CORETAN TERBARU NADH

Tabiat masa memandu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Amboi sejak lama tak pegang stereng kereta ni. Terkenang-kenang arwah si Maria. Harap insurans dapatlah. Kalau tak makin rasa bersalah aku. Bro Framestone terima kasih bagi idea untuk entry ni secara tak langsung. Sepanjang pemanduan aku selama ni. Banyak tabiat yang aku perhatikan. 

Aku nak senaraikan supaya korang berhati-hatilah lepas ni. Aku dah serik. Tipulah kalau tak kan. Seriau je baca kisah orang kemalangan. Serius tak suka. Jadi elakkan tabiat begini masa memandu. 

1. Bercakap dan mata hala lain.
Perhatian kita akan terganggu. Yelah bila kawan kata tu bangunan KLCC. Driver pun pandang sana jugak. Sampai boleh masuk lane lain. Bahaya okey! Aku pernah alami. Tapi mujur kawasan tu sunyi. Kawan aku masa tu baru belajar pegang stereng pun.

2. Nak cepat sampai. Gelojoh.
Ni aku. Haha mengaku laju-laju sebelum orang kata kita baik kata diri sendiri. Aku memang suka nak cepat. Sebab aku tak boleh memandu lama. Cepat mengantuknya. Jadi 140 tu biasa bagi aku. Tak rasa laju pun. Jadi jangan tiru aksi ni. Kalau mengantuk berhenti tidur. Kang tak pasal terbakar kereta. Hilang kereta tak apa hilang nyawa?

3. Ego dan ajak berlumba.
Yang ni biasa lelaki. Kawan aku ada kereta yang di modified jadi ala-ala kereta sport. Bila dia drive, ramai lelaki tercabar dan ajak berlumba. Rasa macam annoying. Mungkin dia ingat pemandunya lelaki agaknya. Ada jugak lelaki yang pantang tengok perempuan bawak kereta laju dari dia. Bahaya sungguh.

4. Malas pakai seatbelt.
Aku tak. Aku bila drive memang wajib pakai. Aku rasa tak selamat. Tapi bila jadi penumpang malas pulak. Apa yang aku tahu pakai seatbelt buat aku masih bernyawa. Kalau kes accident kat Kota Tinggi tu sorang maut sorang cedera parah sebab tak pakai seatbelt. Mujur yang cedera parah tu dah sihat sekarang. Senior aku tu. Kes aku, aku masih bernyawa sebab seatbelt masih melekat di badan masa aku sedar. Ada parut seatbelt kat bahagian perut aku yang masih tak hilang. Serius pakailah seatbelt!

Kesimpulan, nyawa ada satu je. Tak ada pengganti. Kalau rasa pahala cukup buatlah perangai kat jalan raya tu. Nak tunjuk hebat pun jangan di jalan. Ingat, bila-bila masa nyawa akan ditarik. Kalau nyawa awak sorang je ditarik tak apa jugak. Ni budak tak berdosa. Pemandu lain lagi. Ingat jalan tu bukan awak sorang yang nak guna. Hargailah nyawa setiap orang. Sekian.

Ps: Dia pun dah berani bawak kereta. Hati-hati ye=)

14 comments:

Daddylicious said...

selalu buat yg no 4 tapi bila ternampak polis baru bersedia...hehe

mr.ninja ^___^ said...

140 ye...jom test..ade beran..kikiki

Munna said...

alamak..aku ada tabiat no.3....hahaha..bkn semua lelaki tau...hihi =)

Lea Isnawi said...

baru je eksiden langgar pokok semalam
sedih3

Asyikin said...

tambah lagi DRIVE SAMBIL BBM , sumpah bahaya =.=' * sylah pemandu tersebut*

aNaYaNa said...

no 4. betul2 menginsafkan..

kiera'sakura said...

yg tersenarai kt ats tue sume de kt akak.. yg no 4 jer tak.. hihihihi

Solihin Zubir said...

pkai sealt belt tu skema dan tak macho katanya... hehehe.. ;-p

aimie amalina said...

aiyooooo
hehehehehe
140 budak ni
ish2
bole la race dgn atok tu
hahahhahaa


gud2
mase bawa kete jgn nak adjust menatang lain..bahayoooo..

Luqeem™ said...

sy pn suka mndu laju2 ni..huhu..seatbelt pkai pn bila org suruh je..huhu..

alhamdulillah msih slamat lg..tp kmatian boleh mnerjah kta bila2 msa2, jd sdiakan pyung sblum hujan..:)

fRaMe+LenSeS said...

setuju jiran ;)
140. hehehe. :P

Cik Bambam said...

takot nak eksiden2 nie.. sumtimes kita dah cermat org lain yg menggila kat jalanraya.. kita lak jadi mangsa! perggghhh~ ehhh iffah! malam nnt jenguk belog kita yer..

tq!! ^^,

Nong Andy said...

Aku kadang kala terpaksa racing-racing juga sebab dah lambat.. ni pasal tak bijak urus masa punya pasal..

* mak oi.. 140 iffah? terkedu aku!

al-kisah said...

before start drive tu plan dlu nk pegi mne.pndulah ngn selamat n igt lar org yg tersyg ^_^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers