ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selama dia bergelar isteri seorang lelaki, Dania bahagia. Bukan
sebelum kahwin dia tak bahagia. Tapi setelah berumahtangga makin bahagia
hidupnya. Kisah suram ditutupi dengan kehadiran si suami. Cinta yang disemai
setelah halal amat membahagiakan. Walaupun Hanafi bukanlah cinta pertamanya dan
perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Namun, Dania bahagia. Sungguh!
“Sayang…” Hanafi menyeru isterinya. Terlalu teruja berjumpa
wajah kesayangannya. Dia akui dia jatuh cinta dengan isteri sendiri.
Sebenarnya, sebelum mereka nikah lagi. Dia sedar dia menyintai Dania dalam diam
semasa Syah menghubunginya. Saat itu, hancur luluh hati mengenangkan hati
tunangannya milik orang lain. Sebab itulah dia terburu-buru memutuskan tali
pertunangan. Bimbang jika diteruskan dia dan Dania tidak bahagia.
“Abang, sorry Nia kat dapur tadi,” Segera mendapatkan
suaminya. Tangan kasar itu disalami. Sejurus selepas itu ciuman mesra dari
Hanafi hinggap di pipi Dania. Dania tersipu malu.
“Buat apa kat dapur?” Dania senyum sahaja. Dia malas nak
beritahu. Nanti tak surprise. Hanafi masih menunggu jawapan dari isterinya.
“Apa ni tak nak bagitau pulak? Baik Dania cakap sekarang,
kalau tak…” Hanafi mengugut dalam senyuman. Tak lekang senyuman dari bibirnya. Senyuman
nakal pastinya.
“Kalau tak apa?” Dania sengaja. Dia tahu Hanafi terfikirkan
sesuatu. Dania senyum menggoda. ‘Menggoda suami sendiri tak salah bukan?’ Dania
terfikir sejenak.
“Kalau tak abanggg….” Saat itu Dania kelemasan. Rangkulan erat
mematikan niatnya untuk berahsia. Pinggangnya kegelian saat jari jemari kasar
menyentuhnya. Hanafi menggeletek isterinya. Lama. Setelah Dania mengaku kalah,
barulah Hanafi menghentikan perbuatannya. Malah, kedua ketawa senang. Dania dan
Hanafi terduduk di sofa. Masing-masing tersenyum memandang. Hanya lirikan mata
memahami hati yang bergelodak. Kisah mereka tidak berakhir di situ yang
pastinya.
Xxxxx
Syah hanya memerhati rumah itu. Rumah yang dibayangi kebahagiaan
wanita yang dicintai, Dania. Dia pedih melihat Dania kini. Hanafi sangat
bertuah. Dia tahu terlambat untuk meraih cinta Dania semula. Dia tak tahu harus
bagaimana lagi mahu Dania terus mendampinginya. Mengesat air matanya saat
kesedihan. Menjadi pendengar setia saat tiada seorangpun yang mahu mendengar
celotehnya. Menjadi sahabat yang tak mungkin meninggalkannya. Syah merindui
semua itu. Dia tahu hati Dania sudah terisi.
Pisau belati berkilat di tangan. Dia mahukan hati Dania
semula. Senyuman terukir di bibirnya. Mata bersinar. Langkah diorak ke rumah
itu. Dania masih sibuk menjemur kain. Langsung tak perasankan lelaki itu. Dania
masih khusyuk. Langkah Syah makin mendekat. Pisau digenggam kemas.
“Syah!” Suara Dania menyapa membuatkan Syah menyorokkan semula
pisaunya di tepi seluarnya. Dia terus saja menyelit di tali pinggang seperti si
pemburu yang pergi memburu mangsa. Syah senyum. Dania cuba berlagak biasa. Dia
telahpun berkongsi cerita dengan Hanafi tentang Syah. Suaminya menyuruh dia
berjaga-jaga. Syah memberi salam.
“Waalaikumussalam. Syah mana tahu rumah saya?” Dia cuba
beramah agar tak nampak kaku. Dia tak mahu Syah terasa dipinggirkan.
“Syah tahulah. Sibuk nampak?” Syah memandang Dania lama. Dania
jadi tak keruan.
“Aah tengah menjemur kain. Maaflah Syah, nak jemput masuk
tak boleh pulak. Apa pula kata jiran nanti?” Dania sebolehnya mengelak dari
didekati Syah. Mujur saja pintu gril terkunci. Dia sangat-sangat takut saat
ini.
“Oh Syah faham. Kita borak sini pun dah cukup. Nia dah
makan?” Dania senyum. Lega sedikit.
“Dah. Syah?” Dia pandang wajah cengkung Syah. Timbul pula
rasa simpati.
“Belum. Syah tak lapar,” Nadanya lain. Syah seakan meraih
simpati Dania. Dania pula berkira-kira mahu masuk dan telefon Hanafi. Dia tak
mahu berlama-lama. Dia takut.
“Syah nak makan? Dania ada masak tadi,” Lembut suara Dania
menyapa. Syah menggelamun. Dia membayangkan Dania menjadi miliknya. ‘Arghh
Dania aku cintakan kau!’ Jerit batinnya.
“Syah…” Dania menyedarkannya semula. Syah mengukir senyuman.
