ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baca novel. Aku baca enovel. Aku baca karya orang lain. Aku baca karya aku. Kadang aku terima kritikan. Kadang ada juga yang memuji. Kadang aku disindir. Kadang aku disuruh menulis sehingga menjadi sebuah buku. Aku kagum dengan novelis yang ada. Yang bisa buat aku ketawa dan menangis.
Bukan senang sebenarnya nak jadi penulis cerita kreatif ni. Kawan aku si Naniey TJ dia sangat suka mengarang. Aku bangga sebab novel dia dah jadi manuskrip. Tinggal nak cari penerbit untuk bukukan. Aku? Penat perah otak nak menyambung. Aku tulis untuk korang baca. Untuk kepuasan saja.
Susah! Tau apa yang kena ada pada penulis novel?
1. Kreatif.
Itu sangat penting. Bagaimana idea baru dilahirkan bagi tak nampak unsur plagiat.
2. Berilmu.
Ilmu kena ada. Bila nak tulis pasal doktor kena selidik serba sedikit. Kalau nak tulis tentang agama, kena mendalami agama itu barulah menulis.
3. Pandai bermain kata.
Penulisan yang bersahaja dan santai sangat digemari. Tapi tatabahasa dan laras bahasa juga kena jaga. Jangan main tulis bahasa Eeeuuuuuwwww. Perbendaharaan kata kena luas dan banyak.
4. Pandai bermain dengan emosi pembaca,
Ini susah. Emosi pembaca mesti kena pikat. Kita kena gambarkan macam mana situasi watak tu.
5. Jangan syok sendiri.
Ini akulah ni. Suka syok sendiri masa menulis. Macamlah best sangat. Haha
Kesimpulannya, susah jadi novelis. Aku masih belum layak. Lagipun ada ke yang nak terbitkan buku aku ni? Haha berangan lebih!
Ps: Dia suka baca aku pun suka.
18 comments:
hmmm btul.. nk jdi seorang penulis bukannye senang...
memang tak mudah!
perlu kreatif, banyak idea dan banyak buat research kan?
penat2
sangat penat
krem terus neuron dok pikir ayat
pikir ape pulak deme nak buat
huwaaaaaaaaaaaaaaa
hehehe
opah dah siap karang satu cite
kekeke, tak tawu bile nak publish..hahahaha
Eza suka menulis dan mengarang cerita. Tapi tu la, tak matang lagi. Huhu.. Masih kebudak-budakan dan ilmu tak meluas lagi. Btw, iffah..teruskan lah mengarang k. Awak berbakat. Eza penah bace hasil karangan awak.. Keep it up, dear :D
that's y i sangat susah nak menulis eh ustazah sekarang ni...
dulu masa sekolah ada berangan nak jadi penulis.... nak menulis senang, nak sampai ke hati pembaca dan kekal di situ, susah...
novelis ni kadang2 hanyut dlm dunia dier sendiri..
kan?
meh nak terbitkan
ehhh. sapa kata. cerpen jiran best2 la. ai suka. :D
bukan mudah tapi tak mustahil..iffah boleh!=)
penulis yang bagus ialah penulis yang mampu mengekspresikan perasaan seseorang pembaca :)
Tulis novel sama macam berblog. Ye ke? Hueheu! ^^
ye la... bukan senang nak jadi penulis nie... kadang2 deno rasa minat jugak nak menulis bila banyak baca buku2 novel terbitan PTS One tu, mmg best2 buku die tapi bile pikir balik, mmg mencabar jadik penulis nie... kan iffah!
senyum sokmo iffah! :)
dulu suka gak wat cerpen..skrg dah malas..
kagum ngan penulis novel..camne la dorang boleh tulis cite tg hebat2 tu kan..
buat org ketawa, marah, meanangis dlm satu masa...kena ikot la syarat2 kat atas ni kot..hehe
betul tu...but jiran...ur cerpen sgt best apa...
teringin juga nak jadi novelis.. tapi tu lah.. kena banyak membaca juga untuk hasilkan satu buku..
hurmmm..
Ya.. iffah! betul sangat2! yang no.2 tu aku setuju 1000% bagi aku no.2 tu yang paling payah. buat cerita bukan setakat kelentong kosong kan.. hahaha! no.5 pun kena kat batang hidung aku kui..kui..kui..
*Setakat ni aku memang menulis untuk puaskan diri sendiri jer :D
i mlu ble u sbt2 nme i..... waaaa....
i rse mgkin bkt i adlh pngruh dr arwh kakak i... dia lg pndi m'garng... i pon msh mnth dlm dunia pnulisn... rsenya msih lngkp lgi pnulisn i sbb i krang ilmu lg kot.... tq sbb slalu t'gnggu dgn p'tnyaan i....hahaha
Post a Comment