“Abang…” Zahra menegur suaminya perlahan. Lama sungguh si suami merenung jauh ke dalam mata kecilnya. Entah apa yang Taufiq sedang fikirkan. Taufiq hanya memberi senyuman nipis. Zahra menghulurkan air the panas ke arah suaminya.
“Bagusnya isteri abang. Tapi letaklah air tu dulu. Kejap lagi abang minum,” Taufiq menolak sopan.
“Kenapa tak nak minum sekarang? Sejuk nanti tak sedap,” Rungut Zahra perlahan. Dia berasa kecil hati. Taufiq memandang semula wajah isteri kesayangannya.
“Hai, takkan sebab air nak masam muka? Tak comel nanti sayang abang ni,” Sakat Taufiq diselangi ketawa. Zahra seperti biasa akan senyum semula. Siapa mahu merajuk lama-lama? Buang masa aje. Suaminya memujuk lain caranya. Namun, Zahra senang begitu. Dia tak perlukan kata-kata manis mahupun coklat atau barang kemas untuk memujuk. Cukuplah suaminya sedar dan mahu berusaha memujuk. Itu semua sudah memadai.
“Abang ni kan!” Tamparan halus mengenai bahu Taufiq. Lembut. Selembut perwatakan Zahra.
“Ara…abang dah fikir pasal benda ni…” kata-katanya terhenti. Deruman kereta di luar benar-benar mengganggu emosinya. Kepalanya menjenguk ke luar pagar.
“Siapa tu bang?” Zahra menjenguk juga. Lelaki itu. Benar-benar mengganggu ketenangan hatinya. Zahra lekas-lekas meminta diri. Dengan alasan baju tak sopan untuk menyambut tetamu. Namun, jauh di lubuk hati Zahra itu semua alasan! Alasan untuk mengelak dari lelaki bernama Amirul Azhar. Lelaki itu cukup menjengkelkan. Zahra membencinya dalam diam.
Xxxxx
Mereka berpelukan. Lama tak jumpa. Sudah berbulan barangkali. Yang akhir pun sejak Taufiq dan Zahra disatukan dalam ikatan suci perkahwinan.
“Amboi, berisi kau sekarang,” Azhar menegur perut Taufiq. Taufiq hanya ketawa. Dalam diam dia bersetuju. Zahralah puncanya. Dia bahagia.
“Orang kata dah kahwin memang macam ni perutnya. Nanti perut kau jadi macam akulah tu,” Ditepuk bahu sahabatnya. Azhar ketawa sinis.
“Kau ni macam tahu-tahu je kan. Ni aku datang nak bagi kadlah,” Serius kembali suaranya. Entah mengapa, Taufiq dapat merasakan yang Amirul Azhar tak menyukai berita yang dia sendiri sampaikan.
“Kau kenapa tak happy je?” Segera persoalan diluahkan. Taufiq prihatin.
“Bukan aku yang pilih,” Taufiq terkelu tanpa sebarang kata. Manakan bisa dia meluahkan kata yang sesuai sedangkan dia sedang bahagia dengan pilihan hatinya. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri saja. Tunggu dan dengar apa yang Azhar mahu sampaikan. Taufiq sedia menjadi pendengar yang baik kerana selama dia mempunyai masalah dari bujang hinggalah sudah punyai Zahra, Azharlah tempat dia mengadu domba selain dari di tikar sejadah.
“Beb, kenapa kau diam je?” Azhar memandang sahabatnya di sebelah. Dia mengharapkan kata semangat dari sahabatnya. Dia tahu dia takkan pernah bahagia kerana cinta hatinya bersama orang lain. Cintanya takkan pernah kesampaian namun tak pula dia mahu kuburkan. Hanya Zahra yang mampu membahagiakan dia. Kadang dia seperti ingin membunuh Taufiq kerana ingin memiliki Zahra. Namun, dia masih waras. Dia tak mahu bergelar pembunuh demi merebut cinta Zahra.
“Aku tak tahu nak kata apa. Since bukan aku yang alami. Aku simpati. Har, kau tak pernah bercinta ke sebelum ni?” Pertanyaan itu membuatkan tekak Azhar seakan berpasir. Mustahil baginya meluahkan kata cinta untuk isteri orang. Isteri sahabat baiknya pula. Dia tak sanggup! Cukuplah dulu dia pernah luahkan namun ditolak mentah-mentah.
“Har…” Panggilan Taufiq mematikan lamunannya.
“Ah, aku bercinta? Tak ada orang nak kat aku,” Ayat seakan jauh hati. Azhar tahu Zahra sedang mendengar. Dia mahu Zahra dengar fakta dari mulutnya.
“Siapa yang berani reject kawan aku ni?” Taufiq bertanya selamba. Zahra menelan air liur. Segera dia ke dapur. Tak sanggup mendengar bait-bait raih simpati dari lelaki bernama Azhar itu. Dia tak mahu menduakan suami tercinta. Dia tak mahu terima lelaki lain selain Taufiq!
“Zahra…” Taufiq terkejut. ‘Aku salah dengar ke?’ Bisik hatinya. Azhar terlanjur berkata. Dia paling wajah ke arah Taufiq. Wajah sahabatnya berubah juga.
“Eh tak. Aku nak tanya mana bini kau, Zahra?” Taufiq ketawa melihat Azhar seakan kaget. Dia tahu tak mungkin sahabatnya suka pada Zahra.
“Oh, dia ada kat dalam. Dari tadi tukar baju. Lama betul,” Bebel Taufiq perlahan. Azhar tersenyum kelat. ‘Tukar baju ke nak mengelak dari jumpa aku, Zahra?’ Getus hati kecilnya. Dia tak pernah berkecil hati. Dia tahu Zahra tak mahukan dia. Zahra sudah punya cinta hati. Taufiq terbaik serba serbi jika dibandingkan dengan dirinya.
“Har, kau duduk kejap. Aku panggil Ara keluar. Dia pun mesti nak jumpa kau,” Azhar pantas menahan langkah lelaki itu.
“Tak payahlah Fiq. Aku singgah kejap je ni. Nak pergi rumah parents aku pulak kat Damansara. Takut sesak nanti,” Segera dia mencipta alasan. Azhar tak mahu bertentang mata dengan Zahra. Dia tak tahu tindakan bodoh apakah yang dia akan lakukan. Cukuplah kenangan dulu. Dia tak mahu jadi bodoh sebab cinta lagi.
“Jangan lupa datang. Bawak bini kesayangan kau sekali,” Taufiq mengangguk lalu ketawa. Dalam hati tak putus mendoakan kebahagiaan sahabatnya, Amirul Azhar.
Xxxxx
Surat itu masih terbiar di situ. Hati Taufiq sakit sekali. Umpama sembilu menghiris hatinya menjadi kepingan. Tersiat-siat dadanya membaca setiap aksara yang tersusun indah dalam kata puitis. Lelaki itu bukan sebarang. Dia terlalu romantis jika dilihat struktur ayat dan bahasa yang dia gunakan.
Kau cantik sekali
Persis bidadari kayangan
Hadirmu bak mutiara
Tersembunyi di lautan
Ingin aku menyelam
Menelusuri air itu
Mendapatkan sinar
Cinta yang terselindung
Lemas aku di situ
Menanti kata cintamu
Aku tunggu kamu
Pasti kau milikku
“Siapa dia?” Itu saja yang dapat dia luahkan kala ini.
Dada berombak. Hati tak keruan menanti kepulangan isteri. Siapa yang berani memberikan surat cinta sebegini? Kepada Zahra pula. Dia diapit rasa cemburu. Api kemarahan makin melonjak-lonjak. Syaitan di sebelah bersorak gembira. Anak Adam menjadi mangsa godaan dan hasutan jiwa amarah yang melangit tingginya.
Zahra berjalan lesu. Letih. Kerja pejabat sungguh banyak. Bos pula cuti. Lagilah tak menang tangan menguruskan semua. Dia tak tahu bahana yang akan menimpanya. Suami bagai disiram minyak petrol. Dia memandang Taufiq pelik. Seperti selalu, dia akan menyalami tangan suami. Itu salah salah satu tips perkahwinan yang diamalkan sejak kahwin. Namun, tangan tak disambut. Malah tamparan kuat diterima. Zahra terjelepok jatuh. Mata sudahpun berair. Mimpi sejarah dulu kini berulang. Dia takut. Sungguh dia takut.
“A…a..banggg…” Sedikit payah dia melontar satu kata. Api kemarahan jelas terpancar. Doanya tak putus-putus. Dia takut kejadian dulu berulang kembali. Karma! Dia takut sekali.
“Kau curang!” Sekali lagi tamparan diterima. Taufiq bagai dirasuk syaitan. Dia tak peduli darah pekat yang mula mengalir di bibir Zahra. Wanita yang dicintainya.
“Abang…jangan bang…jangan…” Zahra hanya mampu merayu. Tubuhnya yang lesu kini bertambah lesu. Perit satu badan. Akhirnya, dia menangis dan terus menangis hingga tertidur di atas lantai marmar. Kesejukan namun tak pula dipedulikan. Taufiq keluar rumah tanpa kata.
Xxxxx
Surat dicarik-carik. Zahra memegang pipinya yang bengkak. Lelaki itu harus bertanggungjawab! Dendam bertahun lepas kembali mekar. Hanya kerana surat. Surat dari Amirul Azhar.
“Zahra!” Tegas. Taufiq tahu dia tak mengotakan janjinya. Janji tak mahu menjadi seperti ayahnya. Semalam dia tak terkawal. Seperti histeria menyerang minda logik dan perikemanusiaannya. Zahra tak berpaling. Dia marah. Dia marah dengan suaminya.
“Zahra, jangan keluar. Stop!” Lantas tangan dicengkam kuat. Zahra meronta.
“Abang, lepaskan saya. Ara nak kerjakan lelaki tu. Laki bangsat. Abang patut tanya diri Zahra dulu. Bukan jadi macam ayah abang semalam!” Kata-kata sinis wanita kesayangannya benar-benar menusuk.
“Sayang, maafkan abang. Abang salah,” Segera tangan merangkul tubuh kecil isterinya. Zahra menangis. Tersedu-sedu. Mudah benar suaminya meminta maaf setelah dia hampir mati dibelasah semalam. Dia sakit tapi sakit itu hilang saat dia rasa disayangi semula. Dia tahu dia lemah. Lemah bila berdepan dengan suami sendiri. lemah apabila berkait dengan cinta.
“Maaf…” Satu kata terluah dan pelukan dilepaskan.
“Ara maafkan. Janji jangan buat lagi?” Tangan lelaki itu ke atas. Seakan angkat sumpah.
“Jangan main dengan sumpah bang,” Taufiq tersenyum. Isterinya mudah dipujuk. Dia tahu dia salah. Dia benarkan syaitan kuasai mindanya.
“Siapa dia?” Zahra terkunci mulut tiba-tiba. Dia takut hendak beritahu. Takut Taufiq memperlakukan Azhar sama macam nasibnya semalam. Segera dia menggigit bibir.
“Cakap sayang!” Mulai tegas saat isterinya diam.
“Amirul. Nama dia Amirul. Dia dah lama hantar surat tu. Sudahlah bang, dia dah tak ada hati dengan Ara. Semua tu lama dah. Semalam Ara mengemas barang kenangan kat U dulu,” Zahra cuba menjelaskan situasi sebenar.
“Oh…nama dia Amirul je?” Berkerut seakan sukar mempercayai. Zahra tak mahu persahabatan mereka rosak.
“Aah. Itu je Ara tahu. Dahlah abang. Jom pergi Alamanda. Nak makan donut Big Apple lah,” Terlentok manja. Taufiq senyum. Dia selesa begitu.
“Sayang ni tak sudah-sudah dengan Big Apple. Badan tak big big pun,” Zahra menarik telinga suaminya laju. Geram! Taufiq tersenyum. Rangkulan di pinggang di kemaskan. Keduanya mempunyai rahsia. Mereka masih begitu. Suka berahsia. Zahra tak mahu memberitahu siapakah si penghantar surat cinta yang sungguh puitis dan Taufiq tak mahu beritahu Zahra yang dia sudahpun mengagak Amirul Azhar sukakan isterinya! Hasutan syaitan berlegar-legar. Dia tersenyum penuh makna.
Nota Iffah: Cerpen ini kesinambungan Cerpen Hanya kerana satu malam. Atas permintaan kakak ipar, maka aku sambung juga. Reenaple aku langsaikan hutang aku. Malas sebenarnya. Oh ya, nama tambahan ada terselit. Harap Azhar tak minta bayar royalti =P
Published with Blogger-droid v1.7.4
10 comments:
best!
heeee... tolong buat sambungan lagi?.. kekekek.
aku punya malas nak buat.. boleh tak???(dengan muka comel).. hehehe.
kesian amirul -___-
rajin betul ye iffah buat cerpen. best utk dibaca :)
eee menci la Taufiq tue.. suka ambik keputusan sblm fikir.. menci laki yg suka naik tangan kt pompuan tp nasib baik die cepat sedar salah dia, cepat mintak maaf...
kenapa aku rasa citer ni mcm ada sambungan? taufik tahu tapi dia diam? perghhhhh... sabar ajalah... terbeliak mata aku baca cerpen ni.. heeeeeeeeeeeeeeee best3...
akan baca bersunguh-sungguh esok.
gud nite.. er.. atau gud morning hehehe.. sekarang aku layan bantal dulu :)
nak lg..rasa mcm x abes je lg hehe
ps: zara ke ipah yg nak bigapple tu haha
Uit. ADa BERLakon LAgi.EHe..
P/s: TAK JAdi Nk MiNTa ROYALti.BARu JE NAK TANya TAdi :p
wah.. kali ini aku baca betul2 dan wow... ini best! banyak rasia ye..? baik aku tunggu episod akan datang :)
*jgn kata kau tak sambung!
Post a Comment