CORETAN TERBARU NADH

Jom Join Bloglist Burungman

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM


KLIK UNTUK JOIN


INILAH BURUNGMAN TU!
Burungman superhero Malaysia

Pada pagi sebelum subuh yang dingin. Anita baru pulang dari kerja. Dia kerja di 100e. Shift malam membuatkan dia selalu pulang lewat. Hari itu seperti biasa dia berjalan seorang diri. Rumahnya tidak jauh dari tempat kerja membuatkan Anita memilih untuk pergi dan balik dengan berjalan kaki. Dia sangat berjimat. Dengan gaji RM700 dia mampu membeli rumah teres satu tingkat. Punyalah berjimat.

Hari itu rasa seram menyelinap di hati Anita. Biasanya dia tak gentar berjalan seorang diri. Dia yakin ada yang mengikutnya dari belakang. Tiba di persimpangan, Anita cepat menyembunyikan diri menanti gerangan yang mengekorinya. Dia berani tapi berdebar. Apalah seorang wanita dengan hanya ketinggian 149 Meter dan berat 39 KG. 

Derap langkah makin kuat. Peluh berkejar untuk turun umpama air terjun. Dan...Opocot mak kau sakitlah bodoh! 

Terkejut beruk si pengekor tadi. Beg tangan kulit yang penuh isi berjaya dihentak ke kepala pengekor. Anita bangga dengan diri sendiri. Dia sangat berpuas hati. Gelak besar melihat lelaki itu kesakitan. Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian pelik. Berlari-lari mendapatkan kawannya. 

"Kau tak apa-apa ke? Kerja mudah pun tak boleh buat," Marah si Burungman. Anita tengok si mamat pelik berpakaian pelik macam burung dengan wajah pelik. 

"Siapa pulak mamat ni?" Anita bertanya sendirian. Namun, si pengekor terdengar.

"Inilah Burungman. Saya kawan baik dia." terangnya dengan lurus.

"Oh korang nilah yang selalu keluar paper, superhero malaysia kononnya." Anita mencebik.

"Ala Cik Adik. Janganlah marah. Kami bergurau je tadi," sengih Burungman.

"Guraulah sangat. Korang tak ada job lain ke? Konon-konon takutkan orang lepas tu berlagak macam superhero?" Kata Anita penuh bergaya. Dia tahu benar taktik memikat hati wanita yang kuno ni. Bekas teman lelaki dia selalu buat.

"Eh mana hang tau ni? Hang spy kami eh? kata si pengekor.

"Dulu ada seseorang pernah buat taktik ini..."belum sempat si Anita bercerita, Burungman membuka topengnya.

"Ita, abang tak sangka Ita ingat lagi kat abang," Anita terkejut. 

'Ya ALLAH ex aku!'
Si pengekor @ Mail hanya memandang babak kekasih lama bertemu kembali. Cinta berputik semula.

The end!


Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Nordin Aga said...

Kahkahkah! Aku gelak berabis baca ni... Nice, four thumbs up untuk entri ni.. Hehehe

Welcome to da list :D






p/s: ye la, tau la miss tu pompuan

Miss Ran said...

hahaha aku pon tergelak sama~~~
tenkiu2..seronok dlm masuk list!

dah nak jantina sgt =P

Miss Ran said...
This comment has been removed by the author.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers