ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry khas untuk kaum wanita. Yang lelaki nak baca pun boleh. Untuk tambah ilmu. Tak salah kan? Oh sejak ada kawan blogger sibuk menanti hari bahagia. Aku teringat pesanan Ibu aku. Walau macam manapun, wanita kena ada tiga benda ni. Emas, kerja dan tanah!
Emas!
Ramai tak suka. Ada je yang suka beli tapi simpan. Itu tak salah. Janji ada. Tak suka emas kuning? Suka emas putih? Boleh je. Tapi emas putih buat pakai. Emas kuning simpan untuk masa akan datang. Aku? Aku ada emas. Ibu kasi setiap anak perempuan dia. Satu gelang, satu rantai, satu cincin. Semua simpan, pakai masa raya.
Kenapa emas penting? Kelak masa depan kita takkan tahu. Sama ada kita menjadi balu, janda atau tak ada duit. Masa tulah emas berguna. Ibu pesan, jangan sesekali gadai. Ibu bagi buat pakai. Tapi kalau dah terdesak, tak salah kan? Biar duit tak ada, janji emas ada. Tak suka emas? Tolak tepi. Yang penting masa depan kita dengan emas. Serius!
Kerja dan tanah sama je alasan di atas. Bila apa-apa jadi kita takkan jangka. Ibu aku tak bagi sesiapa berhenti kerja. Bukan nak doakan yang tak baik. Tapi bila suami buat hal ke apa. Sekurang-kurangnya kita ada kerja. Kita boleh sara hidup kita. Kalau tanah aka rumah. Kita ada tempat tinggal. Kan ke tempat tinggal tu keperluan. Jadi jangan asyik fikir nak kumpul gajet. Kadang kita kena fikir jauh. Sekian.
10 comments:
mak kita pun dah siap2kn tanah rumah untuk kita..biasalah aset tu mesti ada..brg2 kemas waktu raya je pakai..sekrang malas nak pakai..sebb bila nak basuh pinggan mangkuk leceh betul..ahaha..nice entri ifa
ye jgn asik kumpul gadget..meh kumpul emas
betul...yg penting sediakan dulu keperluan berbanding kehendak...:)
sokong tue.. klu cm tue akak nk mintak dari Pakcik Imam lah sesiap lepas kawen nanti, simpanan masa depan in case pape nanti(mntk dijauhkan main2 je nie).. lpas tue buat surat perjanjian yg tue hak akak bukan hak bersama.. kihkihkih *kejam* mau die jerit kat akak klu baca nie.. hahahahaha :p
kumpul gadjet x ke mana
xleh gadai
betul sokong sangat.... beringat sebelum terkena
assalamualaikum iffah....semuanya betul iffah apa yg mak u iffah ckpkan tu mama pun sokong...:)
selepas bace n3, saya terpikir kene beli emas ..wuwuwuwuwu
rm rm rm rm ....
yer sama dengan mak akak..setiap anak perempuan akak dapat 1 set lengkap...rantai leher, rantai tangan, cincin n subang..tapi akak cincin dah 2 bentuk akak kasi adik..subang pun kasi adik hahahaa...
skrg hanya ada rantai leher, rantai tangan dan subang yg kakak ipar kasi...emas putih utk cincin..
tanah belum ada...huhu
matangnya Iffah :)
berfikiran jauh nampak..
Post a Comment