Dia bahagia dengan imaginasi itu. Sangat bahagia dan berharap fantasi menjadi
realiti.
“Ya, Dania?” Dia memandang Dania semula. Wajahnya tanpa
mekap. Wajah itu makin ayu berbanding dulu. Mungkin seri seorang isteri.
“Syah nak makan tak?” Kali ini suara ditegaskan. Bimbang dia
dengan kehadiran Syah memporak perandakan rumahtangganya yang bahagia kini.
“Nak. Itupun kalau Nia sudi,” Syah senyum. Dia berpeluang
dapat makan masakan Dania. Wanita pujaan. Dia teruja sekali.
“Dania ambilkan kejap. Syah jangan pergi mana-mana,” Syah
mengangguk. Dia tak sabar. Pisau belati dicampakkan ke tanah. Dia tak mahu
Dania tahu niat asalnya. Seperti selalu niatnya pasti tak tertunai. Dia pasti
lemah bila berdepan dengan Dania. Sampai bila pun dia takkan sanggup membuat
sesuatu terhadap Dania kerana Dania cinta pertama dan terakhirnya. Dania lama
di dalam. Syah menanti resah. Kejap bangun kejap duduk. Dia risau. Dania keluar
akhirnya.
“Sorry lambat Syah,” Senyuman manis diukir. Syah membalas
juga. Dia tak sabar nak makan masakan Dania. Air tangan Dania pasti sedap. Dania
hulurkan melalui celahan gril sahaja. Dia masih bimbang.
“Dania tak nak makan sekali?” Dania menggeleng lembut. ‘Maafkan
aku syah!’ Dania beremosi. Air mata
lurut juga. Syah memandang pelik.
“Kenapa Nia?” Syah begitu mengambil berat. Kunyahannya terhenti.
“Saya tak apa-apa. Seronok tengok Syah berselera macam ni,”
Dania menymbunyi rasa. Dia simpati. Namun, dia perlu buat juga. Matanya nampak
kelibat polis. Dari jauh.
“Nia, sebenarnya Syah ada benda nak cakap dengan Nia. Sebab tu
Syah datang,” Syah berkata lembut. Dania mengerutkan dahinya.
“Apa dia?” Dia ingin sekali tahu.
“Syah sayang Nia. Lama dah,” Ujarnya tanpa tawa. Serius bunyinya.
Dania kaget. Dia terkejut.
“Syah tak main-main?” Dania cuba mendapatkan kepastian.
“Tak. Syah serius. Dania je yang terima Syah. Walau nakal
manapun Syah. Terima…” Syah tak mampu sudahkan kata. Matanya tertutup. Dania menangis
teresak-esak. Polis datang menyerbu. Lalu Syah dibawa pergi. Ubat tidur yang
dia letakkan mampu membuatkan Syah lena. Mungkin tidur yang agak lama. Dania terpaksa
membuat begini demi keselamatannya. Syah hilang dari matanya. Syah pergi
menghadap hukuman yang disedia. Dania sudah lama menanti Syah datang.
“Maafkan saya, Syah!” Itu saja yang dia mampu lontarkan. Tangisan
masih jelas. Kuat. Nyaring.
Dania juga sayang Syah, kerana sayanglah dia
terpaksa begini. Kejam. Namun, jauh di sudut hati Dania, dia mahukan Syah pulih
semula. Pulih dari jiwa yang kacau. Pulih dari segala kepahitan hidup yang
membelenggu diri Syah sepanjang kehidupannya. Dania sangat berharap.
Nota Iffah: Tamat dan tiada sambungan lagi!!! Hah jangan nak
minta aku sambung. Rasa terjerut nak sudahkan satu part ni. Harap semua berpuas
hati. Nak buat cerpen baru pulak lepas ni. Malas nak berteka-teki. Oh ya selamat hari lahir buat blog jiwang aku ni. Dah dua tahun rupanya. Apa jasa blog ini pada anda?
5 comments:
heeee.. even endingnya buat aku rasa nak syurh sambung lagi, tapi aku turutkan sahaja kehendak kau. Hahaha.
Best. Kesian kat Syah. (Eh, cam nama aku lak)... hehehe.
#eh, birthday blog ni ke??? Happy birthda. =)
sian kt syah dia tekanan perasaan.. huhuhu.. tp kan kisah ape yg x tamat antara Dania ngn Hanafi? hahahhahaha :p
slamat ulang tahun Buta+Pekak+Bisu=CINTA!!!! :D
oit, kena sambung lagi lah. nak tahu niat asal syah, pastuh bagilah ada scene bertengkar skit antara syah ngan hanafi,huhu..x kan habis cm ni je. nak lagi2..
p/s happy birthday blog !!
aku pong sayang Syah jugak ahahahaha...
kesian Syah.
*Byk jasa blog ni.. sebab blog pekak buta bisu cinta ni telah buat aku aktif semula dlm blogging dan menulis cerpen cerpang :)
jase blog ini..mengisi masa aku, dari melayan-layan utube..
siyus aku dah xgemar tgk utube lepas terpikat dgn ko , reen , nong ..
idea korg pergghh !!!
aku tgu cerpen baru ea...
pembace free yg setia :)
Post a Comment