan anaknya iaitu cucu sulung keluarga bertarung nyawa di HKL. Namun, takdir Allah tak siapa jangka. Allahyarham telah meninggal dunia sebelum sempat aku melihat wajahnya. Bukan sebelum doa meninggal. Malah semenjak dia lahir. Aku sangat terkilan. Belum sempat aku memberi kasih sayang melimpah ruah. Aku yang mak saudara sedih yang amat. Apatah lagi ibu yang mengandungkan.

Kematian memang tak kira usia. Lain yang sakit lain yang meninggalkan dunia. Sehingga kini kakak aku masih terus hidup. Ajaibkan? Dari minum susu ikut hidung sekarang dah boleh berjalan. Walaupun susah nak uruskan dia. Tapi aku bersyukur nyawanya masih panjang. Mungkin itu pembalasan Allah. Kita tak sedar semakin banyak kita bercakap. Semakin banyak dosa yang akan muncul. Aku sedar ini ujian paling berat dalam hidup aku. Sehingga kini aku masih bersabar dengan kakakku. Walaupun aku pernah kata "BAIK MATI, HIDUP MENYUSAHKAN ORANG JE" Aku tahu aku berdosa. Ya ALLAH ampunkan kelancangan tuturku. Amin!
Post by,
Miss Ran 

2 comments:

mas.saari said...

singgah utk baca kisah sedih awak
jom follow2 utk tambah kenalan

Miss Ran said...

hehe mekasih
sy akn jenguk awk pulak

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers