CORETAN TERBARU NADH

Nak jujur ke tipu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau kelmarin temanya maaf, meminta maaf dan memaafkan. Semalam ideanya tentang bujang, couple, kahwin. Hari ni aku terfikir sesuatu. Benarkah orang yang mengaku single sebenarnya mintak dingorat. Aku mengaku aku single. Adakah aku nak pancing seseorang untuk "Marilah mengorat saya. Saya single,"

Desperate! Ya, kadang kita terlalu jujur pun susah jugak. Tengok macam semalam. Bila mengaku single ramai tak percaya. Mungkin cara aku buat diorang tak percaya. Terserah. Tapi mengaku single tak bermakna aku terdesak. Cuma mengakui kebenarannya.

Contoh situasi:

A: Pandai ke kau masak ni?
B: Pandailah sikit-sikit. (Jujur)

A akan fikir, berlagak betul. Entah pandai ke tidak. B serba salah. Bila nak cakap tak pandai nanti A kata malulah jadi perempuan tak reti masak. Bila kata pandai, A akan kata sebaliknya. Jadi macam mana nak jadi jujur pada diri?

Contoh situasi 2:

A: Sakit lagi tak tangan awak tu?
B: Sakit. Tak tahan nak tanggung rasanya.

A mencebik. Ingat si B nak mintak simpati. Oh ya? Simpati ke? Dah A tanya B jawablah dengan jujur. Salahkah B? Jujur salah tipu salah. Dah tu apa pilihan si B?

Pada pendapat aku, jadilah diri sendiri. Jujur lebih baik. Tak semua faham apa yang kita nak sampaikan. Niat kita mana orang nampak. Kalau benar kita begitu, begitulah kita. Buat apa nak ambil peduli setiap inci kata mereka? Hanya kita memahami diri kita sendiri. Soal single ke tak. Ikut koranglah nak percaya ke tak.

Ps: Dia bukan seperti yang korang gambarkan sebenarnya.

15 comments:

Nadiah Jahari said...

Be honest.Itu yang amat penting sekali dlm hidup ;)

Faaein Talip Roy said...

huhuhu... nada merajuk ka?

hehehe.. ok2.. percaya..

iffah single.. ^^,

Unknown said...

yeahhh .. jujur saja :)

~..Lesung Batu..~ said...

waaa lama tak jenguk cni.. rindunyaaaa!!!! mesti ina dah banyak ketinggalan kan..sob3 dah jrg online la skang ni...blog pon dah terabai..=(

wanzafirah said...

saya single.
adakah saya ni nak dingorat ?
huhu.
impossible.
kita jujur la.

Dayang Deno said...

yup! kita mesti jujur! :)

fRaMe+LenSeS said...

betul la tu. tak semestinya nak suruh orang ngorat la. :D tapi kan, betoi tau, kalau Nadh cakap single pn orang tamo caya. napa ae? herannn

msredcheesecake said...

kalau akak, cakap apa yg betul...kalau nak pikir respon org,payah....

aamalinaazman said...

huwaaaa
ai like la dis entri kak ngahhhh
terlalu byk bende dlm dunia ni yg manusia selalu persoalkan sehingga tak mampu nak menjawab nye

kalau dh x boleh nak jujur, ase di tengah2, diam jela kan

hehehe =]



ehemmm...kikiki

Ainul Hayat said...

Jujur je Iffah. Apa yang orang nak kata belakang kira.

Anonymous said...

Kalau jujur lagi senang nak menyampaikan sesuatu perkara dan asbab itu adalah yang pasti. bila menipu, banyak yang perlu difikirkan dan ia adalah proses yang sangat memenatkan kepala otak. :D

Luqeem™ said...

jujur mngikut keadaan..ada wktu yg kta terpaksa mnipu/bohong utk org tu x rsa skit hati..:)

nsk said...

waa. pernah kot dalam situasi camni. stressss T___T

Nong Andy said...

Kalau asik nak fikir apa org fikir ttg kita.. segala menda kita akan jadi serba salah nak buat. just jadi diri kita jer la kan...

single sgt best sebenarnya...

Asyikin said...

depends on situation la kot, keh keh keh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers