CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Single

Minggu ni aku baru teringat pasal entry wajib ni. Mujur ingat. Haha kalau minggu lepas dah cerita pasal ayah. Kali ni nak cerita pasal diri kita sendiri. Sekarang angkat tangan siapa masih single?

Maksud tak ada calon nak dijadikan suami atau isteri meskipun umur makin lanjut. Ya aku single jugak. Buat apa nak malu mengaku single. Kalau dapat diputarkan masa lalu aku nak jadi orang yang tak pernah couple atau bercinta. Tapi perkataan kalau tu tak boleh l wujud dalam kamus hidup kita.

Kenapa kena sedih bila kita single? Aku bangga. Sebab aku berjaya mengelakkan diri dari menghampiri zina. Oh korang mesti kata couple tak semestinya haram. Tak kisahlah. Ikut pendirian masing-masing. Apa kelebihan orang single?

1. Haruslah kurang dosa.
Dosa apa? Senang cerita zina. Zina mata, zina hati, zina melalui perbuatan. Belum campur tersentuh sana sini. Suara perempuan yang merangsang lelaki mendengar. Bau-bauan. Banyak kan? Kadang terabai ibadah kerana cinta manusia.

2. Tak ada pengalaman
Pengalaman apa? Mestila bercinta. Bila tak ada. Masa kahwin baru nak bercinta. Kan bagus? Dua-dua berusaha membahagiakan pasangan masing-masing. Ni tak. Masa bercinta semua dah buat. Bila kahwin dah mula bosan. Serius!

3. Tak ada kenangan silam
Kenangan silam yang harus dilupakan. Bila kita tak ada buat salah, kita takkan takut. Misal kata kita jahat masa dulu. Mesti terkenang-kenang sampai dah kahwin pun. Rasa bersalah kat pasangan. Hidup pun tak tenteram. Memang kita boleh rahsiakan tapi sampai bila?

Kesimpulannya, jangan bersedih kalau kamu single. Banggalah dengan pencapaian kamu. Aku jeles sebenarnya dengan kawan aku. Yang langsung tak pernah bercinta. Aku harap bila dia kahwin pasangan dia adalah orang paling bahagia. Sebab dia simpan rasa cinta dan ingin bercinta kepada yang berhak dan sah! Apa kata korang?

Ps: Dia buli aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

aamalinaazman said...

baguskan..emmm3
opah pon kagum jugak!

Unknown said...

mcm le ko tu singgle..

budak penjara said...

haha..single ke ni??

Ku Azhar said...

waaaahhhhh.....bab kenangan silam 2 setuju sngt! hehehe 2 utk sape2 yg couple trus kawin la..klau yg dok tkar2 pasangan 2..phm2 je la :)

nsk said...

couldn't disagree any more. being single sebenarnya banyak hikmah though they keep saying nampak macam loser T___T

Naniey TJ said...

nmpk sgt mke ko rmi pmint smpi ad yg x caye ko single......hihihihi.... meh aq bg sokongn.... yg sbnr2nye n xde yg lbh bnr... Miss Ran mmg single...so sapa nk ngort sle le isi borng...hahahaha

sometime hdp single ni rasa agk snyi... tp sbnrnye kesunyian itu adalh bisikn syaitan... sunyi knp?? xda org nk dgr luahan hati?? xde tmpt nk mnje2? nk gdik2?? kwn2 kn rmi... mnelah sme ngn BF/GF... see... kte xsdr sbnrnye...

sbnrnye rse snyi itu blh kte atsi...crilah sesuatu yg kte suka utk lakuknnye.. atsi rse snyi anda dgn m'jdkn ibu, bapa @ adik brdik @ mgkin shbt2 adlh p'dgr anda yg pling baik... luangkn mse b'crite ngn diorg... lkukn hobi yg kte ske drpd asyk ingtkn dri yg single...

enggng sme enggng.. biar pipit sma pipit.. snng hdp bjang..mne pergi ati x skt....

dh rse mcm slot aq plk..hikhikhikhik..

Faaein Talip Roy said...

aku single!

sambil tangan kanan angkat tinggi2!..

hahaha..

tapi kenangan silam.. ada tetap ada..

hurm..

eh.. iffah single ke ni?

asyik cerita pasal si dia.. gaya tak single pun.. hehehe.. ;p

Anonymous said...

dia itu bukan si penawar hati pengarang ke? :D

kadang kala secret admire itu lebih larra daripada berpasangan. err. apakah? :D

zahidah seran said...

akak pun pernah jeles dgn kwn yg tetap single.
dengan anggapan, suci murninya dia....=)

Asyikin said...

single dan couple masing2 da keburukan dan kebaikan, tapi of koslah single lagi banyak freedom :) hhihihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers