CORETAN TERBARU NADH

Angel

Angel tu dalam bahasa melayu malaikat. Korang biasa dengar tak orang selalu cakap. Dia adalah malaikat saya. Kira macam penyelamat. Manusia yang dihantar Allah untuk membantu kita yang kesusahan.

Ada orang tanya. Sayangkah Allah pada aku? Sedangkan aku banyak berdosa. Lalu sahabatnya jawab. Kerana Allah sayangkan kamulah dia menghantar kamu untuk membantu kamu dalam usaha kembali ke pangkal jalan. Tengok contoh situasi bagi korang lagi faham.

Situasi:
A: Awak tak pergi beli ubat batuk?
B: Tak kedai tutup tadi.
A: Habis batuk awak akan melarat.
B: Saya dah cuba ketuk pintu tu tapi tiada yang menyahut.
A: Kejap lagi awak datang balik dan cari ubat tu. Kesian saya tengok.
B: Saya akan pergi. Insyaallah.
A: Saya percaya ada angel yang akan bantu awak. Awak cuba usaha dulu.

Akhirnya si B kembali dan kedai itu baru dibuka. Dia tersenyum gembira kerana tak perlu dia bersusah payah datang ke kedai itu keesokan harinya. Dia berterima kasih kepada kawannya A. Kini dia percaya Allah sayangkan dia. Sebab tu Allah hantarkan penyelamat. Walaupun batuk tapi jika dibiar jadi mudarat.

Jadi korang kena percaya pada takdir. Allah sayangkan kita. Angel yang disebut pasti akan dikirimkan saat kita susah. Jangan kita putus asa dengan meminta tolong dariNya. Aku pun dapat rasa cinta dari Allah hari ni. Sangat bersyukur :-)

Ps: Harap dia baik-baik saja.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Sunah Sakura said...

ANGEL eh maksud u? sebab ANGLE = sudut...err

Sis Lin said...

Senyum tak perlu kata apa2.. :)

Iffah batuk ke sayang? makan ubat dan cepat sembuh yek.. :)

Diana @ BKKC said...

allah memang sygkan kite...tp kite kena berusaha mencari kasih sayang DIA jugak kan Ifah?

Nazz@Purple said...

DIA akan memberi juga walau tanpa hambanya meminta..pertolongan ada dimana2..kerana DIA tidak pernah kejam

aamalinaazman said...

awwww
angle mane yg buat cucu sy senyuuumm ni ?=p

hehhee
sebab tu kene selalu berniat baik. Sebab Allah pasti hadirkan kita angel2 yg menolong kita kearah kebaikan tu =]

Daddylicious said...

jika bercinta dgn allah nikmatnya mmg ohsem sekali..

fRaMe+LenSeS said...

setuju. :D ai like. ALLAH kirimkan bantuannya dari yang berada disekeliling kita. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers