CORETAN TERBARU NADH

Part 15: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

“Woi kau buta ke apa?” Terperanjat Zaquan memandang lelaki yang menerpa ke arah keretanya. Lalu dia berhentikan kereta ke tepi. Ady sungguh cemas. Lantas segera mendapatkan pemandu itu.

“Bro, saya ada hal. Tolong kita pergi dari sini nanti saya jelaskan semuanya,” Ady pantas membuka pintu. Dia dah tak tahu hendak buat apa. Kalau dia tak lari mungkin kerjaya Sunah akan tercemar.

“Eh kau ni kenapa? Suka hati nak masuk kereta aku? Kau ni…”Belum sempat Zaquan membebel panjang Ady keluar dari kereta. Dia menarik lelaki itu keluar. Terpinga-pinga Zaquan.

“Sekarang aku tak banyak masa. Kau nak ikut atau aku tinggalkan kau kat sini?” Tegas. Zaquan segera masuk ke tempat duduk penumpang di depan. Dia masih sayangkan keretanya walaupun hati tertanya siapakah lelaki ini. Bahayakan nyawa demi kereta adalah tindakan berani.

*****

“Ni semua kau punya pasal,” Mat bengang. Dia melabuhkan punggung ke sofa. Sofa sudah usang. Menanti ditukar baru namun penghuni rumah tak ada niat langsung untuk menukarnya.

“Apahal aku? Mamat tadi lincah sangat. Tetiba je lesap,” Mat baling bantal. Dia geram. Cerita hangat lepas sia-sia.

“Aku penatlah macam ni Mat,” Ben mengeluh.

“Kenapa? Kau ingat kau sorang je penat?” Dia geram tak sudah.

“Aku ingat nak berhenti jadi wartawan…” Belum sudah Ben berkata-kata Mat dah melatah dulu.

“No! Aku takkan benarkan. Kau kena ingat. Bos kita nak kita dapat story. Kalau kau berhenti tengah jalan macam ni kau ingat dia akan lepaskan kita macam ni je?” Ben terdiam. Ada betulnya.

“Habis kau suka ke kejar orang? Culik macam tadi? Suka?” Ben lelah dengan kerjaya tak semenggah ni. Kadang dia penat fikir. Halalkah kerja mereka ni? Kacau kehidupan orang. Buat orang pecah belah. Rumah tangga berantakan sebab publisiti yang mereka paparkan.

“Aku cari rezeki. Anak bini aku kat Sedenak tu nak makan apa kalau aku tak kerja?”

“Habis anak aku? Kau tak fikir ke dah berapa ramai keluarga yang kita musnahkan?” Ben menyangkal laju.

“Kau tak payah nak insaf sekarang. Selama ni, inilah kerja kita,” Mat terasa jengkel.

Seolah Ben ingin melepaskan kerjaya yang lama mereka bina. Dulu mereka siapa. Kini sudah bisa jejak di bumi Kuala Lumpur. Persetankan semua itu. Yang penting anak bininya perlu makan. Soal sejauh mana halal pekerjaan ini dia tak mahu peduli.

“Ben, aku tidur dulu,” Mat berlalu. Ben terpaku lagi di situ. Masih memikirkan tentang hal itu. Risau pula dia jika Ady melaporkan pada polis. Mahunya dia kena berhenti kerja. Segera terkenangkan anak kembarnya, Dania dan Darmia.

“Arghhhhh!” Ben jerit dan malam pun berlalu meninggalkan manusia yang makin leka dengan dunia.

*****

“Ady? Ada kat mana?” Deqdeq cemas.

“Ady selamat. Sekarang akak tolong jagakan Sunah baik-baik. Ady ada hal yang kena selesaikan,” Putera dan Tasha cemas di sebelah gadis itu.

“Ady, tell me what happened?” Deq deq hilang sabar.

“Sorry I can’t. Please jagakan Sunah. Ady…” Talian mati. Bibir diketap. Bateri tak ada. Masa nilah bateri nak tak ada. Dipandangnya lelaki yang membawa dua tin air nescafe. Jauh perjalanan mereka.

“Kau siapa nama?” Zaquan menghulur air. Keduanya terus minum. Dahaga mungkin.

“Ady. Ady Soleh. Kau bro?” Zaquan senyum.

“Zaquan Aqram. Ko boleh panggil Zaq,” Terus mereka bersalaman.

“Ady. Weh sorry tadi. Aku janji aku akan balas budi kau hari ni,” Zaquan merenung mata redup Ady. Mencari kebenaran dalam kata-kata lelaki itu. Muncul tiba-tiba. Kemudian dia terseret sama ke perjalanan yang tak tahu destinasinya.

“Anyway bro. Kau boleh cerita kenapa kau lari tadi dan kenapa kita ada di sini?” Zaquan tak sabar. Officenya ditinggalkan begitu saja. Mujur saja sudah dia BBM kepada pembantu peribadinya.

“Aku tak tahu mana nak mula. Tapi yang pasti aku lari dari penculik. Tujuan aku ke sini untuk bersembunyi seketika. Aku harap kau dapat kerjasama dengan aku,” Ady begitu mengharapkannya.

“Aku tak kisah. Janji jangan melibatkan aku punya nyawa bro. Kahwin pun belum. Eh salah calon pun tak ada Bro!” Zaquan cuba berlawak. Ady sengih sahaja. 

Yang pasti dia sangat risau tentang keadaan Sunah. Disebabkan dia Sunah ditimpa masalah begini. Dia meraup wajah tanda kesal. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi. Patutnya dari dulu lagi mereka nikah. Senang!

*****
Nota Iffah: Akhirnya dah bersambung. Suka tak? Aku pasti korang mesti lupa jalan ceritanya. Apa tunggu lagi? Terjah widget kanan tu. Baca dari mula. Hik hik hik. Aku sedang usaha tamatkan semua cerita dengan cepat. Penat dan sibuk.

Ps: Dia masih mengikutikah cerita ini?

10 comments:

Sunah Sakura said...

hurmmm....

Nong Andy said...

Kena baca dari mula baru boleh hayati crita ni.. :)

Cik Pulau said...

hahaha... nak resign upenya..
ben kental giler lagi nak jadi paparazi..
ehhmmm....
zaq tu watak baru eh???


ok...dah baca.. tak pyh nak majuk2 lg dah..hahahaha

Isteri Encek Bard said...

alamk kena baca dari memula ni

sstandsforsuraya said...

best la crite niey.. suke2.. tahniah tOk si penulis~

Faaein Talip Roy said...

oo... apa jadi pada sunah sebelum ni? aiseh.. nak kena selongkar ni..

Efa Nur said...

memang patut pun Ady dan Sunah nikah dari dulu lagi..kann....untuk elak masalah camtuu laa...hehehe :D

fRaMe+LenSeS said...

Saya suka smbgn ni. Hihihi

aamalinaazman said...

aisehh
ni kene bace dr awal ni
opah hold dulu
weeee =]

Kira Sakura said...

sepak kaki mat ngn ben tue nt bru tau..hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers