CORETAN TERBARU NADH

5 sebab kenapa aku suka join CONTEST/ GA/ SEGMEN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM


Tengok tajuk dah tahu kan? Sebenarnya idea tak ada. Jadi aku pun mulalah merapu. Pada yang tak suka tak payah buka. Hehe tak marah pun.

KENAPA MISS RAN SELALU KELIHATAN DI SEBARANG CONTEST, GA. SEGMEN?!

Miss Ran dengan bangganya mempersembahkan lima jawapan yang terbaik!

1. Aku suka melibatkan diri dalam dunia blog kerana tak ada kerja.

2. Aku nak menang walaupun hadiah kadang-kadang orang kata tak berbaloi. (Aku tak meterialistik)

3. Aku nak mempromosikan blog aku yang tak seberapa. Korang ingat senang nak dapat ratusan? Tahun 2010 follower aku cuma lima orang oke! Tu pun member sekelas! Sadis?

4. Aku suka sokong blog orang lain, sedih kalau anjuran tak mendapat sambutan kan?

5. Kalau korang perasan idea aku banyak lahir dalam segmen, contest, GA. Kira perangsang idea la ni. Kejap aku berpantun, bersajak, buat karangan, letak video. Idea aku perlukan rangsangan sebegitu. Bukan nak riak tapi kenyataan. Idea buruk cabuk je pun.


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers