Bila sebut sayang, mesti semua akan kata jiwang. Geli. Perlu ke nak sayang semua orang. Tak malu ke sebut perkataan sayang kuat-kuat. Sayang tu perlu diluahkan ke? Mari aku cerita sikit.
"Ada sepasang suami isteri. Sudah setahun kahwin. Mereka kahwin bukan kerana cinta. Cuma keduanya menurut saja permintaan yang tua. Setahun tu jugak suami mahupun isteri tak pernah mengucapkan kata sayang. Apatah lagi kata jiwang, romantis dan semanis gula-gula pelangi. Yang mereka tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri semata-mata." Aku nak tarik nafas kejap. Okey boleh sambung cerita.
"Satu hari isterinya dah tak mampu menjalani hidup begitu. Sebab dia tak tahu suaminya sayang atau sekadar menjaga kebajikan si isteri atas dasar tanggungjawab semata-mata. Lalu isteri meminta cerai secara baik. Suami pun ingat isteri tak boleh sayang dia sebagai suami. Apa guna paksa si isteri lagi? Cukuplah dia saja yang terluka dengan perkahwinan tanpa cinta ni. Dia pun berfikir dan berbincang dengan kawan baiknya."
Akhirnya? Korang fikirlah sendiri. Tengok tu malas nak fikir endinglah tu. Biar aku habiskan cerita.
"Akhirnya mereka tak jadi bercerai sebab si suami mengaku yang dia sayangkan perkahwinan itu dan isterinya. Kawan baik si suami pun memberitahu kepada isteri lelaki itu. Sudahnya, isteri dan suami itu tahu yabg keduanya saling sayang tapi tak luahkan. Keduanya menyesal sebab lambat ucapkan. Mujur tak cerai. Tamat!" Fuh letih aku cerita. Korang baca ke tak ni?
Kesimpulan dari cerita di atas? Korang duduk tepi tingkap, korang fikir. Perlu atau tak sayang diluahkan? Kenapa? Kenapa perlu ucap sayang dan kenapa tak boleh ucap selalu? Kenapa tak boleh sembarang ucap kat sembarangan orang? Kenapa entry ni penuh tanda soal? Kenapa korang? Kenapa? :-P
Published with Blogger-droid v1.7.4
14 comments:
mcm novel hlovate.
akak baca lah!!! grrrrr
mungkin bg yg belum ada ikatan sah. diorang nk jadi mcm pencinta senyap Fatimah dan Ali.. ehh rasa mcm nk buat entry berangkai lak...hihihihi
i pun baca lah!!! ggrrrrr!!!
hahaha~ hamboi entry dia, banyak betul tanda soal...kalau dia kata sayang, maksudnya dia benar2 sayang...#eh
ahhhhh syg tu sangat subjektif. kan kan kan?
adakah kita pernah dgr ibu bapa kita ucpkan kata2 sayang??
sebab sayang tak perlu di sebutkan..
ia terzahir dengan perbuatan :)
ade orang sayang,suke tunjukkan macam awal dan scha
ade yang xtunjuk kasih sayang,tapi hati depa sayang..
kalau saya,kalau sayang baik tunjuk tapi jangan over.. :P
komunikasi tu penting dlm hubungan, lepas kahwin akan muncul rasa cinta
eheemmm.. terasa di situ... kekekek.
#bagi aku kadang3 perlu diluahkan... ikut situasi... hee... Tak perlu setiap masa kan, jadi annoying pulak kalau hari3.. ahahaha
ai nak tunggu someone yg jugak bakal suami ai ucapkan syg kat ai... euwwwww...hahaha.. :P
heee
syg itu perlu ducapkan pada waktu dan masa yg betoi cekgu :D
ahahaha.. kenapa aku asik senyum baca n3 ni iffah? kenapa? kenapa? hehehe...
tepi tingkap rumah aku tak best nak termenung fikir persoalan kenapa kau itu, aku duduk tepi komputer jelah hehe..
Bahasa badan tak cukup untuk bukti rasa sayang, jadi kena ucap juga sekali sekala sayang tu. Janganlah hari-hari nanti naik muak pula.. biar pasti ha.. nasib tak bercerai kan? :)
*aku suka n3 ni :) manis mcm gula2 pelangi
KUrangkn BERkata, LEbihkn MEngaplikasikn SAYang MELalui PERbuatan :D
p/s : ASik MENtion ANoN NAnti MENyampah PULAk REAders ANda :p
jodoh itu dari Allah. tidak kira perkahwinan atas dasar cinta atau tidak
salam
Lawatan awal pagi
Post a Comment